Wednesday, December 12, 2012

Hadis 40: Syarah Ulama Kita

Tadi pagi aku terbaca satu artikel daripada Ustaz Fathul Bari yang bertajuk, Hadis 40 sebagai sendi, asas Islam. Beliau menekankan kepentingan menguasai ilmu mengikut cabang dan tahapannya. Berkenaan ilmu hadis beliau mengatakan,
Salah satu teks asas yang wajib dipelajari oleh penuntut ilmu ialah hadis 40 susunan Imam Nawawi.
Ustaz Fathul Bari ada menyebut beberapa orang ulama yang membahaskan kitab ini dan aku rasa penting untuk berkongsi dan menambah seorang ulama kelahiran tanah air kita, iaitu Ustaz Mustafa Abdul Rahman (meninggal tahun 1968), kitab syarahnya diterbitkan oleh Dewan Pustaka Fajar.


Aku kira terjemahan dan syarah daripada Ustaz Mustafa Abdul Rahman antara yang masyhur di kalangan masyarakat kita. Untuk pengetahuan, beliau merupakan salah seorang anak murid kepada Tuan Guru Syeikh Abdullah Fahim (boleh rujuk SINI artikel yang aku kumpulkan berkenaan gurunya).

Harapan Ustaz Mustafa Abdul Rahman terhadap kitab ini, "Semoga kitab ini menjadi salah satu usaha dalam bidang menghidupkan dan memperkembangkan sunnah Rasulullah yang mulia dalam kalangan umat Islam di tanahair kita." Metodologi beliau dalam huraian hadis boleh rujuk SINI.
  

Wednesday, November 21, 2012

Berita dari Gaza oleh Sani Araby

 
Salah seorang kenalan aku dari Pulau Pinang kini berada di Gaza untuk membuat liputan dari sana. Dia yang baru tiba di Gaza semalam sebagai wakil MAPIM cuba untuk berkongsi videonya melalui youtube tetapi gagal, katanya kena reject!?


Gaza Police Station hit by Israel Air Strike


Buat masa ni dia berjaya upload melalui Vimeo. Status facebooknya juga banyak menceritakan keadaan yang berlaku di sana. Boleh terus ke facebooknya, Sani Araby Al-Kahery untuk mengetahui berita lanjut. Bantuan kewangan sangat diperlukan!
WAKE-UP!!!! RESCUE GAZA
Gaza perlukan bantuan Infaq kalian, situasi sangat genting! Saya tidak akan pulang ke Tanah Air Tercinta selagi kutipan dana RESCUE GAZA tidak mencapai angka yang diperlukan......Saya akan terus mencari jalan untuk membuka mata semua Bangun untuk Gaza........Moga nyawa saya bukan sia-sia disisi Allah S.W.T.

INFAQ NOW!!!
Saya membuka laluan menggunakan akaun peribadi say
a untuk saluran terus ke Gaza. Keadaan border di Rafah yang tidak stabil, Bank dan Western Union ditutup akan melambatkan bantuan. Saya akan withdraw infaq kalian sehari RM5,000 x 4 debit cards saya. Sehari saluran terus boleh sampai RM25,000. Keperluan segera RM500,000.


Account : RHB Islamic
No : 10714560039776
Nama : Ahmad Sani Bin Abdul Alim Araby

Kalian juga boleh infaq ke Tabung Gaza MAPIM. Target keperluan RM2,000,000.

TABUNG GAZA MAPIM
BIMB: 08013010075820
MAYBANK ISLAMIC: 558220601374
Sani Araby Al-Kahery
Wednesday, November 21, 2012 at 2:06pm.

Wednesday, November 7, 2012

Makanan: Nasi Ayam Penyet, Padang Jawa..

Baru tadi aku teman seorang kawan makan nasi kandar di Shah Alam. Sambil beratur nak ambil nasi dan lauk, aku terdengar perbualan orang di belakang aku. Depa bersembang pasal makanan di Pulau Pinang, negeri kelahiran aku. Kata orang di belakang aku dengan bersungguh-sungguh kepada kawan di belakang dia,  
"Kalau singgah di Pulau Pinang kena tinggal paling kurang tiga hari pasal tempat makan paling best bagi aku memang di Pulau Pinang. Di sana kau boleh mati sebab makan!"
Aku ketawa dalam hati. Sememangnya makanan antara daya tarikan untuk orang luar singgah di Pulau Pinang. Namun tak dinafikan, setiap negeri atau tempat ada daya tarikannya yang tersendiri buat penggemar makanan. Contohnya kalau ke Padang Jawa pasti aku akan singgah untuk makan nasi ayam penyet.



Sambal dia pada aku memang tiptop! Aku bukanlah penggemar makanan yang ada unsur pedas tetapi sambal seperti yang disediakan bersama ayam penyet ini sesuatu yang diperlukan jika anda ingin merasa satu 'tendangan di punggung', apatah lagi sambil menikmati ayamnya yang panas. Boleh juga cuba bebola daging dengan minuman tenaga Extra Joss seperti dalam gambar di atas.

Harga bagi nasi ayam penyet ialah RM 4.50, Extra Joss RM1.50, bebola daging tu tak ingat pula harganya tapi jumlah yang dibayar cukup berbaloi buat rakyat marhaen seperti aku yang sekali sekala ingin merasa makanan yang sangat menyelerakan ini. Lokasi kedai kalau datang dari Shah Alam macam nak ke KTM Padang Jawa tapi terus naik flyover, kemudian bersedia untuk belok ke kanan.
  

Friday, October 19, 2012

JERITAN BATINKU! #3


Ya, Rob Halford adalah penyanyi seterusnya yang akan menggegarkan ruangan Jeritan Batinku! Walaupun aku belum dilahirkan ketika kumpulannya, Judas Priest menjadi fenomena suatu ketika dahulu tetapi hati aku berkata, sesiapa yang mengaku mendengar muzik keras tidak akan sah pengakuannya selagi tidak mendengar lagu Judas Priest.

Kumpulan yang berasal dari England ini ditubuhkan pada tahun 1969 dan baru sahaja menamatkan farewell tour mereka. Beruntung abang Deaf Angel kita yang berpeluang menyaksikan persembahan live mereka Februari lalu. Untuk itu, lagu yang aku akan kongsi kali ini diambil dari bootleg yang dirakam sendiri oleh beliau, terimalah..
 

