Saturday, December 31, 2011

Ulasan: MONOLOQUE Jejak Tanah: Hikayat Halimunan Abad ke-21 (Bahagian 4)

Sambungan dari Bahagian 3.

"Gurindam Hutan Batu"

Aku sebenarnya agak curiga dengan lagu yang berunsurkan cinta, takut kedengaran macam lagu lain yang biasa dikomersialkan melalui radio. "Gurindam Hutan Batu" bagi aku berbeza. Kata Loque dalam satu temubual, secara umumnya album yang berbentuk hikayat ini adalah pandangan seseorang (si halimunan) yang hidup di dunia moden atau hutan batu secara simboliknya. Lagu ini pada aku membawa satu mesej yang mudah, setiap permasalahan yang wujud akan dapat diselesaikan dengan adanya cinta dan liriknya jelas meraikan nilai cinta.
Tiada yang mustahil!
Ianya pasti berhasil,
Tiada yang mustahil!
Cinta menakluk semua
..
"Kekanda Adinda"

Tidak dinafikan, lagu "Kekanda Adinda" adalah lagu yang menaikkan nama monoloQue di arus perdana. Penerimaan lagu ini juga sesuatu yang membanggakan sehingga berjaya layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 26. Menampilkan Atilia, lagu tema kepada drama 8 Bulan ini ada keistimewaannya yang tersendiri. Lagunya mengingatkan aku kepada lagu duet melayu lama tetapi liriknya disesuaikan dengan kehidupan suami isteri masa kini yang sibuk bekerjaya. Mencuit hati dan ceria, gitar solonya pula sesuatu yang klasik bagi aku!

"Hapuskan Air @Matamu"

Lagu ini secara peribadinya bukan lagu yang menjadi pilihan aku. Mungkin aku sudah cukup dengan lagu yang berunsurkan cinta. Dari satu sudut yang lain, melodi lagu adakalanya menangkap dan permainan drum dari Loko juga agak menarik di sini.

"Cinta"

Lagu yang sememangnya menjadi perhatian aku sejak mula mendapatkan album Jejak Tanah dan ada diceritakan pada ulasan Bahagian 2. Disebabkan aku selalu dengar, lagu ini seolah-olah bersambung jika diulang tanpa henti, dia punya 'wall of sound' tu terbaik!

Kesimpulannya, album sulung monoloQue iaitu bahagian pertama trilogi Hikayat Halimunan Abad ke-21 adalah satu karya yang perlu diberi perhatian kepada penggemar muzik yang dahagakan keluaran anak tempatan. Mana mungkin pemuzik kita kering dengan idea kreatif dan berkualiti.

SELAMAT TAHUN BARU

(kembali ke petak pertama)

Sunday, December 25, 2011

Ulasan: MONOLOQUE Jejak Tanah: Hikayat Halimunan Abad ke-21 (Bahagian 3)

Sambungan dari Bahagian 2.

Ulasan diteruskan dengan pendapat aku untuk lagu-lagu yang terkandung dalam album Jejak Tanah..

"Penghormatan Terakhir"

Masa dapat album, ini antara lagu yang mula-mula aku nak dengar sebab aku nak bandingkan dengan versi demo yang Loque buat bertahun dulu (masa tu dia rancak bereksperimen dengan bunyi elektronik). Minit pertama tak ada beza sangat, lebih kurang macam demo. Minit seterusnya agak mengejutkan, lagu tetiba berubah dengan irama keroncong! Ini bukan kali pertama Loque buat lagu yang ada elemen keroncong, lagu "Merdeka" masa dengan Butterfingers dulu pun menggunakan elemen yang sama. Biarpun "Penghormatan Terakhir" versi studio panjangnya 7 minit, terasa macam sekejap sebab bagi aku flow dia sangat bagus hasil adunan elemen klasik dan moden yang mengasyikkan.

"Kupu-kupu Malam (Bunyikan Semboyan)"

Lagu yang aku tak sabar nak dengar selepas "Penghormatan Terakhir". Live show yang aku tengok dua tahun lepas, Loque hanya sebut "Semboyan" sebagai tajuk lagu tapi kali ini tajuknya berlainan dan kalau banding dengan show yang lain pun bunyi dia kekadang tak sama. Bila dengar versi studio, aku dapat rasa ada juga perbezaan tapi tak ketara, masih mengekalkan mood lagu yang rancak. In fact, aku rasa lebih enjoyable sebab dapat dengar dengan jelas setiap bunyi yang dihasilkan. Antara lagu yang kerap dimainkan secara live dengan lirik berbaur sindiran.

"Batu Belah Batu Konkrit (Bonda)"

Ini sememangnya lagu yang perlu diberi perhatian. Pada pendapat aku, bila Loque main piano (walaupun tak banyak lagu melibatkan piano) lagu dia memang melekat, contoh lagu Butterfingers, "Mati Hidup Kembali". Lagu "Batu Belah Batu Konkrit (Bonda)" jelas sekali digerakkan oleh alunan piano dan yang menjadikan lagu ini sangat istimewa ialah penyanyi undangannya, Azlina Aziz (penyanyi era 80an yang juga anak kepada seniwati Normadiah dan Aziz Jaafar). Lenggok nyanyian Azlina Aziz sememangnya kena dengan watak bonda dan juga irama yang dimainkan. Secara umumnya, lagu ini menceritakan rajuk si ibu terhadap anaknya yang begitu mengejar kemodenan dan globalisasi sehingga menelan budaya dan menggadai harta pusaka.

*Encik Adi Herman ada bercerita dengan lebih lanjut pandangannya tentang lagu ini.


 "Tiada Kata Secantik Bahasa"

Lagu asal oleh P. Ramlee melalui filem Anakku Sazali, dimainkan semula mengikut gaya monoloQue. Ini antara lagu terawal dari Jejak Tanah selain "Kekanda Adinda" yang dimainkan di radio dan boleh didapati dalam album P. Ramlee: Satu Indiepretasi
iaitu sebelum album Jejak Tanah dikeluarkan. Mungkin ada yang beranggapan lagu ini dinyanyikan semula sekadar untuk memeriahkan projek album P. Ramlee: Satu Indiepretasi (yang melibatkan banyak lagi artis), tetapi kepada pendengar dari era Butterfingers, mereka tahu yang Loque sememangnya mengangkat P. Ramlee sebagai salah satu rujukannya untuk mencipta lagu. Malah pada satu nota (inlay), album ini ditujukan khas buat P. Ramlee dan R. Azmi.

Video klip rasmi "Tiada Kata Secantik Bahasa"

(bersambung ke petak seterusnya)

Sunday, December 18, 2011

Tom Morello: Street Sweeper Social Club dan lagu baru The Nigtwatchman

Aku baru balik berjumpa dengan kawan aku, seorang peminat Rage Against the Machine dan Audioslave (terdiri daripada bekas anggota RATM dengan Chris Cornell sebagai vokalis). Dulu memang seronok dia meminjam kaset RATM aku. Pendek cerita, aku cakap kat dia yang Tom Morello ada buat satu band macam RATM tapi kurang agresif dan aku pun cari salah satu lagu di YouTube untuk bagi dia dengar..

Street Sweeper Social Club - Paper Planes (Official Video)

Band yang masih baru dan hanya ada satu album penuh. Aku tak follow sangat Tom Morello dengan Street Sweeper Social Club sebab kurang menarik minat aku tapi bila tengok video "Paper Planes" (yang aku sendiri belum dengar), kawan aku macam seronok dan aku pun rasa agak tertarik. Lagu yang catchy dan sinis liriknya. Lepas tu aku cari pulak lagu solo Tom Morello sebab dia ada buat album baru, dan aku terjumpa satu video official Tom Morello dengan alter egonya, The Nightwatchman..

