Sunday, September 16, 2012

Richard Wright: Dalam kenangan..

Aku baru buka facebook tadi dan ternampak satu status dari Pink Floyd dengan gambar Richard Wright, ianya berbunyi, "Today we remember founder member of Pink Floyd, Richard Wright, who sadly passed away in 2008."
Aku cuma terfikir, tanpa Richard Wright sebagai pemain keyboard, mungkin aku tidak akan terus mendengar lagu-lagu Pink Floyd. Ketika mula berjinak-jinak dengan Pink Floyd, keyboard adalah satu instrumen yang benar-benar menarik perhatian aku. 

Ya, Pink Floyd ada David Gilmour dengan gitar solonya yang hebat dan mencengkam jiwa, begitu juga Roger Waters dengan idea gilanya dan Nick Mason dengan permainan drumnya, tetapi cuba bayangkan Dark Side of the Moon tanpa chord jazz dari Richard Wright. Cuba bayangkan..


Seperti insan lain, perjalanan hidupnya tidaklah sentiasa indah, Richard Wright pernah dipaksa oleh Roger Waters untuk berhenti dan keluar dari Pink Floyd ketika sesi rakaman The Wall. Roger Waters sememangnya keras kepala sehingga perbalahannya dengan David Gilmour memberi kesan kepada hala tuju mereka sebagai sebuah kumpulan.

Itu cerita semasa sesi rakaman The Wall, kisah Rick dan Roger Waters tidak terhenti di situ. Apa pun, terus kepada reunion Pink Floyd  di Live 8 pada tahun 2005. Kesemua ahli Pink Floyd iaitu David Gilmour, Nick Mason, Richard Wright bergabung semula dengan Roger Waters setelah 24 tahun tidak bersama di atas satu pentas. Ianya memang detik bersejarah, terima kasih Bob Geldof, tapi itu hanya untuk satu persembahan sahaja.


Aku berharap akan ada satu lagi peluang di mana kesemua ahli Pink Floyd bergabung semula kerana masing-masing masih lagi aktif dan boleh bermain muzik, terutama David Gilmour dan Richard Wright yang sama-sama mengadakan tour. Roger Waters pula dengan persembahan operanya, Nick Mason ada juga join sekali dengan David Gilmour di Royal Albert Hall. Jadi, harapan untuk reunion memang ada.

Sehinggalah Rick menemui ajal pada 15 September 2008, aku terdiam apabila mendapat tahu berita itu. Apa yang aku ingat, aku tengok balik video reunion Live 8, iyalah, mengenangkan tiada lagi reunion Pink Floyd yang akan terjadi.. haha. Apa pun, yang pergi tetap pergi dan yang penting, bak kata lagu The Wall.. THE SHOW MUST GO ON!
 

4 comments:

  1. ko tau aku pernah tulis cover story Pink Floyd utk ROTTW, kena study diskografi PF secara ekstensif tanpa henti dari mula tulis artikel sampai la siap. memang depressing. now, don't get me wrong. bukan penyataan, "lagu2 Pink Floyd is really bad for you", tapi kalau kena dengan keadaan, and you had a hard time, lagu-lagu Pink Floyd dengan bunyi keyboard janaan Rick Wright ni cuba dielakkan. sama kes jugalah bila saya dengar Red Sparowes yang jelas mencedok bunyi PF, tapi lebih distortion dan faktor metalgaze.

    ReplyDelete
  2. roger waters memang control freak! baru hari tu aku nengok dokumentari PF kat channel Bio, strictly intense. diorang ni perfectionist. tapi oleh kerana sebab itu jugak la muzik diorang evergreen dan di tahap yang mind-blowing. haha kalo dah bro blitzenius sudah berbicara...

    ReplyDelete
  3. Blitzenius : haha... setuju dengan apa yang ditulis tu,sekadar pendapat peribadi.. adakala nukilan Pink Floyd nie agak tidak sesuai didengar jika x kena situasi.. Tapi always be my favorite band of all time :)

    AdiHerman : Yup, betul tu.. kalu dia x mcm tu , x evergreen la jadinya.. hehe

    KaboiTanduk :Album The Final Cut membuktikan Pink Floyd tanpa Richard Wright.. lain bunyinya

    ReplyDelete
  4. Fex Darwish : Bukanlah saya kata tak sesuai, tetapi potensi utk depressnya ada.... bergantung pada keadaan.

    ReplyDelete