Judas Priest - Victim of Changes (Live)
 

Wednesday, October 17, 2012

JERITAN BATINKU! #2


Kita sambung lagi dengan jeritan seterusnya. Di antara kita sudah tentu tertanya, mengapa perlu menjerit? Soalan sebegini adakalanya sangat sukar untuk dijawab kerana tidak ada jawapan yang tepat untuk setiap kejadian dan peristiwa dalam hidup ini.

Namun apa yang pasti, jeritan ini sememangnya tidak dapat diterima nilainya oleh norma masyarakat, ia juga mampu mengguris perasaan insan yang tidak berdosa. Hanya yang kuat sahaja mampu menahan perilaku manusia yang tidak keruan ini, terimalah..

Strapping Young Lad - All Hail The New Flesh (Live)
 

Friday, October 12, 2012

JERITAN BATINKU!


Rupanya baru aku perasan yang aku dah lama tak update blog. Ok, ni pun sebenarnya filler entry saja. Sekadar mau kongsi lagu yang vokalis dia punya jeritan menikam kalbu, bagi aku la.. haha! Layan..

Mortifera - Le Revenant (Lyric Translation)

P.S: Mungkin lepas ni aku boleh sambung buat entry vokalis yang aku suka..

Wednesday, September 19, 2012

BLOG KENA HACK?

Tengah hari tadi, blog aku tak boleh buka. Mulanya loading macam biasa, tapi tak sampai berapa saat dia redirect ke tempat lain, ke Jentayu.com. WTF! Di bahagian atas laman web tu ada tulis "This domain name expired on  Sep 18 2012 11:39PM. Click here to renew it." 


Cemas jugak beberapa minit. Sebelum ni aku pernah tengok ada satu blog kena hack disebabkan tuan punya blog selalu serang orang. Hairan jugak, aku ada serang orang ka? Untuk itu, aku akan kongsi bagaimana masalah ni dapat diselesaikan supaya blogger lain yang mungkin mengalami masalah yang sama dapat ambil sedikit manfaat. 

Seperti yang kita tahu, domain blogspot ni free. Jadi apa yang dikatanya 'expired' tu tak valid. Aku cuba menghubungi beberapa rakan yang lebih berpengalaman untuk minta pandangan. Pada masa yang sama aku cuba google, mana tau ada yang pernah mengalami masalah macam aku ni. Selepas dari web ke web aku masuk, akhirnya terjumpa blog ni. Tajuknya, Domain Nama Blogspot Expired .. Biar betul?


Perkara yang terjadi kepada kawan tuan punya blog tu sebijik macam aku tapi dia sekadar cerita masalahnya saja, jalan penyelesaiannya tak ada. Cuma di bahagian komen, kawan dia ada bagi satu link untuk dirujuk, http://blogging.nitecruzr.net/2010/09/blogger-blogs-redirecting-to.html. Aku pun tak berapa paham sangat sebab setting blog ni aku memang tak berapa pandai, cuma ada satu ayat di situ yang kata,
You'll probably not find this hack by editing the template HTML code - it will be an HTML gadget, located in your sidebar or maybe the blog footer / attribution section. 
Aku terfikir mungkin ada gadget yang buat masalah. Walaupun blog tak boleh buka, tapi dashboard masih boleh dibuka. Jadi aku masuk ke bahagian layout dan terjumpa gadget yang codenya ada perkataan jentayu. Gadget tu sebenarnya kalendar yang beberapa bulan lepas dah tak boleh pakai tapi aku masih belum remove. Jadi aku pun remove gadget tu, masalah pun selesai dan blog boleh dibaca seperti biasa.
   

Sunday, September 16, 2012

Richard Wright: Dalam kenangan..

Aku baru buka facebook tadi dan ternampak satu status dari Pink Floyd dengan gambar Richard Wright, ianya berbunyi, "Today we remember founder member of Pink Floyd, Richard Wright, who sadly passed away in 2008."
Aku cuma terfikir, tanpa Richard Wright sebagai pemain keyboard, mungkin aku tidak akan terus mendengar lagu-lagu Pink Floyd. Ketika mula berjinak-jinak dengan Pink Floyd, keyboard adalah satu instrumen yang benar-benar menarik perhatian aku. 

Ya, Pink Floyd ada David Gilmour dengan gitar solonya yang hebat dan mencengkam jiwa, begitu juga Roger Waters dengan idea gilanya dan Nick Mason dengan permainan drumnya, tetapi cuba bayangkan Dark Side of the Moon tanpa chord jazz dari Richard Wright. Cuba bayangkan..


Seperti insan lain, perjalanan hidupnya tidaklah sentiasa indah, Richard Wright pernah dipaksa oleh Roger Waters untuk berhenti dan keluar dari Pink Floyd ketika sesi rakaman The Wall. Roger Waters sememangnya keras kepala sehingga perbalahannya dengan David Gilmour memberi kesan kepada hala tuju mereka sebagai sebuah kumpulan.

Itu cerita semasa sesi rakaman The Wall, kisah Rick dan Roger Waters tidak terhenti di situ. Apa pun, terus kepada reunion Pink Floyd  di Live 8 pada tahun 2005. Kesemua ahli Pink Floyd iaitu David Gilmour, Nick Mason, Richard Wright bergabung semula dengan Roger Waters setelah 24 tahun tidak bersama di atas satu pentas. Ianya memang detik bersejarah, terima kasih Bob Geldof, tapi itu hanya untuk satu persembahan sahaja.


Aku berharap akan ada satu lagi peluang di mana kesemua ahli Pink Floyd bergabung semula kerana masing-masing masih lagi aktif dan boleh bermain muzik, terutama David Gilmour dan Richard Wright yang sama-sama mengadakan tour. Roger Waters pula dengan persembahan operanya, Nick Mason ada juga join sekali dengan David Gilmour di Royal Albert Hall. Jadi, harapan untuk reunion memang ada.

Sehinggalah Rick menemui ajal pada 15 September 2008, aku terdiam apabila mendapat tahu berita itu. Apa yang aku ingat, aku tengok balik video reunion Live 8, iyalah, mengenangkan tiada lagi reunion Pink Floyd yang akan terjadi.. haha. Apa pun, yang pergi tetap pergi dan yang penting, bak kata lagu The Wall.. THE SHOW MUST GO ON!
 