The Nightwatchman - Black Spartacus Heart Attack Machine (Official Video)

The Nightwatchman sudah mengeluarkan tiga album penuh dan sememangnya menarik perhatian aku sebab Tom Morello kembali bermain lagu-lagu yang political dan rebellious seperti RATM (salah satu faktor kerana Audioslave memutuskan untuk tidak bermain lagu yang berunsur politik) tetapi dengan hala tuju muzik yang berbeza iaitu folk rock, dan lagu baru dia "Black Spartacus.." memang the bomb!
"Troubled times call out for troubled songs. World Wide Rebel Songs is an album of rousing hopelessness and this time The Nightwatchman has brought along his electric guitar to tip the scales. I wanted to capture a vibe midway between Johnny Cash and Che Guevara, murder ballads and Molotov anthems." - Tom Morello
Aku tujukan juga lagu The Nightwatchman kepada seorang lagi kawan aku yang berada jauh di utara, Fix Dervish sebab dia berminat dengan lagu-lagu folk. Apa macam?

-------------------
Trivia: Tom Morello antara salah seorang artis yang muncul untuk menyaksikan konsert Iron Maiden dalam DVD Flight 666. Boleh tengok SINI sedutan video dia..

Saturday, December 17, 2011

Music Video: Anathema - Kingdom (2011)


Tadi aku ada terbaca ulasan album baru Anathema, Falling Deeper (2011) di blog Dissecting the Euphony. Ulasan yang agak menarik walaupun aku belum dengar semua lagu dia, cuma aku dah pernah tengok satu video untuk lagu dalam album itu iaitu "Kingdom"..



Asalnya video dibuat oleh seorang student untuk final project dia dan aku tak pasti samada video ini official atau tak, tapi video boleh dilihat melalui channel youtube Kscope, iaitu syarikat atau label Anathema sendiri.

Watak yang ditonjolkan dalam video ini agak menarik perhatian aku terutama sekali kesan yang dia terima daripada berita yang disampaikan samada melalui surat khabar atau media massa yang lain dan lagu Anathema yang diberi sentuhan baru (asal dari EP Pentecost III tahun 1995) sememangnya kena dengan mood dan jalan cerita.
The film is based around a single character who is obsessed with news. His house is littered with newspapers and television sets showing rolling news channels constantly. He has become so obsessed with the news that he can no longer see through the headlines and takes everything seriously. Upon hearing of swine flu he is convinced it will finally wipe out the human race and so descends into a bunker beneath his house where he stays for years, isolated and cut off from the world, convinced that the flu will ravish the human race as the headlines have proclaimed.

Friday, December 16, 2011

Paul McCartney: House of Wax

Album Memory Almost Full (2007) dari Paul McCartney sebenarnya memang dah lama menarik pandangan aku, sejak dari album tu keluar lagi. Aku berpendapat, biarpun Paul McCartney dengan usianya yang hampir mencecah 70 tahun, dia masih lagi mampu mencipta lagu yang melekat. Persembahan dia, Live in Red Square (2005) pun tak jemu aku tengok.


Selepas empat tahun, album itu akhirnya terbeli juga. Di sebalik lagu yang mengembalikan irama Wings dan The Beatles, aku ingin berkongsi satu lagu yang aku rasa antara yang terhebat abad ini iaitu "House of Wax"..



Dimulakan dengan alunan piano Paul McCartney yang seolah-olah membawa pendengarnya melalui satu tempat, dengan gaya nyanyian serta jeritan yang masih tidak berubah, ditambah dengan gitar solo yang datang tepat pada masanya, lagu ini sememangnya memukau.

Satu pesanan kepada yang ingin mencari mesej berkenaan mitos 'Paul is Dead', ini antara lagu yang sesuai untuk dikaji.. ;)

Lightning hits the house of wax
Poets spill out on the street
To set alight the incomplete
Remainders of the future

Hidden in the yard hidden in the yard

Thunder drowns the trumpets blast
Poets scatter through the night
But they can only dream of flight
Away from their confusion

Hidden in the yard underneath the wall
Buried deep below a thousand layers lay the answer to it all

Lightning hits the house of wax
Women scream and run around
To dance upon the battleground
Like wild demented horses

Hidden in the yard underneath the wall
Buried deep below a thousand layers lay the answer to it all

Hidden in the yard underneath the wall
Buried deep below a thousand layers lay the answer to it all

Thursday, December 15, 2011

I wanna drink some fucking blood!

Terasa agak malas nak update blog, dengan pelbagai urusan yang memeningkan kepala sememangnya membantutkan lagi niat untuk berblogging. Biarpun begitu, bak kata Neil Young, "Rock n roll can never die.."


Dua album yang baru masuk rak, Mastodon The Hunter (2011) dan Paul McCartney, Memory Almost Full (2007).
Di sebalik kepeningan dan kemalasan itu juga aku ingin berkongsi satu lagu yang aku dengar sejak dua menjak ini iaitu lagu baru dari Mastodon, "Blasteroid"..


"Blasteroid"
Lagu yang paling pendek dalam album The Hunter. Kepada yang pernah dengar album Crack the Skye (2009), tiada lagu yang panjangnya melebihi 10 minit untuk album kali ini. Rata-rata dalam lingkungan 3 hingga 4 minit, paling panjang pun dalam 5 minit.

Berbalik kepada lagu "Blasteroid", mungkin lagu ini biasa, tiada gitar solo tapi aku suka dengan riff dia, jeritan chorusnya membuatkan aku teringat kepada lagu awal Mastodon dan ianya juga sesuai untuk memulakan hari yang indah sebelum kembali pening..

P.S: Sudahkah anda tengok senarai Top Ten Albums of 2011 seperti yang dipilih oleh artis dan staf Roadrunner Records? John Myung punya pilihan agak lain macam, jadi sekarang aku tengah cuba layan lagu Death Cab for Cutie.. ;)
  

Thursday, December 1, 2011

Ulasan: MONOLOQUE Jejak Tanah: Hikayat Halimunan Abad ke-21 (Bahagian 2)

Sambungan dari Bahagian 1.

Sepertimana kulit album, lagu-lagu monoloQue juga cuba mengembalikan irama yang suatu ketika dahulu menjadi kebanggaan masyarakat kita samada irama tradisional atau yang pernah dibawa oleh seniman terdahulu.

Walaupun begitu, mereka akui irama tersebut tidaklah kedengaran jelas dengan hanya sekali dengar kerana ianya telah disesuaikan dengan muzik yang kini dibawa oleh monoloQue. Contohnya macam lagu "Cinta".


Versi awal yang bertajuk "Chinta" dengan kerjasama Muzium Pahang. Ketika itu monoloQue dikenali sebagai hasil kerja solo dari Loque yang tidak mempunyai line-up penuh seperti sekarang.

Bila dengar "Cinta" versi album, aku dapat rasa bunyi gamelan dievolusikan melalui gitar Ijoo dan piano Loque. Paduan drum dari Loko pula sememangnya memberi satu kekuatan pada lagu, lebih menarik lagi ada tambahan bunyi dari tiupan horn dan juga bunyi efek reverse yang memberi feel ala psychedelic.

Itu secara umumnya bagaimana muzik tradisional diberi nafas baru oleh monoloQue yang cuba bereksperimen dengan instrumen mereka. Kedua-dua versi sememangnya menarik, belum lagi versi live yang biasanya ditambah baik, antara satu sebab untuk pergi tengok live show monoloQue. Sila ke SINI untuk dengar pengejek (teaser) "Cinta" versi album.

