Sembang di kedai kopi baru-baru ini, antara topik yang menjadi perbualan adalah sambutan Hari Kemerdekaan. Tibanya Hari Kemerdekaan ini memanglah seronok. Pertama, kerana ianya cuti umum. Selain itu, dapat menikmati keindahan bunga api.
Jadi, seorang kawan aku mengajak untuk pergi tengok persembahan bunga api. Katanya, kalau tengok dari Bukit Bendera lagi seronok. Aku pun tak pasti samada nak pergi atau tak sebab aku rasa ada benda lain yang perlu aku buat malam tu.
Seorang lagi kawan aku tidak suka aktiviti keluar malam tengok bunga api. Dia berpendapat, ramai yang bersuka-ria pada malam sambutan Hari Kemerdekaan tidak menghormati perjuangan nenek moyang kita satu ketika dahulu. Ada benarnya juga.
Untuk pengetahuan, setiap kali sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan, umur aku akan meningkat satu tahun kerana hari lahir aku jatuh pada tarikh yang sama. Teringat aku kata-kata Ibnu Qayyim Al-Jauziyah berkaitan dengan umur. Katanya,
Hidup itu sebenarnya adalah kehidupan hati. Sedangkan umur manusia bukanlah miliknya. Waktu yang digunakan untuk bersama Allah SWT merupakan umurnya yang sebenarnya.
Kata-kata itu aku ambil dari bukunya yang berjudul Penyakit dan Penawarnya (Jilid 1) di dalam bab kecil, Maksiat Mengurangi Umur dan Menghapus Keberkatan. Ibnu Qayyim membuat kesimpulan,
Bila seorang hamba berpaling daripada Allah SWT dan sibuk dengan kemaksiatan, hilanglah hari-hari hidupnya yang hakiki.
Apa yang aku tulis ini sekadar untuk menasihati diri sendiri dan mengajak anda untuk setidak-tidaknya mengingati pencipta asal kejadian kita semua. Buat yang mengenali diri ini, aku juga ingin meminta maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang kita berkawan.
SALAM MERDEKA
wow best jugak tazkirah ringkas ni bro...selamat hari kemerdekaan bro
ReplyDeletebyk udang byk garam, byk org byk ragam...setiap orang ada pendapat masing2 ttg merdeka...anyway, selamat hari lahir dan merdeka bro ;-)
ReplyDeleteselamat panjang umoq
ReplyDeletehepi birthday zulsab,hue3
ReplyDeleteselamat hari jadi
ReplyDeletethanks, rock terus!
ReplyDeleteAda pandangan yg aku dgr dri kenalan, x pastikan dari mana pandangan tu..
ReplyDeleteKatanya "apabila seorg manusia mati, ideologi atau impian si mati yg x kesampaian akan berpisah dri bdan dan menerawang mencari jasad baru yg masih hidup"
Cuma berkongsi..