Thursday, August 30, 2012

Salam Merdeka: Erti Hidup Yang Hakiki

Sembang di kedai kopi baru-baru ini, antara topik yang menjadi perbualan adalah sambutan Hari Kemerdekaan. Tibanya Hari Kemerdekaan ini memanglah seronok. Pertama, kerana ianya cuti umum. Selain itu, dapat menikmati keindahan bunga api.


Jadi, seorang kawan aku mengajak untuk pergi tengok persembahan bunga api. Katanya, kalau tengok dari Bukit Bendera lagi seronok. Aku pun tak pasti samada nak pergi atau tak sebab aku rasa ada benda lain yang perlu aku buat malam tu.

Seorang lagi kawan aku tidak suka aktiviti keluar malam tengok bunga api. Dia berpendapat, ramai yang bersuka-ria pada malam sambutan Hari Kemerdekaan tidak menghormati perjuangan nenek moyang kita satu ketika dahulu. Ada benarnya juga.

Untuk pengetahuan, setiap kali sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan, umur aku akan meningkat satu tahun kerana hari lahir aku jatuh pada tarikh yang sama. Teringat aku kata-kata Ibnu Qayyim Al-Jauziyah berkaitan dengan umur. Katanya,
Hidup itu sebenarnya adalah kehidupan hati. Sedangkan umur manusia bukanlah miliknya. Waktu yang digunakan untuk bersama Allah SWT merupakan umurnya yang sebenarnya.
Kata-kata itu aku ambil dari bukunya yang berjudul Penyakit dan Penawarnya (Jilid 1) di dalam bab kecil, Maksiat Mengurangi Umur dan Menghapus Keberkatan. Ibnu Qayyim membuat kesimpulan,
Bila seorang hamba berpaling daripada Allah SWT dan sibuk dengan kemaksiatan, hilanglah hari-hari hidupnya yang hakiki.
Apa yang aku tulis ini sekadar untuk menasihati diri sendiri dan mengajak anda untuk setidak-tidaknya mengingati pencipta asal kejadian kita semua. Buat yang mengenali diri ini, aku juga ingin meminta maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang kita berkawan. 

SALAM MERDEKA
    

Thursday, August 9, 2012

The Joy of Life..

Lebih kurang bulan lepas aku ada letak gambar Christopher McCandless sebagai cover photo (facebook). Disebabkan ada beberapa orang komen dan di antara mereka pula ada yang tahu kisah Christopher McCandless, jadi aku ingat mahu kongsi antara dialog filem Into the Wild (2007) yang aku suka.

Ron Franz: Alaska!? Son, what the hell are you running from?
Christopher McCandless: [climbing a hill] You know, I can ask you the same question! Except I already know the answer!
Ron Franz: You do, do you? 
Christopher McCandless: I do, Mr. Franz! You got to get back out in the world! Get out of that lonely house, that little workshop of yours. Get back out on the road! Really! You're going to live a long time Ron! You should make a radical change in your lifestyle! I mean, the core of man's spirit comes from new experiences. And there you are, stubborn old man, sitting on your butt! 
Ron Franz: Sitting on my butt?
Christopher McCandless: Yeah. 
Ron Franz: Ha! I'll show you sitting on my butt! 
[gets up and follows Chris up the hill]
Ron Franz: I'm gonna miss you when you go.
Christopher McCandless: I'll miss you, too, Ron. But you're wrong if you think that the joy of life comes principally from human relationships. God's placed it all around us. It's in everything. It's in anything we can experience. People just need to change the way they look at those things.
Ron Franz: Yeah, I'm gonna take stock of that. No, I am. I am. But I wanted to tell you something. From the bits and pieces I put together, you know, from what you told me about your family, your mother and your dad. And I know you've got your problems with the church too. But there's some kind of bigger thing we can all appreciate, and it sounds like you don't mind calling it God. But when you forgive, you love. And when you love, God's light shines on you.
[the sunlight begins to shine over them]
Christopher McCandless: [laughs] Holy shit!
Ron Franz: I told you about that language.

Friday, July 20, 2012

Ihya Ramadhan: Syeikh Nuruddin

Pertama sekali aku mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada yang membaca blog Kaboi Tanduk, tinggal beberapa jam saja lagi sebelum kita menginjak masuk ke bulan yang penuh barakah. Semoga amal kita kali ini dapat mendekatkan lagi diri kepada Allah, pencipta asal kejadian kita semua.


Entry kali ini seperti juga entry Mengenang Ulama Terdahulu, cumanya ulama yang ingin aku perkenalkan ini bukanlah ulama yang telah lama meninggalkan kita, beliau masih hidup dan tidak putus dengan usaha dakwahnya sebagai menyambung usaha dakwah yang telah ditinggalkan oleh ulama terdahulu. Beliau yang aku maksudkan itu ialah Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki.

Syeikh Nuruddin berasal dari Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Indonesia. Walaupun berasal dari Indonesia, beliau kerap juga berkunjung ke Malaysia memandangkan beliau pernah menjadi guru di Maahad Tarbiyah Islamiah (Kedah). Dalam dua minggu lepas, aku berkesempatan untuk menghadiri tausiah Syeikh Nuruddin di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Satu pengalaman yang tidak mungkin dapat aku lupakan kerana aku duduk sangat hampir dengan Syeikh Nuruddin.

Syeikh Nuruddin begitu tersentuh hatinya mendengar laungan azan oleh Syeikh Ali Moola, iaitu muazzin Masjidil Haram, Mekah yang kebetulan dijemput pada hari yang sama. Katanya, mendengar laungan  azan itu mengingatkan beliau pada Tanah Suci Mekah, tempat pengajiannya suatu ketika dahulu dan juga mengingatkan beliau pada Kota Madinah. Betapa rindunya Syeikh Nuruddin sehingga aku dapat melihat dengan jelas air matanya keluar ketika beliau bercerita mengenai perasaannya.


Katanya, "Bagaimana kita tidak merindukan sebuah tempat, sebuah kota yang di sana tempat mundar-mandirnya baginda, yang di sana nabi kita dikuburkan, yang di sana nabi kita duduk dengan orang ramai, yang di sana nabi kita khutbah, yang di sana nabi kita memberikan nasihat, yang di sana nabi kita memberikan panduan dan bimbingan kepada umat, yang di sana dengan Saidina Rasulullah s.a.w sembahyang berdiri di hadapan Allah yang sehingga sampai bengkak kedua belah kaki beliau."