Biarpun lagu ini mungkin dilabel sebagai lagu cinta yang biasa dikomersialkan melalui radio tetapi pada aku, monoloQue berjaya mencipta satu kelainan untuk lagu sebegini.
Saya melihat cinta itu dalam konteks yang lebih luas. Saya melihat cinta pada keadaan sekeliling, cinta terhadap makhluk, cinta terhadap pekerjaan, cinta terhadap keamanan, cinta terhadap Sang Pencipta dan seterusnya… - Loque
(bersambung petak seterusnya)

Saturday, November 26, 2011

Ulasan: MONOLOQUE Jejak Tanah: Hikayat Halimunan Abad ke-21 (Bahagian 1)

Ulasan album Jejak Tanah: Hikayat Halimunan Abad ke-21 akan dibuat secara berperingkat mengikut kelapangan aku (sibuk sekarang).


Aku mulakan dengan kulit album. Pertama kali tengok aku dah tertarik. Mungkin nampak ringkas tapi ada sesuatu yang ingin disampaikan kerana ianya bukan sekadar lukisan..
Lukisan-lukisan 'Jerami Padi' di dalam album ini adalah antara beribu-ribu karya tersohor Encik Mohd Yusuff Shamsudin, yang kini berumur 84 tahun. Kami doakan semoga seni beliau tidak akan terhenti. - Dipetik dari album monoloQue.
Bila Loque bercerita pasal kulit album, pengacara majlis sendiri mengaku yang ini kali pertama dia dengar pasal lukisan jerami padi. Sememangnya generasi muda kini kurang kenal dengan lukisan jerami padi dan usaha monoloQue memperkenalkan kembali lukisan yang menjadi lambang kepada seni dan budaya ini adalah satu usaha yang patut dihargai.

Pada pendapat aku, lukisan jerami padi biasa ada di kampung dulu-dulu tapi mungkin orang zaman sekarang dah buang bila rumah papan yang diwarisi diganti dengan batu. Sedikit sebanyak kulit album ini menerangkan konsep yang ingin disampaikan melalui lagu-lagunya. Memetik lirik lagu "Batu Belah Batu Konkrit (Bonda)",
Wahai anakanda ku sayang
Kenapa gadai pusaka?
Adakah sebab cinta dan wang?
Atau kerana kurang peka?
(bersambung ke petak seterusnya)

Monday, November 21, 2011

PELANCARAN ALBUM SULUNG MONOLOQUE #2

Setelah hampir dua tahun aku menunggu..

Jejak Tanah: Hikayat Halimunan Abad ke-21
CD, Poster & Poskad

..selesailah sudah majlis pelancaran album sulung monoloQue.

Sunday, November 20, 2011

PELANCARAN ALBUM SULUNG MONOLOQUE

Selepas tiga entry pasal Neil Young, ini pula ada berita yang aku ingin kongsi kepada penggemar muzik tempatan yang dahagakan material terbaru..
PELANCARAN ALBUM SULUNG MONOLOQUE
Dijemput datang beramai-ramai bagi memeriahkan majlis sidang akhbar album sulung monoloQue iaitu JejakTanah : Hikayat Halimunan Abad ke-21, Corak 1

Tarikh : 21hb November 2011 (Isnin)
Masa: 3:00 - 6:00 petang
Lokasi: Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur

(SUMBER)

Secara peribadinya, berita album sulung monoloQue memang eargasm! Aku sendiri pernah bertanya kepada Loque berkenaan albumnya masa hadir di salah satu gig mereka. Itu cerita lama ketika aku dan dua orang lagi sahabat aku memberanikan diri untuk bersemuka dengan hero Butterfingers kami dan persoalan itu kini telah pun terjawab..

Bagi aku, gig monoloQue yang aku tengok masa tu sememangnya satu kejutan dan pengalaman yang tak dapat dilupakan. Loque baru balik dari Berklee College of Music dan monoloQue yang aku tahu ketika itu ialah Loque yang diiringi oleh Adam (keyboard) tetapi tibanya di gig, monoloQue bermain lengkap sebagai sebuah band dengan kemasukan Kadak (bass), Loko (drum) dan Ijoo (guitar).


Selepas monoloQue habis main, aku terserempak dengan Kadak dan dia minta komen. Aku cakap "Perghh.. Psychedelic!". Dia ketawa..
Sebenarnya, tak ramai yang tahu dan hadir masa gig tu. Maklumlah, monoloQue ketika itu masih baru lagi dan belum dikenali seperti hari ini. Sedikit sebanyak membuatkan aku bangga menjadi sebahagian kepada pergerakan awal mereka dan aku harap album sulung monoloQue mendapat perhatian yang sebaiknya!

----------
P.S: Kredit kepada Izan dan Loq (Lokman) untuk video pada hari itu.
  

Saturday, November 19, 2011

Flea (Red Hot Chili Peppers) said Neil Young doesn't give a fuck!

Flea antara sebab kenapa aku dengar Red Hot Chili Peppers. Walaupun gitaris, John Frusciante keluar tapi kalau Flea pun ikut keluar memang punggah. Mana boleh bayang tengok Red Hot Chili Peppers kalau bukan dengan aksi dan bunyi letup-letup bass dia.

Flea (tengah)

Biarpun aku bukan boleh dikategorikan sebagai peminat tegar (hanya mempunyai 2 album RHCP) tapi impak lagu dia memang aku terasa apatah lagi bila kaset player kereta aku rosak. Pengalaman memandu memang tak sama bila tak dengar lagu RHCP.

Berbalik kepada tujuan aku tulis entry ni, aku nak kongsi Flea punya pendapat pasal Neil Young. Pendapat dia bukan sekadar pasal muzik tetapi juga kepada pendirian Neil Young dalam berkarya.

There's a rare contradiction in Neil Young's work. He works so hard as a songwriter, and he's written a phenomenal number of perfect songs. And, at the same time, he doesn't give a fuck. That comes from caring about essence. There can be things out of tune and all wild-sounding and not recorded meticulously. And he doesn't care. He's made whole albums that aren't great, and instead of going back to a formula that he knows works, he would rather represent where he is at the time. That's what's so awesome: watching his career wax and wane according to the truth of his character at the moment. It's never phony. It's always real. The truth is not always perfect.(READ MORE)


"Hitchhiker" live at Farm Aid (2010)

Aku memang setuju dengan pendapat Flea. Masa mula-mula dengar album terbaru Neil Young, Le Noise (2010) aku mengerutkan dahi. Aku rasa lain macam, walaupun majoriti lagunya didominasi oleh gitar elektrik yang berat bunyinya, tapi tiada langsung bunyi drum dan backup band.

Selepas aku tengok video dia perform lagu "Hitchhiker", barulah aku faham. Walaupun tiada tepukan gemuruh daripada penonton masa mula-mula main, Neil Young tetap dengan gaya dan aksi dia. Memang pelik tetapi lagu tu disampaikan dengan superb dan ditamatkan dengan begitu indah sekali, kena dengan maksudnya..
After hearing Neil, I appreciated simplicity, the poignancy of "less is more." - Flea

Friday, November 18, 2011

5 Recent Videos in My Favorites List (It's all about Neil Young)

Lagi entry untuk video terbaru yang masuk dalam favorites list aku di youtube. Disebabkan aku baru beli CD Neil Young, jadi video kali ni semua pasal Neil Young. Sengaja aku pilih video live dari tahun 2000 dan ke atas sebab aku suka tengok dia perform walaupun dah tua tapi still kickin'..

1. Neil Young & Crazy Horse - Cortez the Killer (Bonnaroo Music Festival 2003)



Rasanya antara lagu Neil Young yang paling aku selalu dengar. Masa aku baru pakai handphone yang boleh bagi masuk mp3, aku masukkan lagu ni dan bila nak tidur, aku set mode repeat dan dengar sampai tertidur. Dia punya atmosphere yang terhasil dari guitar Neil Young tu memang feel dan aku suka apa yang dia nak sampaikan melalui lagu ni..

"Hate was just a legend, war was never known.."

