Jadual majlis ilmu Masjid Sembilang yang diedarkan beberapa hari lepas mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat setempat apabila salah seorang penceramahnya untuk bulan ini ialah Mufti Perlis, Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. MAZA). Ada yang mengerutkan dahi, lalu mencemuh. Ada yang menerima dengan hati terbuka. Selebihnya mungkin tertanya-tanya, “Ada apa dengan Dr. MAZA?”
Jadual majlis ilmu Masjid Sembilang
Sebenarnya, aku sendiri terkejut kerana jarang melihat Dr. MAZA menyampaikan kuliah di masjid-masjid sekitar Pulau Pinang. Walaupun beliau anak kelahiran Pulau Pinang dan menjadi pensyarah di Universiti Sains Malaysia, gerak kerja beliau dilihat lebih sinonim dengan Perlis memandangkan sudah dua kali beliau menjadi mufti bagi negeri itu. Pendirian beliau dalam soal agama semestinya tidak lari daripada keputusan Majlis Fatwa Negeri Perlis. Misalnya, Perlis mempunyai tafsiran berbeza dalam hukum syarak kerana tidak terikat kepada mana-mana satu mazhab tertentu.
Namun, ini bukanlah masalah besar kerana enakmen negeri-negeri lain yang menyebut rujukannya mazhab Syafi’i tetap memperuntukkan pandangan mazhab muktabar yang lain sekiranya bercanggah dengan kepentingan awam. Contohnya, bayaran zakat fitrah menggunakan wang seperti yang diamalkan pada hari ini adalah daripada mazhab Hanafi kerana mazhab Syafi’i menggunakan makanan asasi. Menurut Dr. MAZA dalam diskusi Ekstremisme Agama di Malaysia, Perlis antara negeri terawal yang membolehkan bayaran zakat fitrah menggunakan wang.
Pernah seorang kawan berkata, “Aku dengar orang kata Dr. MAZA sesat.” Tuduhan ini biasa dilemparkan kepada beliau. Secara umum, aku melihat pendapat-pendapat beliau masih mempunyai asas biarpun berbeza dengan faham kebiasaan masyarakat. Tidak dinafikan terdapat beberapa perkara yang aku kurang setuju. Misalnya, beliau seperti Salafi yang lain cenderung untuk tidak menggunakan kaedah takwil terhadap ayat-ayat mutasyabihat dan menganggap pendekatan golongan Asya’irah/Maturidiyyah dalam mengajarkan akidah Sifat 20 kepada orang awam sebagai tidak sesuai.
Buku-buku Dr. MAZA
Meskipun, tidak selayaknya Dr. MAZA dilabel sebagai sesat kerana pegangan beliau masih dalam kerangka Ahli Sunnah wal Jamaah. Sebaiknya orang awam perlulah menghadapi situasi ini dengan ilmu dan adab. Beliau ilmuwan yang turut aktif menulis melalui laman web, buku-buku dan kertas kerja. Perkataannya seperti manusia lain yang boleh diambil dan ditinggal, melainkan perkataan Rasulullah ﷺ. Suka untuk aku kongsikan di sini sebuah buku beliau yang aku kira menarik, ilmiah dan mudah didapati. Tajuknya, Fitnah terhadap Sahabat Rasulullah (2012).
Untuk pengetahuan, penulisan buku ini adalah berdasarkan tesis master beliau. Kandungannya bertujuan merungkai fitnah terhadap sahabat Rasulullah ﷺ yang sering disebarkan oleh golongan Syiah. Sudah maklum Syiah mempunyai akidah memburukkan generasi sahabat, bahkan sehingga ke tahap mengkafirkan sebahagian besar daripadanya. Antara modal mereka ialah peristiwa pertelingkahan sahabat selepas kewafatan Rasulullah ﷺ. Melalui buku ini, Dr. MAZA menyemak semula rekod sejarah dan menyingkap realiti menurut neraca al-Quran dan hadis.