Sambungnya lagi, "Betapa bahagianya kalau pada waktu kita di Madinah kita berpijak di tempat nabi kita berpijak, kita berdiri di tempat nabi kita berdiri, kita berjalan di tempat nabi kita mundar-mandir, ataupun juga dengan kedua belah telapak kaki kita berpijak di atas telapak kaki para sahabat, atau juga pada waktu  kita beri'tikaf di Masjid Nabawi yang dengan punggung kita duduk di tempat para sahabat nabi kita duduk, mungkin juga di tempat nabi kita duduk."

Tausiah Syeikh Nuruddin pada hari itu sememangnya banyak menanamkan rasa cinta dan rindu kepada Rasulullah melalui cerita para sahabat, mendidik jiwa dengan akhlak yang baik di samping mengenal erti tawaduk dan merendah diri. Rasanya cukup setakat ini sebagai pengenalan mengenai seorang ulama yang aku hormati. Boleh baca di SINI untuk mengetahui latar belakang Syeikh Nuruddin dengan lebih lanjut.


Seperkara lagi, boleh juga ikuti program Ihya Ramadhan bersama Syeikh Nuruddin sepanjang bulan Ramadhan di TV AlHijrah setiap hari pada pukul 5.00 hingga 5.30 petang. Kalau sesiapa yang boleh rakam, minta tolong rakam dan upload ya!

Saturday, June 23, 2012

The Big Bang: Best of the MC5 (CD)


Bila dengar lagu kumpulan Orange Sunshine di blog PC koKak yang katanya "sound like 70s hard rock, The Stooges, MC5, Hendrix, Blue Cheer", aku teringat kepada salah satu album MC5 yang ada dalam simpanan aku. Album itu adalah album kompilasi bertajuk The Big Bang: Best of the MC5 hasil pemberian seorang kenalan dari Sungai Petani, abang Din namanya.


Abang Din merupakan seorang penggemar muzik khususnya yang datang dari era 70an. Jujur aku katakan, ketika aku diberi album ini, aku tak tahu lagu-lagu nyanyian MC5 melainkan versi cover "Kick Out the Jams" yang dimainkan oleh Rage Against The Machine. Tak ramai yang kenal dan tahu mengenai MC5 walaupun mereka antara kumpulan yang aktif lewat 60an dan awal 70an suatu ketika dahulu.
When the story of the '60s and the counterculture is told, you rarely hear about the MC5's part in it. - Wayne Kramer
Kata abang Din, MC5 antara kumpulan yang berperanan penting dalam membentuk identiti awal muzik punk sambil merujuk kepada lagu "Kick Out the Jams". Lagu yang dimuatkan dalam album pertama MC5 itu mencetuskan kontroversi sehingga diharamkan di beberapa rangkaian kedai dan lebih teruk, MC5 dibuang dari syarikat rakaman mereka. Puncanya bermula kerana penggunaan kata kesat di awal permulaan lagu. Ironinya pula, "Kick Out the Jams" menjadi slogan sebagai tanda revolusi di kalangan aktivis.
With Kick Out the Jams, the MC5 invented many of the themes that punks would later use as the basis for a movement - Jimmy Gutterman
Namun kata abang Din lagi, tak ramai generasi punk kini yang kenal dengan MC5 disebabkan muzik mereka yang lebih ke arah rock n roll. Wayne Kramer sendiri mahu lagu-lagu mereka dimainkan atas nama Little Richard dan Chuck Berry (ikon rock n roll yang dikaguminya). Hakikatnya, MC5 berjaya mengangkat muzik rock n roll ke satu tahap yang lebih tinggi walaupun penglibatan mereka tidak lama. MC5 juga dikenali dengan aksi live yang bertenaga berbanding kumpulan lain yang sezaman dengan mereka.


Album kompilasi ini mengumpulkan 21 lagu yang diambil dari single awal, debut album Kick Out the Jams (1969), Back in the USA (1970), High Times (1971) dan lagu live "Thunder Express" yang dirakam pada tahun 1972. Kesemua lagu disusun mengikut tahun rakaman dan secara tak langsung membawa pendengar mengikuti perjalanan muzik mereka sehinggalah kumpulan ini dibubarkan. Disertakan juga inlay album setebal 24 muka dengan cerita yang informatif dari Wayne Kramer dan Jimmy Gutterman.
Quite simply, Chuck Berry's guitar was the reason I played the guitar. When I heard that sound when I was nine years old, that was it. That was the sound of release and of power. - Wayne Kramer  
* all quotes taken from album's inlay.
 

Thursday, June 7, 2012

Mengenang Ulama Terdahulu

SYEIKH ABDULLAH FAHIM
1869 - 1961  

Sengaja aku bertanya kepada seorang rakan yang gemar menghadirkan diri dalam majlis ilmu yang antaranya disampaikan oleh para Syeikh dan Tok Guru, "Hang pernah tak dengar pasal Syeikh Abdullah Fahim?" Katanya, "Aku tak berapa pasti.."

Sebenarnya aku pun bukanlah tahu sangat. Cuma namanya sentiasa dalam ingatan aku sebab dulu masa kecil aku tinggal di Taman Haji Abdullah Fahim. Jadi aku himpunkan di sini artikel mengenai beliau supaya dapat dikongsi bersama.

Saturday, May 19, 2012

Perihal Pendapat..

Hasil pergaulan dan pemerhatian aku dengan beberapa rakan samada di jalanan, warung ataupun facebook, antara yang aku dapat belajar ialah sudah menjadi fitrah manusia suka memberi pendapat. Bagusnya bila mendengar orang memberi pendapat ini antaranya kita akan 'dapat' sesuatu atau dalam erti kata lain, kita akan belajar sesuatu dari tuan yang memberi pendapat. Dalam masa yang sama kita dapat mengenal peribadinya.


Pernah aku ditanya oleh seorang rakan, katanya, "Hang tak takut ka kalau hang bagi pendapat, kemudian ada orang pertikai dan tak setuju dengan pendapat hang?" Umumnya apabila sesuatu soalan diajukan, adalah wajar untuk kita fahami terlebih dahulu kenapa soalan itu ditanya. Ketika itu, aku boleh faham kenapa dia bertanya kerana konteks perbualan kami pada dasarnya berkenaan masalah dalam memberi pendapat dan menerima pendapat. Rakan aku pula seorang yang suka berkongsi pendapat.