2. Neil Young - Cowgirl in the Sand (Massey Hall 2007)



Aku setuju dengan komen dari youtube, show ni memang mengingatkan aku kepada show dia kat Massey Hall 1971. In fact, tempat dia pun sama cuma bezanya ialah jarak masa, 36 tahun tapi masih kedengaran sama macam dulu..
"Close your eyes........it's 1971"
3. Neil Young - Cowgirl in the Sand (Coburg 2008)



Kalau video "Cowgirl.." tadi dia main akustik selama 4 minit, yang ni pula adalah original studio version yang dimainkan hampir 10 minit dengan bass line antara yang aku suka dan yang paling penting, guitar lead dan solo daripada Pakcik Neil Young sendiri..

4. Neil Young - Rockin' in the Free World (Glastonbury Festival 2009)



Aku sebenarnya cari video Neil Young main lagu ni kat show Saturday Night Live, tak ingat tahun bila tapi yang aku ingat Bruce Willis jadi host. Bagi aku dia punya performance time tu memang superb! Seingat aku lagi, dia pakai seluar jean koyak dengan jaket kulit hitam, t-shirt ada muka Elvis tapi sayang video tu macam dah tadak kat youtube. Anyway, video ni masa dia headlining Glastonbury Festival 2009. Walaupun dia main agak panjang dari versi asal, tapi performance dia antara yang terbaik..

5. Neil Young - Hey Hey, My My (Wang Theater 2011)



"Rock n roll can never die.."

Boleh dikira sebagai latest performance daripada Neil Young. Dia kini berumur 66 tahun dan baru saja menyambut hari lahirnya pada minggu lepas. HAPPY (BELATED) BIRTHDAY NEIL! Berbalik kepada lagu ni, dia ada sebut pasal The King (merujuk kepada Elvis) dan Johnny Rotten (Sex Pistols).

Aku tujukan video ni kepada sahabat aku, Fix Dervish. Dia bagitau nak beli harmonica. Dulu masa mula-mula aku tengok video Neil Young main gitar sambil tiup harmonica aku rasa memang cool. Pastikan hang boleh main harmonica macam Neil Young!

Thursday, November 17, 2011

NEIL YOUNG Sugar Mountain: Live at Canterbury House 1968

Kalau bukan sebab ada orang tepuk tangan, sampai ke hari ini aku takkan tahu yang lagu "Sugar Mountain" sebenarnya dirakam secara live. Lagu yang dimuatkan dalam album kompilasi Decade (yang aku download masa zaman P2P Limewire dulu) sebenarnya diambil dari persembahan live Neil Young di Canterbury House (1968) dan tak pernah pun ada versi studio.

Sugar Mountain: Live at the Canterbury House 1968

Untuk pengetahuan, persembahannya di Canterbury House tak pernah dikeluarkan secara rasmi dalam sebuah album. Hanya selepas 40 tahun kemudian, barulah kesemua lagu daripada persembahan itu dikeluarkan secara rasminya dalam album Sugar Mountain: Live at the Canterbury House 1968 yang baru aku beli beberapa hari lepas.

Neil Young ketika itu berumur 22 tahun dan belum dikenali ramai sebagai artis folk ternama seperti Bob Dylan, juga belum dikenali dengan penggunaan distortion yang berat bunyinya, juga belum disenaraikan antara gitaris terhebat dunia. Maka album ini sememangnya ada nilai tersendiri kepada yang mengikuti hasil kerja Neil Young.

CD & DVD Audio

Ketika album ini dirakam, Neil Young baru saja berpecah dari kumpulannya iaitu Buffalo Springfield dan belum mengeluarkan mana-mana album solo. Disebabkan itu, terdapat beberapa lagu Buffalo Springfield dan lagu ciptaannya untuk album solo yang bakal diterbitkan kemudian. Kesemua lagu dimainkan secara akustik dengan gayanya yang tersendiri dan rata-ratanya berbeza dengan versi studio.

Antara lagu yang aku suka nak dengar selain "Sugar Mountain" ialah lagu klasik Buffalo Springfield iaitu "Mr. Soul", "Expecting to Fly" dan lagu dari album solonya iaitu "The Loner" dan "I've Been Waiting for You". Tak semua lagu dalam album ini aku biasa dengar tapi kalau dah biasa dengan lagu akustik folk dia, lagu dalam album ini pasti tak menjadi satu masalah.



Secara keseluruhan, satu persembahan akustik yang kemas, kedengaran sangat tenang dan bersahaja, sudah tentu tiada gitar solo yang bingit bagi persembahan sebegini, hanya Neil Young dan gitar akustiknya dan bertambah menarik lagi apabila disulami dengan interaksi antara penonton.

Banyak perkara yang dibualkan, antara yang membuatkan aku ketawa dan tersengih ialah kisah pengalaman kerjanya di kedai buku sebelum dibuang kesan daripada pengambilan pil diet. Tak bosan aku dengar dia cerita walaupun ulang banyak kali!

Bagi aku, ini satu belian yang sangat berbaloi apatah lagi dibeli dengan harga runtuh (hanya RM 9.90) di Artist Gallery 1st Avenue Shopping Mall yang baru dibuka berdekatan Komtar, Pulau Pinang.

Wednesday, November 2, 2011

NIRVANA Sliver: The Best of the Box (2005)

Aku baru baca ulasan album Nevermind (20th Anniversary Edition) dari blog Metuk Ulau Underground Voices dan tetiba rasa macam dah lama tak dengar lagu Nirvana. Jadi aku nak cerita serba sedikit salah satu album yang menjadi koleksi aku iaitu Sliver: The Best of the Box.

Cover album (versi CD), aku punya kaset tapi ada di kampung.

Agak ragu-ragu masa nak beli album ni sebab kebanyakan lagu diambil dari demo, live, rehearsal atau dengan kata lain lagu-lagunya bukan lagu yang bersih. Memikirkan waktu itu (tahun 2005) album ni dikira sebagai keluaran terbaru dan lagu pun banyak, aku pun terus beli.

Masa mula-mula dengar, kualiti bunyinya tak begitu bagus (seperti yang dijangka) dan vokal Kurt Cobain pun ada yang lain macam. Ironinya, susah juga album ni nak keluar dari walkman aku. Bunyinya yang raw memberi satu feel yang lain macam mungkin.



Seleksi lagunya agak menarik dan juga rare yang disusun mengikut tahun. Jadi, album ni umpama membawa pendengarnya kembali melalui jalan yang suatu ketika dahulu ditempuhi oleh Nirvana apatah lagi sambil membelek inlay yang memaparkan gambar-gambar penuh nostalgia.

Di bawah aku letakkan tracklist lagu dengan infonya sekali. Info lebih lanjut boleh tengok Wikipedia.
  1. "Spank Thru" (December 1985 Fecal Matter demo) – 3:45
  2. "Heartbreaker" (March 1987 show in Raymond, WA) – 2:59
  3. "Mrs. Butterworth" (Summer 1987 band demo) – 4:05
  4. "Floyd the Barber" (January 23, 1988 show in Tacoma, WA) – 2:33
  5. "Clean Up Before She Comes" (1988 home demo) – 3:12
  6. "About a Girl" (1988 home demo) – 2:44
  7. "Blandest" (June 6, 1988 studio session in Seattle, WA. Produced by Jack Endino) – 3:56
  8. "Ain't It a Shame" (August 1989 studio session in Seattle, WA) – 2:02
  9. "Sappy" (January 1990 studio session in Seattle, WA. Produced by Jack Endino) – 3:33
  10. "Opinion" (September 25, 1990 KAOS radio show) – 1:35
  11. "Lithium" (September 25, 1990 KAOS radio show) – 1:49
  12. "Sliver" (1990 home demo) – 2:10
  13. "Smells Like Teen Spirit" (March 1991 boombox demo) – 5:40
  14. "Come as You Are" (March 1991 boombox demo) – 4:10
  15. "Old Age" (May 1991 studio session for Nevermind) – 4:21
  16. "Oh, the Guilt" (April 1992 studio session in Seattle, WA) – 3:25 (Also a limited edition split single in 1993)
  17. "Rape Me" (May 1991 solo acoustic home demo) – 3:23
  18. "Rape Me" (October 1992 studio session in Seattle, WA) – 3:03
  19. "Heart-Shaped Box" (January 1993 studio session in Rio de Janeiro, Brazil) – 5:32
  20. "Do Re Mi" (1994 boombox demo solo acoustic) – 4:24
  21. "You Know You're Right" (1994 boombox demo solo acoustic) – 2:30
  22. "All Apologies" (undated boombox demo solo acoustic, circa 1992) – 3:33

Sunday, October 23, 2011

Filem: Stand By Me (1986)

Stephen King antara sebab aku tengok cerita ni. Walaupun sebelum ni kawan aku ada cakap cerita dia best, tapi aku tak tengok sebab aku ingat cerita dia untuk kanak-kanak.