Kembali kepada jemputan Dr. MAZA ke Masjid Sembilang, pada hemat aku usaha pihak masjid dalam mempelbagaikan penceramah jemputannya perlu disambut dengan hati yang terbuka. Aku berharap orang ramai dapat hadir memenuhkan ruang masjid sepertimana kedatangan selebriti Nasir Bilal Khan pada bulan lepas. Aku juga ingin mencadangkan kepada pihak masjid agar menyediakan sesi soal jawab baik secara langsung mahupun kiriman bertulis supaya para hadirin dapat mengambil peluang untuk bertanya dan memanfaatkan lagi kedatangan ilmuwan kontemporari ini.
P/S: Penjelasan mengenai sejarah aliran Asya’irah/Maturidiyyah dan Salafiyyah oleh Ustaz Aizam Mas’ud (Pegawai Penyelidik JAKIM) boleh ikuti di SINI.
aku follow fb pagenya, suka baca penjelasannya.
ReplyDeleteBuku Fitnah terhadap Sahabat Rasullah memang padat dengan fakta.
ReplyDeletePujian diberikan kepada Pengurusan Masjid Sembilang yang mula menampakkan keseimbangan dalam memilih para penceramah jemputannya.
Sepertimana penceramah Dr Danial Zainal Abidin yang dijemput dahulu.
Apa yg menyebabkan org tak suka dr.maza ni eh?
ReplyDeleteRafi,
ReplyDeleteBoleh disimpulkan, polemik yang terjadi antara Dr. MAZA dengan orang yang tak suka dia adalah disebabkan perbezaan aliran. Kalau dulu polemik ini disebut dalam buku teks sejarah berlaku antara Kaum Muda dengan Kaum Tua. Kaum Tua anggap Kaum Muda macam Dr. MAZA yang menyeru kepada tajdid (pembaharuan) sebagai kurang ajar dan benci ulama.
Untuk aku, aku hormat je la sapa2 yang memang ada ilmu didada.
ReplyDeleteTapi pernah, satu kali UAI turun Singapore, then dia kasi talk kat Masjid Sultan, and its simply incredible response mereka yang hadir sampai melimpah keluar dari kawasan masjid memang betul2 pack giler.
So.. aku tanya kawan aku, apa keistimewaan nye UAI ni?
Kawan aku cakap "UAI ada karisma".
Kawan aku tak cakap UAI ilmu belajar tinggi dan berguru ramai2 pakar dan experts agama, tapi dia cuma cakap UAI karisma.
Dan aku harus agree.
Respon terhadap seseorang ilmuwan agama, kadang2 terpengaruh dengan pegangan politik, dan karisma dan kelucuan seseorang tu.
I always believe ramai lagi orang di luar sana, mungkin sebagai cikgu sekolah, sebagai apa2 tugasan pun yang sama ilmu didada or maybe more.
Deaf Angel,
ReplyDeleteThanks for your humble opinion. UAI pernah datang ke Masjid Sembilang. Tempat parking di padang bola penuh dengan motor saja dan masjid tak dapat menampung kehadiran orang yang sangat ramai. Itu kelebihan beliau, berjaya menarik orang ramai khususnya anak muda untuk ke masjid dan mendekati agama.
respek MAZA
ReplyDeletesalafi tu org yg hidup kurun ke 3 hijri lobai.. mano ado salafi dah..
ReplyDeletekok takdo api mano datang asap eh
rmai laei ughang kau leh bolaja agamo
sei pun takdo la kato si maza ni sosek ko apo(tongah research laei) tapi baek jauhkan.. poei carik cikgu lain
salafi sekarang banyak mengikut prinsip dan manhaj orang terdahulu itu la dimana ianya adalah kurun golongan yang terbaik.. bukankah imam2 itu yang menjadi dirujuk sekarang..
ReplyDelete