Balas aku, "Kalau hang nak bagi sesuatu pendapat, pertama sekali kena expect akan ada orang yang tak setuju dengan pendapat hang." Perkara ini sangat penting untuk kita ketahui kerana tidak boleh sepanjang masa kita mengharap orang suka dengan pendapat kita."Tapi kena juga tahu orang yang balas pendapat hang kekadang bukan niat dia nak menyangkal pendapat hang. Mungkin dia pun nak kongsi pendapat dia sepertimana hang berkongsi pendapat hang."


Sambung aku lagi, "Mungkin juga topik berkenaan pendapat hang tu satu topik yang dia suka." Biasanya orang yang memberi maklum balas pada topik yang dia suka merasakan dirinya arif dalam topik tu. Jadi ada baiknya juga kita cuba faham dan dengar pendapatnya dahulu. Mudah-mudahan kita dapat belajar sesuatu, tetapi andaikata betul dia menyangkal pendapat kita dan secara tidak puas hatinya mencela pula, pada aku demi menjaga persahabatan selain mengelakkan perselisihan yang berpanjangan, lebih baik kita diam atau iyakan saja pendapatnya.. haha!

Kesimpulannya, kalau berani memberi pendapat, kena juga berani menerima pendapat, dan sebelum memberi pendapat, biarlah pendapat yang diberikan itu sesuatu yang kita jelas dan faham. Kalau berkata kepada sesuatu yang kita tidak faham malah samar-samar, maka kurang adil jadinya pendapat itu, lebih teruk boleh menjadi fitnah pula. Sebaik-baiknya pendapat yang dikongsi itu ada input berguna dan dapat dimanfaatkan bersama, bukannya pendapat yang semata-mata menghukum dengan niat untuk memenangkan sebelah pihak sahaja.


 

Wednesday, May 16, 2012

Wordless Wednesday: Ais Kacang!

Lokasi: Mee Pokok Ceri Asli, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

P.S: Selamat Hari Guru kepada yang memilih kerjaya sebagai seorang guru. Oh ya, hari ni  juga adalah hari pemergian Ronnie James Dio, sudah masuk dua tahun rupanya.. 
 

Sunday, April 22, 2012

Bersama Meor Pesta Jiwa..

Rasanya sudah hampir beberapa minggu aku bercadang untuk berjumpa dengan seorang lagi busker, Meor Yusof Aziddin dan akhirnya semalam bertemu juga kami di KL Sentral. Tujuan aku sekadar untuk membeli apa-apa album keluarannya berserta buku kedua hasil tulisannya sendiri iaitu Sembang Tepi Jalan: Syurga Yang Hilang


Seperti juga Nan Blues, Meor (atau aku panggil di sini sebagai abang Meor) bukanlah orang baru dalam dunia busker. Walaupun bermain muzik di jalanan, abang Meor boleh dikira sebagai  seorang yang aktif dalam berkarya. Sehingga kini sudah ada tujuh buah album solo dan satu album bersama kumpulannya, Society. Selain bermain muzik, abang Meor juga aktif menulis dan dikenali melalui blognya, Pesta Jiwa. 

Aku mula tahu pasal abang Meor melalui blognya. Dari situ juga aku dapat tahu yang abang Meor menggemari irama folk seperti Iwan Fals, Bob Dylan, Nick Drake, Cat Stevens serta puisi Jalaludin Rumi, tapi sayang, waktu itu aku belum familiar dengan dunia blog dan jarang guna internet. Jadi aku tak begitu mengikuti hasil tulisannya sehinggalah aku terbeli album Dari Rakyat Untuk Rakyat (2009) dan buku pertama Sembang Tepi Jalan di Pesta Buku BOCO yang lepas.

Suasana busking di sekitar KL Sentral
 
Berbalik kepada pertemuan kami, abang Meor kebiasaannya memang busking di KL Sentral. Jadi aku  tengok dulu abang Meor main beberapa lagu sebelum mendapatkan buku terbarunya. Aku ambil sekali album Yang Terlintas Di Fikiran (2006). Sebenarnya, aku berharap untuk membeli album Itu Padang...Aku Di Situ (2003), satu album yang aku kira sebagai masterpiece, tapi rezeki aku tiada. Katanya, album itu sudah habis.

Abang Meor ajak aku minum bersama. Katanya,  pukul 7.00 malam dia akan rehat sekejap sebelum sambung balik busking. Rasa segan pun ada sebenarnya sebab aku bukanlah orang yang pandai berbual tetapi banyak pula yang kami bualkan. Kebanyakannya berkisar tentang muzik, kehidupan dan secara tak langsung menyentuh aspek ketuhanan. Aku suka cara abang Meor berfikir, pandangannya sangat berbeza dengan orang lain yang pernah aku temui.

Lagu "Yang Terlintas Di Fikiran" bersama Azmyl Yunor

Aku rasa cukup sebagai pengenalan mengenai abang Meor. Selepas ini aku kena bertolak ke Pulau Pinang.  Ingin tahu dengan lebih lanjut atau berhasrat untuk beli album dan bukunya, bolehlah melawat blog Pesta Jiwa atau facebook page Meor Yusof Aziddin. Untuk pengetahuan, album dan bukunya tak ada dijual di kedai, semua dibikin sendiri tanpa melalui mana-mana major label!

Saturday, April 7, 2012

Bersama Nan Blues..

Semalam aku upload satu video di youtube, video Nan Blues (atau aku panggil sebagai abang Nan) busking di Central Market dengan lagu "Sesat di Kuala Lumpur". Nyanyian asal oleh M. Nasir dengan kumpulannya Kembara. Video dirakam tiga tahun lepas oleh kawan aku, Izan ketika kami singgah di Kuala Lumpur.


Bagi sesetengah orang, mungkin video tu tak ada yang menarik pun. Kualitinya tak cantik, rakam pun tak penuh (sekejap saja) tapi bila tengok video tu aku dapat rasa kembali dengan jelas pengalaman melihat abang Nan busking secara live. Di tempat asal aku Pulau Pinang, belum pernah lagi aku tengok orang busking begitu.

Abang Nan bermain gitar lengkap dengan amp dan juga harmonika. Seingat aku, dia ada nyanyi lagi dua lagu kesukaan aku, "Knockin' On Heaven's Door" dan "Like a Rolling Stone", nyanyian asal oleh Bob Dylan. Mungkin sebab tu aku tak boleh lupa pasal abang Nan. Bagi aku, abang Nan lebih hebat dari penyanyi asal, Bob Dylan mahupun M. Nasir.