Based on the novella The Body by Stephen King.

Secara ringkasnya, Vern terdengar abang dia bercakap pasal mayat seorang budak yang dijumpai mereka masa nak buang kereta curi. Budak tu sememangnya dicari oleh pihak berkuasa setelah dilaporkan hilang. Jadi, Vern pun cerita kat kawan dia. Akhirnya depa buat keputusan untuk cari mayat budak tu dengan niat untuk jadi hero dan masuk tv.

Walaupun ni cerita lama (tahun 1986), tapi memang disyorkan kepada yang belum tengok. Cerita dia kelakar dan adakalanya mengingatkan kita kepada memori masa kecik dulu. Memang bukan cerita tipikal Stephen King, tapi ceritanya ada nilai tersendiri berkenaan dengan nilai persahabatan dan kekeluargaan.

Berbalik kepada kisah empat orang budak tadi, dalam perjalanan depa ada satu dialog yang menarik perhatian aku dan menimbulkan satu persoalan. Ianya pasal salah satu watak kartun Disney iaitu Goofy.
"Alright, alright. Mickey's a mouse, Donald's a duck, Pluto's a dog. What's Goofy?"
 

Monday, October 17, 2011

Video: ANATHEMA Dreaming Light (2011)


Kehidupan di dunia seolah-olah mati pada waktu malam, tapi tidak bagi aku. Mulanya sekadar mengalami kesukaran untuk tidur (disebabkan beberapa faktor), lama kelamaan menjadi kebiasaan dan banyak perkara menarik yang aku temui sepanjang waktu itu. Antaranya ialah video Anathema, "Dreaming Light".


Anathema, "Dreaming Light" official video.

Aku sebenarnya terfikir lagu yang berentak perlahan atau sesuai dibuat "lullaby" dan lagu dalam album We're Here Because We're Here (2010) terlintas di kepala aku. Bagi aku, lagu-lagu dalam album ni macam ada satu nilai positif bila kita dengar. Walaupun Anathema dikenali dengan irama doom metal tapi semakin lama, hala tuju muzik mereka semakin berubah.

Berbalik kepada lagu "Dreaming Light", kalau sapa yang dah dengar album dia, lagu ni track ketiga dan flow dia memang terbaik bermulanya dari lagu pertama. Susah nak cari album yang seolah-olah mempunyai flow atau kesinambungan dari satu lagu ke satu lagu. Rentak lagu dimulakan dengan alunan perlahan piano dan rentak seterusnya sememangnya memukau dan begitu uplifting.

Videonya masih baru lagi (satu-satunya video untuk album WHBWH), di-upload pada 17 May 2011 walaupun sebenarnya album dah setahun diterbitkan. Pengarah video, Christopher Kenworthy dan videonya berlatar belakangkan peperangan. Kisah tertumpu kepada seorang kanak-kanak yang mencari adik (atau mungkin sahabat) yang terpisah.

Kualiti video memang terbaik (antara muzik video terbaik pernah aku tengok) tetapi adalah lagi baik apabila dapat kita dapat menghayati apa yang hendak disampaikan yang pada aku berteraskan perkara yang paling berkuasa di dunia, iaitu cinta dan kasih sayang.

Suddenly... life has new meaning
Suddenly... feeling is being
Suddenly... I don't have to be afraid
Suddenly... All falls into place

And you shine inside

And love stills my mind like the sunrise
Dreaming light of the sunrise

And you shine inside

And love stills my mind like the sunrise
Dreaming light of the sunrise
Dreaming light and ...

I feel you but I don't really know you

I dreamed of you from the moment I saw you
And I've seen the sunrise in your eyes
The sky... the sea... the light

So live your dream beneath the northern horizon

Be at peace, set your heart in flight again
For the light is truth...
The light is you...


Trivia: Album We're Here Because We're Here dinobatkan oleh majalah Classic Rock sebagai 'Prog Album of the Year'.
 

Friday, October 14, 2011

Pre-listen: MASTODON The Hunter (2011)

26 September 2011

Tak banyak yang boleh aku cakap masa mula-mula dengar lagu "Black Tounge" sebab masih terlalu awal dan album pun belum keluar. Lagu tu pun taklah menarik perhatian aku sangat. Aku hanya beranggapan album kali ni tak macam Crack the Skye (2009) dan Mastodon mungkin akan cuba buat album ala Leviathan (2004).
"It doesn't seem as proggy. There's moments, but it seems more riff-oriented. It seems a little more stripped down." - Brann Dailor
Baru-baru ni aku ada korek balik Mastodon punya youtube channel dan aku dengar lagu "Curl of the Burl". Dua nama terbayang dalam minda aku:


"Curl of the Burl" official video.
  1. Black Sabbath - Aku tak tau sangat kalau nak cerita pasal permainan gitar tapi aku rasa macam ada gaya Iommi masa mula-mula dengar intro lagu ni. Mungkin ayat cliche bila dengar band yang main heavy metal.
  2. Josh Homme - Aku dapat rasa, kali ni depa memang betul-betul "menyanyi". Gaya nyanyian macam Josh Homme (QOTSA).
Lagu ni memang pelik, mungkin sebab dia accessible (macam dengar lagu pop radio?) tapi aku tertarik. Aku dapat rasa hala tuju album kali ni macam mana. Bagaimanapun, terlalu awal untuk judge album yang belum aku dengar semua lagunya.


"Spectrelight"

Aku cuba dengar lagu lain macam "Spectrelight", vokalis undangan Scott Kelly (berapa kali mau nyanyi?) dan lagu "Creature Lives", lagu di mana Brann Dailor (drummer) seolah-olah cuba menjadi seperti Ringo Starr dengan menyanyi dari mula sampai habis. Lagu "The Sparrow" sebagai lagu penutup juga menarik perhatian aku.

Secara keseluruhannya, aku rasa album kali ini cuba menonjolkan kelainan walaupun lagunya tidak lagi seperti lagu dalam Crack the Skye mahupun Leviathan. Ini tindakan yang bagus supaya mereka tidak kedengaran seperti "cover band" kepada band mereka sendiri. Ada lagu yang eksperimental dan ada yang psychedelic. Berbaloi tak untuk cari album ni? Rasanya berbaloi..

P.S: Aku tak dengar semua lagu, nanti tak thrill.. ;)
  

Thursday, October 6, 2011

Steve Jobs: Perginya Jiwa Seorang Hippie

1955-2011

Dunia pada hari ini digemparkan dengan berita kematian Steve Jobs, seorang individu yang dikenali sebagai pengasas syarikat Apple. Kehilangannya sedikit sebanyak memberi kesan kepada segelintir masyarakat kerana daya inovasi serta cara pemikirannya memberi inspirasi dan berjaya mengubah dunia khususnya dalam bidang teknologi.

