Kawan aku sekali lagi bertanya tentang SHIT, sebuah novel satira karya Shahnon Ahmad. Aku sudah kata novel itu tak menarik. Tulisannya berselirat dan memualkan! Shahnon Ahmad sendiri menggambarkan karyanya sebagai novel politik yang busuk lagi membusukkan. Latar ceritanya ialah perut atau lebih tepat lagi usus besar yang padat dengan lengkaran ketulan taik. Pemimpin barisan taik yang berlengkar itu bernama PukiMak @ PM. Ceritanya begini, kepala taik yang bernama PM itu sangat degil untuk keluar dari lobang keramat dan mempertahan kebusukannya dengan teori bahawa kebusukan itulah budaya baru barisan taik. Malang sekali, tiada siapa berani membantah kecuali seketul taik. Taik itu bernama Wirawan.
Lantas, dengan taktik kotor, PM telah mengarahkan lobang keramat supaya mengemut keluar Wirawan. Perlahan-lahan Wirawan bergolek dalam kancah lendir dan lemak hingga tiba di pinggir rembung. Apabila Wirawan terberak keluar, kebusukannya segera dibasuh sampai bersih oleh hujan, angin dan mentari. Kemudian, Wirawan dengan laungan reformasi menjadi pemimpin kepada bumi dan rakyat untuk berperang melawan barisan taik. Matlamat mereka agar wilayah perut menjadi bersih dan suci kerana sudah lama mereka terkesan dengan kebusukan kentut demi kentut dek kedegilan PM yang tak mahu keluar itu. Cukuplah serba sedikit jalan ceritanya. Keseluruhan cerita setebal 240 m/s tentu lebih mengganggu kewarasan anda.
aku tak baca lagi buku ni..mesti sakit kepala baca buku ni kan...?! kena imagine usus besar tahi semua politik bagai pathetic waste of time. cukup la apa yg aku baca review dalam 'jijik'..lebih tenang hidup aku.
ReplyDeleteAll politician are bullSHIT
ReplyDeleteberat betul nak paham buku ni.
ReplyDeleteAku ada buku ni....memang pening baca...jenuh aku nak mengabiskannya....ni kiasan zaman Cek Det...tapi zaman sekarang pun masih boleh diterima pakai...heheh...
ReplyDeletePernah dengar pasal buku ni, tapi baca posting ni, aku dapat lebih idea tentang kedahsyatan buku ni
ReplyDeleteaku berminat dgn buku ni, mana nak dapat ni hahaha...
ReplyDeleteternyata novel ini busuk lagi menjijikan...
ReplyDeletetak perlu ulang lagi... arrrhhhh
mental aku tak cukup kuat nk baca
membaca buku ini sama seperti menonton filem The Serbian Film
ReplyDeletePC Kokak,
ReplyDeletememang sakit kepala dan buang masa kalau baca buku ni, bukan saja sebab memualkan tapi penceritaan dia yang cakar ayam, tak teratur dan banyak pengulangan..
mujurlah Shahnon Ahmad sendiri buat sinopsis awal2 dalam 4 m/s, agaknya dia pun tahu orang takkan pulun baca keseluruhan cerita yang dia tulis..
---
D'arsil,
kat mudah ada orang jual, sekali dengan buku ulasan dia lagi..
selamat membaca! hehehe
Mual baca buku ni hahaha... tapi tak silap Raja Azmi ade tulis buku bidas balik shit ni..aku lupa tajuk dia
ReplyDeletebuku shit adalah yg terbaik.. kesimpulannya : sape makan cili, dia la yg terasa pedas..
ReplyDeleteada pdf buku ni tak?
ReplyDeletetak ada.. kalau nak physical copy, boleh cuba cari dalam grup KOLEKTOR BUKU2 SEMALAYSIA
Delete2024 : Wirawan dah naik jd PM..Same shit
ReplyDeleteWirawan tu lah kepala taik sekarang merangkap PM. Taik berwarna pelangi busuk macam bangkai. Padanlah muka orang2 yg memangkah nama dia nikmatilah segala bantuan yg dimansuhkan dan cukai yg dinaikkan. Shahnon ni pun sama bodo macam kepala taik jugak.
ReplyDelete