"Sesat di Kuala Lumpur"
Central Market


Tujuan aku upload video tu sekadar ingin berkongsi kepada yang menghargai pemuzik jalanan seperti abang Nan, apatah lagi aku dapat tahu suasana busking sudah tiada di Central Market. Selepas upload, aku cari di internet perkembangan abang Nan dan aku dapat tahu yang dia akan main untuk satu program di PKNS, Shah Alam. Apa lagi, esoknya aku terus pergi..

Diringkaskan, tadi abang Nan ada main lagu "Blowin' in the Wind", "Busker Blues", "Kupu-kupu", "Blues Untuk Rakyat" dan beberapa lagi lagu yang aku tak ingat tajuknya. Seronok tengok abang Nan, selang satu lagu dia akan bercerita mengenai lagu yang akan dimainkannya. Lebih menarik lagi abang Nan bersetuju memainkan lagu permintaan aku, "Sesat di Kuala Lumpur".


Saturday, March 24, 2012

Majlis Pelancaran Travelog Rabak

Pagi tadi aku bangun baca blog Hilal, orang kampung aku (yang sekarang tengah hot kat tv pasal masuk rancangan "On Air" Astro Ria), dia beritahu pasal Majlis Pelancaran Travelog Rabak. Travelog Rabak ni satu buku hasil nukilan Mohd Jayzuan bersama rakan dia Shima Scarlett dan Seyn.

Kalau tak kenal Jayzuan, buku pertama dia 28 Hari: Jurnal Rock n Roll ada diulas dalam blog Krenmaut. Aku memang tertarik dengan buku pertama dia, buku kedua pun aku dah baca. Jadi aku tak fikir panjang untuk ke majlis pelancaran buku terbaru dia di Central Market, Kuala Lumpur.


Ditemani Wan (housemate aku), kami bertolak menaiki KTM dan sampai dengan selamat tapi yang menjadi masalah, aku tak tau lokasi yang tepat untuk majlis tu. Aku tak berapa familiar dengan Central Market, pernah datang tiga tahun lepas tapi sekadar lalu lalang sambil tengok orang busking. Baru sekarang aku nak explore.

Nasib baik terserempak dengan sorang brader berbadan besar pakai baju Projek Rabak. Aku pun tanya lokasi dan dia pun tunjuk arah dengan sopan, tapi ada satu perkara yang bermain di fikiran aku. Rasa macam kenal, rupa-rupanya senior sekolah aku dulu. Bule nama dia. Katanya nanti jumpa di atas, dia nak ke tandas dulu.

Aku terus ke lokasi majlis yang terletak di Annexe Gallery. Sebelum tu aku sempat rembat cd They Will Kill Us All dan album terbaru Carburetor Dung. Majlis baru saja bermula. Ada beberapa muka yang aku pernah tengok antaranya Aidil dari band Couple dan Muski Kuda Hitam pelakon dalam filem Bunohan. Oh ya, Bunohan memang terbaik!


Tanpa membuang masa, Jayzuan dipanggil oleh pengacara majlis naik ke pentas dan disusuli oleh Shima dan Seyn. Malang sekali, Seyn tak diberi tempat duduk. Aku tau majlis tu santai tapi ada ka patut.. Kemudian sesi temubual pun bermula. Masing-masing bercerita sedikit sebanyak pasal Travelog Rabak yang berkisar tentang kisah pengembaraan mereka.

Aku tak berapa fokus. Sebenarnya aku tak puas hati dengan pengacara majlis tu sebab layanan dia kepada Shima agak kureng. Apa boleh buat, mungkin dia nak mengejar masa untuk dua buku lagi yang majlis pelancarannya dilakukan pada masa yang sama. Aku keluar ambil angin dulu lepas habis sesi Travelog Rabak dan masuk balik hinggalah majlis selesai sepenuhnya.

Selesai saja majlis, aku pun cari buku Travelog Rabak untuk dibeli. Aku beli sekali buku Kuala Lumpur, Aku Okay. Buku Sang Bohemian pula aku beli untuk Fix Dervish sebab dia dah pesan. Pusing lagi di Annexe Gallery, jumpa buku Punk Rock: Disebalik Fesyen dan Muzik Bising. Ah, ini buku memang sesuai untuk orang yang buta muzik dan poser seperti aku!


Sekarang masa untuk minta sign dari Jayzuan dan rakan-rakan. Peminat tipikal macam aku memang nak sign, baru la boleh menunjuk kepada orang di kampung macam Fix Dervish (jangan marah..hehe).  Jumpa Jayzuan terus aku minta dia sign sambil mengeluarkan dua lagi buku dia yang aku bawa dari rumah. Dia pun bagi reaksi, katanya aku tak cukup satu lagi buku, Nota-Nota Gila. Itu buku memang limited.

Aku sempat bertanya pasal ilham di sebalik nama Syd Jamal, watak utama dalam buku Anarki di Kuala Lumpur. Sebelum ni aku ada buat andaian sendiri pasal nama Syd yang mungkin diilhamkan oleh Syd Barrett, frontman Pink Floyd di era awal mereka. Jayzuan membenarkan kata-kata aku. Aku tau dia memang suka lagu solo Syd Barrett, manakala Jamal pula sekadar untuk melengkapkan nama punk rocker Kuala Lumpur itu.


Alang-alang Shima ada di situ, aku pun terus minta dia sign sekali. Aku rasa Shima mungkin ada dalam kisah kembara buku pertama Jayzuan. Kena rujuk balik, aku pun dah tak ingat. Berbaju Pink Floyd, gadis ni memang menarik perhatian aku. Aku pun tegur pasal baju Pink Floyd Darkside of the Moon yang dia pakai.

Jayzuan menyampuk, katanya kepada Shima, aku baru saja tanya pasal Syd Barrett. Aku rasa Shima pun layan lagu Syd Barrett. Ini yang buat aku tak sabar nak baca hasil tulisan dia nih.. Jayzuan dan Shima memang baik orangnya cuma aku yang tak pandai nak bergaul dengan orang.. haha! Apa pun, nice to meet you Jay and Shima!