Walaupun aku bukan pengguna produk keluaran Apple, aku ingin berkongsi beberapa perkara yang aku tahu mengenai insan bergelar Steve Jobs ini. Pada bulan April 1977, Steve Jobs dengan rakan setugasnya Steve Wozniak memperkenalkan Apple II, komputer peribadi pertama yang komersial.

Steve Wozniak and Steve Jobs

Dalam dokumentari History Channel Special: Hippies (2007), Steve Wozniak ada menerangkan idea disebalik penciptaan komputer itu. Pada waktu itu, mereka sedikit sebanyak terpengaruh dengan idea dan pemikiran yang dibawa oleh hippie.
We were so influenced by the People's Computer Company in Menlo Park, the same area that the hippie thought had come from. The whole hippie thinking was that basically the big wealthy power structure should be undone. We want to turn the balance over and we want to make the small individuals more important. - Steve Wozniak (in History Channel Special: Hippies)
Katanya lagi, Steve Jobs sebenarnya lebih "hippie" daripada dia. Steve Jobs biasanya memakai sandal ala hippie, makan kuaci dan akan pergi ke India untuk mandi di Sungai Ganges tetapi pada masa yang sama juga fokus dengan matlamat hidup dan kerjayanya. Inilah Steve Jobs yang anda kenali sebagai pencipta iPhone.

Setiap peradaban ada kekurangan dan kejatuhannya. Tahun 70an boleh dikira sebagai era kejatuhan hippie tetapi pada waktu itu, Steve Jobs dan Steve Wozniak memperkenalkan dunia dengan teknologi yang dikira sangat canggih. Sedar atau tidak, sumbangan hippie kepada dunia bukan sahaja dari segi budaya dan muzik tetapi juga lebih kepada teknologi. Terima kasih Steve Jobs!

..PEACE & LOVE..
 

Wednesday, October 5, 2011

Muzik dan Filem: Terima kasih Cameron Crowe!

Kisahnya bermula dalam dua tahun lepas, satu acara diadakan bagi menghargai dan memperingati pengarah Hal Ashby dan filem cult-nya, Harold and Maude (1971). Acara ni dihoskan Cameron Crowe (sapa yang kaki movie mesti kenal nama nih).

Cameron Crowe and Yusuf Islam.

Yusuf Islam (atau sewaktu dia dikenali sebagai Cat Stevens) telah diberi kepercayaan oleh Hal Ashby untuk menyediakan soundtrack filem tersebut. Melalui Harold and Maude, ada yang berpendapat Cat Stevens antara salah seorang pemuzik yang berjaya mencipta soundtrack terbaik dalam sejarah perfileman.

Walaupun Harold and Maude tidak mendapat perhatian media sewaktu mula ditayangkan, tetapi wujud sekumpulan kecil die-hard fan yang dari hari ke hari semakin membesar. Pelik kan? Mungkin sebab tu Harold and Maude dikatakan satu movie yang 'cult' dan masih lagi dikenang hingga ke hari ini.

Cameron Crowe berjaya menerbitkan album soundtrack Harold and Maude walaupun Cat Stevens dan Hal Ashby tidak mahu berbuat demikian suatu ketika dahulu. Namun, album ini sangat terhad!
Berbalik kepada acara yang dihoskan Cameron Crowe tadi, Yusuf Islam dijemput untuk menyanyikan beberapa lagu. Sebanyak tiga lagu dimainkan. Satu lagu daripadanya adalah lagu yang sangat jarang dimainkan secara live dan lagu itu sebenarnya adalah atas permintaan Cameron Crowe sendiri.

Sedutan video Yusuf Islam di Hal Ashby Tribute.

Sememangnya lagu-lagu Cat Stevens meninggalkan kesan di hati para peminat Harold and Maude termasuklah Cameron Crowe. Yusuf Islam sempat menceritakan bagaimana Cameron Crowe cuba memujuknya  untuk memainkan salah satu lagu yang dia sendiri mengaku sudah lama tidak memainkannya. Sambil mengajuk gaya Cameron Crowe meminta yang katanya seperti kaki buli, akhirnya Yusuf Islam pun bersetuju untuk menyanyikan lagu yang diminta iaitu "Trouble".
There was an audible gasp from the crowd. Tears were heard all around me. The song, such an indelible part of one of the greatest collaborations between artist and film.. - Cameron Crowe
Sayang sekali, satu-satunya video yang ada di youtube hanya tayang tak sampai beberapa saat. Aku berpendapat, kemungkinan lagu tu takkan dimainkan balik secara live melainkan Cameron Crowe yang minta tapi sangkaan aku silap. Selepas dua tahun dari Hal Ashby Tribute, semalam aku terjumpa satu rakaman video di mana lagu "Trouble" dimainkan kembali secara live oleh Yusuf Islam. Jarak rakaman dia agak jauh tapi  yang best-nya, dirakam dari mula sampai habis..


"Trouble" live in Stockholm (2011).

Tuesday, October 4, 2011

Kupasan lagu: Siapa sebenarnya Lady D'Arbanville?

Baru-baru ni aku terjumpa satu kaset lama dalam kereta cabuk aku iaitu album kompilasi Remember Cat Stevens. Aku ingatkan kaset tu dah hilang sebab aku dah clear semua kaset yang ada dalam kereta (kaset player rosak beberapa bulan lepas). Jadi kebelakangan ni aku dengar balik lagu-lagu Cat Stevens.

Picture of Lady D'Arbanville by Martin Muir

Antara lagu yang menarik perhatian aku ialah lagu "Lady D'Arbanville". Masa mula-mula dengar lagu ni, aku tak berapa minat sangat. Melodi dia ala madrigal/baroque style, tak macam lagu "Wild World" (yang orang biasa tahu lagu daripada Mr. Big). Kisah lagu ni pun aku rasa lain macam, agak misteri. Siapa Lady D'Arbanville sebenarnya?


"Lady D'Arbanville" (1970)

Kalau diperhatikan lirik lagu ni, penulisnya menceritakan cinta seorang pemuda kepada kekasihnya yang telah mati dan lebih menyedihkan ialah kekasihnya itu seolah-olah mati secara perlahan-lahan di sisinya.
My Lady D'Arbanville
Why does it grieve me so?
But your heart seems so silent
Why do you breathe so low?
Why do you breathe so low?

My Lady D'Arbanville
You look so cold tonight
Your lips feel like winter
Your skin has turned to white
Your skin has turned to white
Kematian seseorang sememang sangat tragik apatah lagi melibatkan orang yang disayangi. Berbalik kepada lagu tadi, biarpun kekasih pemuda itu mati tetapi tidak pada cintanya.
I loved you my Lady
Though in your grave you lie
I'll always be with you
This rose will never die
This rose will never die
Rasa cinta yang disampaikan melalui lagu ni memang hebat sehingga ada yang memainkan lagu ni pada hari pengebumian.
This song means everything to me, it was played at my mothers funeral,and when hearing it, I always think of her, and this song helps me to realise that she is gone.*songmeanings.net
Sebuah lagu yang berjaya meninggalkan kesan pada hati seseorang sememangnya lagu yang digarap dengan baik oleh penulisnya dan tidak hairan, lagu ini sebenarnya ditujukan kepada kekasih Cat Stevens sendiri iaitu Patti D'Arbanville.

Tetapi tahukah anda, Patti D'Arbanville sebenarnya tidak mati? Dia adalah kekasih lama Cat Stevens dan masih hidup hingga ke hari ini. Yang mati sebenarnya adalah cinta Patti D'Arbanville kepadanya.

Patti D'Arbanville yang kini berusia 60 tahun.

Seperkara lagi, Patti D'Arbanville juga dikatakan telah menjadi inspirasi kepada satu lagi lagu Cat Stevens yang terkenal, tak lain tak bukan.. "Wild World".

-------------
P.S: Ada orang dengar lagi ka lagu pakai kaset?


Saturday, September 24, 2011

AC/DC: Family Jewels (DVD) dan keluaran penting lain yang harus dimiliki

Aku sebenarnya bukan peminat AC/DC tapi aku ada seorang adik yang suka mengumpul barangan AC/DC. Antara yang baru dibelinya ialah AC/DC: Family Jewels (DVD). Sewaktu barang tu sampai dia dah pergi sambung belajar. Jadi buat masa ni, DVD tu berada dalam simpanan aku.

Kalau mengikut perancangan, dia nak beli keluaran terbaru AC/DC iaitu Let There Be Rock (DVD) tapi disebabkan beberapa masalah, Family Jewels dipilih. Walaupun dia dah ada versi lanun, katanya tak puas kalau tak ada yang original. Jadi apa ada pada Family Jewels?

Family Jewels didatangkan dengan 2 keping DVD yang memuatkan koleksi muzik video, live dan promo video dari tahun 1975 hingga 1991. Semuanya berjumlah 40 video yang disusun mengikut tahun dan dibahagikan sama banyak mengikut era penyanyi. Era Bon Scott (1975-1980) dalam disc 1, dan era Brian Johnson (1980-1991) dalam disc 2.


Kepada peminat AC/DC, Family Jewels boleh dikira sebagai sesuatu yang wajib dibeli. Setiap video umpama menunjukkan perjalanan karier dan penglibatan mereka dalam industri muzik, daripada Angus Young seperti baru tamat sekolah pada pertengahan 70an, kepada ledakan "Back in Black" di awal 80an, dan sampailah mereka ketika memasuki era 90an.

Walaupun begitu, kepada die hard fan yang sudah beli, dia jadi macam tak lengkap disebabkan baru-baru ni AC/DC ada keluarkan Family Jewels: Disc 3 yang disertakan dalam box set Backtracks (2009). Box set ni memang terbaik (dapat amp dan macam2 lagi) tapi harganya pun terbaik.

Aku tak boleh mengulas dengan lebih lanjut sama ada berkenaan booklet atau lain-lain disebabkan plastiknya belum lagi dibuka (aku hanya menjaga DVD ni sampai tuan dia datang). Jadi aku search kat youtube kalau ada orang upload video unpacking Family Jewels dan aku terjumpa satu..


Unpacking of the AC/DC Family Jewels DVD set. It comes inside of a digi-pack type DVD case and includes an awesome booklet inside. Disc one includes videos from the Bon era and disc two includes videos from the Brian era until 1991 and a summary of the discography.
AC/DC bagi aku antara kumpulan yang produktif dalam mengeluarkan DVD sejak beberapa tahun lepas. Ada beberapa keluaran penting yang harus dimiliki oleh peminat mereka. Antaranya ialah:

1. AC/DC: No Bull (2000)
DVD pertama yang dikeluarkan oleh AC/DC. Kualiti bunyi kurang bagus tapi rasanya telah diperbaiki dalam versi No Bull: The Director's Cut (2008).

2. AC/DC: Live at Donington (2003)
Dirakam pada tahun 1991. Bukan classic line-up tapi performance AC/DC antara yang paling mantap.

3. AC/DC: Plug Me In (2007)
Menurut adik aku, Plug Me In adalah keluaran yang paling dia puas hati buat masa ini.
Boleh tengok dia punya teaser trailer kat SINI.

4. AC/DC: Backtracks (2009)


Belum lagi dimiliki tapi kalau tengok video kat atas ni memang terasa macam nak beli. Box set dengan packaging yang sangat menarik.

5. AC/DC: Live at the River Plate (2011)
Kualiti gambar terbaik, crystal clear tapi performance pada aku kurang menyengat. Keseluruhannya, masih menghiburkan sebagai meraikan kejayaan tour dan album Black Ice (2008).

6. AC/DC: Let There Be Rock (2011)

Keluaran terbaru daripada AC/DC. Konsert yang dirakam pada tahun 1976 buat pertama kalinya dipersembahkan dalam format DVD. Dengar cerita standart edition tadak special features. Jadi kenalah dapatkan yang collector's edition.

-----------------------------

[Mini Entry] Tribute to Bon
..In Memory..
(1946-1980)


Sebelum dunia mengenal growl death metal, mahupun snarl abang Mus (Megadeth), atau sebelum Dee Snider (Twisted Sister) membuat kacau, di situ adanya Bon Scott..


Live Wire

Thursday, September 22, 2011

4 Recent Videos in My Favorites List

Setelah berbulan tak online dan menonton youtube, ini antara video terbaru di youtube yang dimasukkan ke dalam list favorite channel aku. Seperti biasa, hanya video yang diulang-ulang akan dimasukkan ke dalam list ni.

1. Devin Townsend - Hyperdrive (Acoustic)



Devin Townsend pada aku antara salah satu frontman (metal) yang kelakar dan juga hebat dari segi permainan gitar dengan vokal range-nya yang pelbagai. Waktu aku tengah cari video klip lagu Juular, aku terjumpa satu show dia yang agak baru dan aku rasa bunyi video ni terbaik walaupun rakaman amatur. Lagu paling catchy dalam album Ziltoid the Omniscient (2007), dimainkan secara akustik.

"When I cut my hair off, I lost my ability to sweep (picking).."

2. Blaze Bayley - While You Were Gone (Live)



Sebenarnya aku suka album X Factor, album dia dengan Maiden tapi aku tak pernah dengar apa-apa lagu post-Maiden daripada Blaze. Selepas aku baca beberapa review, aku try dengar satu lagu. Macam best. So, aku try cari versi live dia dan aku terjumpa video ni yang dirakam untuk DVD The Night That Will Not Die.

3. The Entrance Band - Fine Flow (Live)




The Entrance Band antara salah satu band yang menarik perhatian aku. Walaupun aku tahu band ni sebab bassist dia dulu main dengan A Perfect Circle, tapi bunyi dia memang berbeza. Masa mula aku dengar lagu Entrance Band, aku tertarik dengan bunyi gitar dia yang feel semacam. Mood psychedelic mungkin? Lagu Fine Flow ni aku rasa lagu baru dan flow dia memang bagus.

Trivia: Aku pernah berhubung dengan frontman kumpulan ni melalui facebook dan dia seorang yang sangat meminati puisi Rumi.

4. Transatlantic - The Return of The Giant Hogweed ft. Steve Hackett (Live)



Aku mula-mula saja search lagu The Return of The Giant Hogweed versi live dan aku terjumpa satu video Steve Hackett main dengan Transatlantic. Aku pernah dengar nama Transatlantic tapi tak tau sapa ahli band dia. Bila aku klik, Mike Portnoy yang introduce lagu ni. Aku pun masukkan ke dalam list favorite. The Return of The Giant Hogweed antara lagu yang menggunakan teknik tapping terawal dirakam.


http://www.youtube.com/user/kamerarosak

Sunday, September 18, 2011

Ulasan: OPETH The Roundhouse Tapes (CD+DVD)

Bungkusan yang sampai di rumah aku pada 6 September lepas sememangnya ditunggu-tunggu sebab mengikut estimate, bungkusan tu patut sampai pada tarikh 31 Ogos 2011. Aku memang teruja tapi apa yang mengecewakan ialah adik aku dah pergi sambung belajar pada hari bungkusan tu tiba. Jadi atas permintaan dia, aku cerita sikit salah satu barang yang berada dalam bungkusan tu, Opeth: The Roundhouse Tapes.

Keadaan kotak yang mengandungi CD dan DVD kemas dibalut plastik.

Album The Roundhouse Tapes yang aku terima ni sebenarnya adalah versi CD dan DVD yang didatangkan bersama dalam bentuk kotak. Sebelum ni, CD dan DVD dijual secara berasingan. Kepada yang tak tahu, ini adalah album live (sebab tu ada DVD.) Audio CD ada 2 keping disebabkan jumlah durasi yang panjangnya lebih kurang 1 jam 30 minit.