Aku keluar dari Annexe Gallery dan pergi bersembang dengan Bule, senior sekolah aku yang jumpa awal tadi. Aku kagum dia boleh ingat lagi nama aku sedangkan aku hampir lupa nama dia, tapi muka memang aku ingat. Kebetulan Seyn ada situ. Aku pun minta dia lengkapkan koleksi tandatangan Travelog Rabak.

Seyn terkejut, dia ingat aku datang dari Penang semata-mata untuk beli buku ni tapi aku perbetulkan balik. Aku memang asal dari Penang tapi sekarang tinggal di Shah Alam. Seyn orang Perak. Katanya dia selalu lepak di Ipoh. Seyn memang cool tapi aku tinggalkan dia untuk beri peluang kepada orang lain minta autograf.


Aku pulang dengan Wan, sekali lagi dengan menaiki train, berdiri di sepanjang perjalanan sampai longgar lutut tapi dengan hati yang gembira. Kepada yang ingin membeli buku keluaran Mohd Jayzuan bolehlah menghubungi Sang Freud Press di facebook rasminya.

Saturday, March 3, 2012

Kembara Kaboi Tanduk di Pulau Pinang: KOMTAR

Agak lama aku nak buat sambungan episod Kembara Kaboi Tanduk di Pulau Pinang disebabkan beberapa masalah. Tak ada apa yang istimewa pun kisah kembara ni, aku cuma datang ke Pulau Pinang disebabkan sedang bercuti dan aku sendiri berasal dari Pulau Pinang.


Lokasi yang dipilih untuk episod kembara kali ini ialah Komtar. Biasanya kalau nak mencari bahan yang berkaitan dengan muzik, aku tak pergi Komtar. Komtar terletak di bahagian pulau (aku tinggal di Seberang Prai) dan Komtar dipilih disebabkan Seberang Prai sudah tiada lagi kedai muzik yang menepati citarasa aku.


Tanpa membuang masa, aku bersama Wajib Ali terus singgah ke Dead Beat Shop yang terletak di tingkat empat. Mungkin ada yang pernah terbaca iklan Dead Beat Shop dalam majalah Karisma. Kedai ni menjual t-shirt yang original serta barangan sampingan lain yang berkaitan dengan rock/metal.


Perniagaan ini sebenarnya dijalankan oleh pasangan suami isteri iaitu Dzul dan Jill. Menurut Dzul, Dead Beat Shop baru beroperasi lebih kurang dua tahun. Aku ada berminat dengan beberapa baju tapi buat masa ini sumber kewangan agak terhad. Jadi aku memilih untuk beli cd saja.


Hasil godekkan aku di kotak cd, akhirnya aku memilih satu cd dari Shamanic Rites, dua cd dari Au Revoir, promo EP Brabazom dan split cd Manggas/Maar. Wajib Ali pula sibuk buat special request suruh Dzul cari baju Iron Maiden yang dia nak. Semoga dapat apa yang diidamkan.


Dead Beat Shop dibuka dari pukul 3.00 petang hingga 7.00 malam. Kepada yang berminat untuk tengok t-shirt yang dijual bolehlah ke laman web rasminya di SINI. Dead Beat Shop pun ada blog dan link dia ada diletakkan di sebelah. Terima kasih kepada Dzul atas layanan anda.


Seterusnya aku ke kedai berhampiran dengan Dead Beat Shop. Agak hairan dengan kedainya yang nampak lain, rupa-rupanya kedai bundle sebelum ini baru saja diambil alih oleh Ethic (juga kedai bundle). Banyak stok baru masuk dan menariknya ada baju dijual serendah RM1.


Aku singgah tak lama di Ethic sebab aku nak turun ke tingkat tiga untuk singgah satu lagi kedai Ethic. Lokasi dia agak tersorok tapi nasib baik ada signboard. Ethic di tingkat tiga sebenarnya adalah lokasi asal dan ruangnya agak kecil berbanding cawangan baru di tingkat atas.


Aku tak beli apa-apa di Ethic. Banyak masa dihabiskan dengan berbual bersama Victor, seorang pekerja Ethic yang agak peramah. Berseluar pendek dan berselipar jepun, Victor sekali pandang tak seperti seorang metalhead tapi perbualan kami hampir sepenuhnya berkaitan dengan metal.


Menurut Victor, kedai Ethic sebenarnya adalah kepunyaan salah seorang anggota kumpulan Dark Nirrajim. Kedai ini sudah beroperasi hampir 5 tahun. Waktu perniagaannya pula adalah dari pukul 12.00 tengahari sampai 8.00 malam dan dibuka pada setiap hari.


Kemudian aku singgah pula dB Music Centre di tingkat yang sama. Biasanya orang panggil Kedai Auntie. Macam familiar? Sebenarnya tiada kaitan dengan satu lagi Kedai Auntie di Kompleks Campbell, Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan, kedai ini sudah beroperasi sejak dari tahun 1978 lagi.


Aku melawak dengan Auntie kononnya nak interview dia. Auntie malu tersipu. Katanya lebih baik aku interview Uncle yang kebetulan ada di kedai. Uncle datang dengan penuh yakin, dia sudah biasa ditemubual antaranya dari Tony Fernandes yang ketika itu menjadi pengurus Warner Music.


Ceritanya lagi, dia pun hairan kenapa dipilih oleh Tony Fernandes sedangkan kedainya sangat kecil tapi Tony Fernandes memberi alasan kerana pengalaman Uncle dalam berniaga. Kata Uncle, ada tiga perkara yang dia sentiasa tekankan dalam berniaga iaitu kesabaran (patient), masa (time) dan perkhidmatan (service) yang bagus.


Uncle menambah, kepercayaan (trust) juga satu faktor yang sangat penting. Kalau pelanggan hilang kepercayaan, mana mungkin business boleh bertahan. Sebelum aku pergi, uncle ada beri pendapat mengenai muzik. Katanya, tiada batasan umur untuk mendengar muzik dan muzik tidak akan mati.

Kedai dB Music Centre banyak menjual album classic rock dan metal dari dalam dan luar negara. Aku sempat rembat album terbaru Love Me Butch, Worldwide Transgression. dB Music Centre sedia menerima tempahan dan Uncle boleh dihubungi melalui emailnya, dbkeong@yahoo.com atau boleh terus melalui telefonnya (04-2629170).

(akan bersambung)

Wednesday, February 1, 2012

Kembara Kaboi Tanduk di Pulau Pinang: Restoran Wajib Ali

[Nota: Aku baru perasan entry ni tak boleh view sepenuhnya kalau pakai Internet Explorer. Pastikan anda menggunakan browser lain seperti Firefox atau Google Chrome sehingga nampak gambar sepinggan nasi kandar berlauk gulai ikan dan telur dadar]

Empat jam perjalanan dari Klang, akhirnya aku tiba di Pulau Pinang pada pukul 11.45 pagi. Aku terus singgah ke Restoran Wajib Ali, sebuah restoran nasi kandar yang terletak di Butterworth, Pulau Pinang. Tujuan ingin berjumpa seorang sahabat sekolah rendah aku, Wajib Ali.


Kami satu kelas dari darjah 1 sampai darjah 6. Bila berjumpa, memang banyak benda yang dia nak cerita terutama sekali pasal filem. Jangan terkejut, Wajib Ali seorang peminat filem P. Ramlee dan menyimpan cita-cita untuk menjadi pengarah filem, juga ingin mengeluarkan novel thriller ala Stephen King.

Sambil bercerita pasal filem terkini, dia menghidangkan lauk istimewa hari Khamis kedainya. Nasi kandar berlauk gulai anak ikan dengan kari pekat secukup rasa, dimakan dengan telur dadar dan ditambah pula dengan rasem (sup herba), memang puas hati! Susu lembu biasanya menjadi minuman aku bila singgah di kedai dia.

Restoran Wajib Ali yang dibuka oleh bapanya sudah bertapak di Pulau Pinang selama 24 tahun. Antara nasi kandar yang berkualiti lauknya pada pendapat aku. Kalau bercuti di Pulau Pinang, jangan lupa singgah ke restoran dia. Lokasi berhampiran bangunan Maybank, simpang nak masuk jeti (feri) dan stesen bas Butterworth.

Andai kata Wajib Ali ada di kedai, jangan segan untuk kenalkan diri sebagai pembaca Kaboi Tanduk. Insyaallah akan mendapat layanan yang lebih istimewa, makan free tak boleh jamin.. ;)

(akan bersambung)

Thursday, January 26, 2012

Don't Forget Me

Pagi yang agak sentimental, aku mengambil keputusan untuk pulang menuju ke kampung halaman sejauh 400km dan meninggalkan tempat yang sedikit sebanyak memberi memori pahit manis dalam mengejar erti kehidupan. Lagu yang aku ingin yang ingin kongsi kali ini ialah dari Red Hot Chili Peppers.

"Don't Forget Me"

Lagu ini diambil dari album By the Way (2002). Walaupun aku tak begitu mengikuti RHCP, album ini ada dalam simpanan aku dalam bentuk kaset. Bila bercakap pasal RHCP, umumnya mengenali lagu mereka dengan irama funk tetapi lagu ini sebaliknya, lebih mellow dan melancholic.

Bagi aku lagu ini ada keistimewaannya yang tersendiri, permainan gitar John Frusciante sesuatu yang "out of this world" dan sangat kena dalam menyalurkan emosi dan rasa lagu. Mungkin boleh cuba tengok video live mereka, John Frusciante seolah-olah bersatu dengan irama yang dihasilkannya.

John Frusciante

Liriknya pula adalah sesuatu yang introspective, boleh dikaitkan dengan situasi atau pengalaman hidup. Ramai yang nampak ianya mengenai suatu hubungan atau perpisahan tetapi ada yang mengatakan Anthony Kiedis bercakap mengenai tuhan dan kehidupan, barangkali itu secara umumnya.
"It's my idea of what God is about, what life is. It puts us in such a good mood.." (source)
Dalam lagu ini, John Frusciante juga bertindak sebagai penyanyi latar. Bagi aku, itu antara perkara yang aku terasa hilang setelah dia meninggalkan RHCP, selain permainan gitarnya yang hebat dia juga mempunyai vokal yang bagus sebagai penyanyi latar.

Walaupun suaranya mungkin tidak mendapat perhatian kerana sekadar penambah rasa kepada irama lagu, dia ada ulang satu ayat hingga ke akhir lagu,

"More will be revealed my friend.."

Sedikit sebanyak ia memberi kesan kepada jiwa aku. Mungkin itu antara mesej yang ingin disampaikan, secara zahirnya untuk kehidupan yang kita sedang lalui.

Sayonara!

Monday, January 16, 2012

Goth Rock

Disebabkan aku ada bercerita mengenai Peter Murphy dalam entry lepas, jadi aku rasa tak lengkap kalau tak menyentuh sedikit berkenaan muzik yang digelar sebagai goth rock. Untuk pengetahuan, Peter Murphy itu sendiri dikenali sebagai "Godfather of Goth".

Peter Murphy (kiri) bersama kumpulannya, Bauhaus.

Sesetengah pendengar khususnya remaja mungkin akan merujuk kepada My Chemical Romance atau Marilyn Manson kerana imej gothic dan penampilannya yang serba hitam tetapi hakikatnya mereka bukan goth rock.

Genre ini sebenarnya sudah terbentuk selama tiga dekad, ini secara asasnya mengenai goth rock:
Frequently misunderstood in its aesthetics and misapplied as a term, goth rock is an offshoot of post-punk that existed primarily during the early to mid-'80s. Its reputation as the darkest and gloomiest form of underground rock is largely deserved, though today that reputation stems more from the visual theatricality of its bands and black-clad followers.Sonically, goth rock took the cold synthesizers and processed guitars of post-punk and used them to construct foreboding, sorrowful, often epic soundscapes. Early on, its lyrics were usually introspective and intensely personal, but its poetic sensibilities soon led to a taste for literary romanticism, morbidity, religious symbolism, and/or supernatural mysticism.

(READ MORE)
Lagu Bauhaus pada tahun 1979 iaitu "Bela Lugosi's Dead" sering dirujuk sebagai lagu pertama yang melahirkan fenomena goth rock.


"Bela Lugosi's Dead" live at Coachella 2005

Amat menarik, lagu "Bela Lugosi's Dead" yang dipersembahkan ketika reunion Bauhaus ini dinyanyikan Peter Murphy dalam keadaan tergantung (kaki di atas, kepala di bawah) selama 9 minit dan untuk lagu "Dark Entries", ianya ditujukan kepada Ian Curtis, satu lagi nama yang cukup penting dalam pembentukan irama post-punk dan goth rock.

----------
P.S: The Cure..?