Selepas plastik kotak dibuka, plastik CD menanti..

Dalam beberapa tahun lepas, Opeth antara kumpulan yang menarik minat aku dalam kategori muzik progresif. The Roundhouse Tapes menjadi pilihan aku sebab seleksi lagu yang dimuatkan dalam konsert ni antara yang terbaik pada aku berbanding dua lagi album live Opeth iaitu Lamentations dan In Live Concert at the Royal Albert Hall. Biarpun lagu The Roundhouse Tapes tak sebanyak dua album yang aku sebutkan tadi, tapi seleksi lagunya ada nilai sentimental yang tersendiri. Ini setlist dia,
  1. "When" − 10:28
  2. "Ghost of Perdition" − 10:57
  3. "Under the Weeping Moon" − 10:28
  4. "Bleak" − 8:39
  5. "Face of Melinda" − 9:58
  6. "The Night and the Silent Water" − 10:29
  7. "Windowpane" − 8:01
  8. "Blackwater Park" − 18:59
  9. "Demon of the Fall" − 8:13
Kesemua lagu yang dipilih pada malam tu diambil dari setiap album Opeth bermula dari album pertama Orchid hinggalah album terkini sewaktu album ni dirakam iaitu Ghost Reveries kecuali album Deliverance, sebab apa tak pilih lagu dalam Deliverance, aku pun tak tahu tapi ada dua lagu dari album My Arm, Your Hearse dan Blackwater Park.

Tadaaa..

Berkenaan dengan pemilihan lokasi konsert, ruangnya tak sebesar Royal Albert Hall. Roundhouse kecil tetapi di sinilah banyak nama besar yang pernah main. Antara yang disebut ialah The Doors.
This place is a fucking nice venue. I heard it was used pretty much by all my favourite band in the Sixties. I heard The Doors played their European Tour here. - Mikael Åkerfeldt
Selain itu, konsert ini juga adalah konsert terakhir (kalau tak silap) bagi gitaris kumpulan ni, Peter Lindgren yang telah bermain sejak awal penubuhan Opeth lagi. Konsert ini juga menampilkan pemain drum baru iaitu Martin Axenrot (Bloodbath) yang mukanya mengikut kata Mikael macam Legolas.

Pilihan pembaca Guitar World (April 2009) kategori Extreme Metal Album.

Kualiti bunyi aku berpuas hati, sama dengan kualiti gambar. Mungkin tak boleh lawan dengan Royal Albert Hall yang nampak lebih cantik tapi kalau nak diikutkan, aku terkejut dengan kualiti gambar dia yang jelas masa mula pasang DVD (dulu tengok kat youtube).

Lagu yang dimainkan adakalanya kedengaran lagi best daripada versi studio baik dari segi bunyi dan growl Mikael. Contoh macam lagu Bleak dan The Night and the Silent Water kecuali lagu Face of Melinda sebab versi studio bunyinya lebih jazzy dengan fretless bass dan brushes. Antara lain yang aku suka ialah bila lagu Under the Weeping Moon dimainkan terus dengan lagu Bleak, memang the best!

Bleak

Special features memuatkan temubual dengan ahli band, temubual dengan penonton sebelum dan selepas konsert, soundcheck dan gallery. Temubual dengan band bagi aku biasa, aku syok tengok yang dengan penonton sebab ada di antaranya datang dari jauh, penuh dengan semangat dan aku perasaan ada seorang perempuan ni muka macam familiar, mungkin pelakon.

Secara keseluruhannya, aku berpuas hati dan aku terhibur. Biarpun begitu, aku ada komplen sikit pasal orang yang edit video dia sebab ada beberapa part gambar diubah warnanya untuk disesuaikan dengan mood lagu. Bagi aku tak perlu bagi menghayati konsert live yang epik macam ni. Apa pun, aku berterima kasih kepada adik aku, Kimi sebab dia yang belanja. We salute you!

Trivia:
1. Rata-rata penonton memilih bassist, Martin Mendez sebagai favorite act.
2. The Soundhouse Tapes (Iron Maiden) ?
  

Friday, September 16, 2011

Steve Harris dan citarasanya terhadap muzik Genesis

Sebelum ini aku selalu terbaca dekat beberapa laman web dan forum yang mengatakan album Foxtrot antara album kegemaran Steve Harris khususnya lagu Supper's Ready. Ada juga yang kata Mike Rutherford antara pengaruh utama Steve Harris untuk bermain bass. Pada aku, mungkin ini sekadar gosip Genesis-Maiden sebab aku sendiri tak dapat cari sumbernya dari mana.

Mike Rutherford

Bagi peminat Iron Maiden, mereka mesti tahu yang Steve Harris sememangnya seorang peminat muzik prog rock era 70an. Sumber pertama yang aku tahu adalah melalui album Seventh Son of a Seventh Son (1988) versi enhanced CD. Dalam CD tu, Steve Harris ada komen pasal album SSOASS yang kedengaran lebih progresif berbanding album lain. Katanya,
Because people think of Maiden as a 'metal' band they don't always realise, but groups like Jethro Tull and Genesis, that's the music I grew up with..
Baru-baru ni pula aku ada terbaca satu buku yang pada aku agak menarik untuk dimiliki kalau terjumpa. Buku tu bertajuk Mean Deviation: Four Decades of Progressive Heavy Metal. Dalam buku tu ada menyatakan beberapa album Genesis yang Steve Harris dengar ketika dia membesar iaitu album Nursery Cryme (1971) dan Foxtrot (1972) . Steve Harris juga ada menyebut salah satu lagu Genesis yang memberi impak dalam hidup dia,
"Stuff like Genesis's 'The Musical Box' still gives me goose bumps," says Harris. "It just completely changed my life. I thought it was fucking amazing, and immediately wanted to have a go at trying to play this stuff."
Aku sendiri teruja sebab lagu The Musical Box sememangnya antara lagu kegemaran aku biarpun panjangnya 10 minit. Melodi, mood dan konsep lagu tu memang terbaik. Permainan gitar dan solo Steve Hackett pun antara yang terhebat! Kemudian aku cari pula pendapat Steve Harris pasal lagu Supper's Ready.


The Musical Box

Susah juga nak cari kat internet sebab sebelum ni yang aku tahu orang cakap sumbernya dari majalah tapi aku akhirnya bernasib baik sebab terjumpa satu temubual bersama Steve Harris yang bertajuk I Hate Punk. Dalam temubual tu Steve Harris ada menyebut pasal album Foxtrot dan lagu Supper's Ready. Ini jawapan Steve Harris apabila ditanya adakah dia seorang peminat artrock,
Yea, I mean I think the Genesis album Foxtrot and especially Supper´s Ready is the best thing I ever heard in my life. It´s fantastic. As a piece of music it´s so far ahead of its time. Some might think the sound is dated. These are old albums, but to me this is great music.
Steve Harris bukan sahaja peminat lagu-lagu Genesis, dia juga berminat dengan kulit album Genesis. Ini pendapat yang diberikan oleh Steve Harris berkenaan dengan kepentingan kulit album dan juga kesan perubahan hala tuju Genesis dalam temubual yang sama,
It´s very important. The way the album covers are is an extension of the way you are understanding what you do. In the early days when I listened to the Genesis albums it was like a continuing thing you could look at. The artwork was just fantastic. It made you wanting it to put it on the back of your jacket or something. When Genesis changed they did different artwork and I was really disappointed. With Maiden we´re trying to do that thing.
Pergolakan yang berlaku dalam Genesis pada penghujung 70an sememangnya mengecewakan peminatnya termasuklah Steve Harris. Biarpun begitu, apa yang Genesis cuba sampaikan suatu ketika dahulu, kini sedikit sebanyak masih lagi diteruskan oleh Iron Maiden. Up the Irons!

Steve's 1976 diary.