Saturday, March 3, 2012

Kembara Kaboi Tanduk di Pulau Pinang: KOMTAR

Agak lama aku nak buat sambungan episod Kembara Kaboi Tanduk di Pulau Pinang disebabkan beberapa masalah. Tak ada apa yang istimewa pun kisah kembara ni, aku cuma datang ke Pulau Pinang disebabkan sedang bercuti dan aku sendiri berasal dari Pulau Pinang.


Lokasi yang dipilih untuk episod kembara kali ini ialah Komtar. Biasanya kalau nak mencari bahan yang berkaitan dengan muzik, aku tak pergi Komtar. Komtar terletak di bahagian pulau (aku tinggal di Seberang Prai) dan Komtar dipilih disebabkan Seberang Prai sudah tiada lagi kedai muzik yang menepati citarasa aku.


Tanpa membuang masa, aku bersama Wajib Ali terus singgah ke Dead Beat Shop yang terletak di tingkat empat. Mungkin ada yang pernah terbaca iklan Dead Beat Shop dalam majalah Karisma. Kedai ni menjual t-shirt yang original serta barangan sampingan lain yang berkaitan dengan rock/metal.


Perniagaan ini sebenarnya dijalankan oleh pasangan suami isteri iaitu Dzul dan Jill. Menurut Dzul, Dead Beat Shop baru beroperasi lebih kurang dua tahun. Aku ada berminat dengan beberapa baju tapi buat masa ini sumber kewangan agak terhad. Jadi aku memilih untuk beli cd saja.


Hasil godekkan aku di kotak cd, akhirnya aku memilih satu cd dari Shamanic Rites, dua cd dari Au Revoir, promo EP Brabazom dan split cd Manggas/Maar. Wajib Ali pula sibuk buat special request suruh Dzul cari baju Iron Maiden yang dia nak. Semoga dapat apa yang diidamkan.


Dead Beat Shop dibuka dari pukul 3.00 petang hingga 7.00 malam. Kepada yang berminat untuk tengok t-shirt yang dijual bolehlah ke laman web rasminya di SINI. Dead Beat Shop pun ada blog dan link dia ada diletakkan di sebelah. Terima kasih kepada Dzul atas layanan anda.


Seterusnya aku ke kedai berhampiran dengan Dead Beat Shop. Agak hairan dengan kedainya yang nampak lain, rupa-rupanya kedai bundle sebelum ini baru saja diambil alih oleh Ethic (juga kedai bundle). Banyak stok baru masuk dan menariknya ada baju dijual serendah RM1.


Aku singgah tak lama di Ethic sebab aku nak turun ke tingkat tiga untuk singgah satu lagi kedai Ethic. Lokasi dia agak tersorok tapi nasib baik ada signboard. Ethic di tingkat tiga sebenarnya adalah lokasi asal dan ruangnya agak kecil berbanding cawangan baru di tingkat atas.


Aku tak beli apa-apa di Ethic. Banyak masa dihabiskan dengan berbual bersama Victor, seorang pekerja Ethic yang agak peramah. Berseluar pendek dan berselipar jepun, Victor sekali pandang tak seperti seorang metalhead tapi perbualan kami hampir sepenuhnya berkaitan dengan metal.


Menurut Victor, kedai Ethic sebenarnya adalah kepunyaan salah seorang anggota kumpulan Dark Nirrajim. Kedai ini sudah beroperasi hampir 5 tahun. Waktu perniagaannya pula adalah dari pukul 12.00 tengahari sampai 8.00 malam dan dibuka pada setiap hari.


Kemudian aku singgah pula dB Music Centre di tingkat yang sama. Biasanya orang panggil Kedai Auntie. Macam familiar? Sebenarnya tiada kaitan dengan satu lagi Kedai Auntie di Kompleks Campbell, Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan, kedai ini sudah beroperasi sejak dari tahun 1978 lagi.


Aku melawak dengan Auntie kononnya nak interview dia. Auntie malu tersipu. Katanya lebih baik aku interview Uncle yang kebetulan ada di kedai. Uncle datang dengan penuh yakin, dia sudah biasa ditemubual antaranya dari Tony Fernandes yang ketika itu menjadi pengurus Warner Music.


Ceritanya lagi, dia pun hairan kenapa dipilih oleh Tony Fernandes sedangkan kedainya sangat kecil tapi Tony Fernandes memberi alasan kerana pengalaman Uncle dalam berniaga. Kata Uncle, ada tiga perkara yang dia sentiasa tekankan dalam berniaga iaitu kesabaran (patient), masa (time) dan perkhidmatan (service) yang bagus.


Uncle menambah, kepercayaan (trust) juga satu faktor yang sangat penting. Kalau pelanggan hilang kepercayaan, mana mungkin business boleh bertahan. Sebelum aku pergi, uncle ada beri pendapat mengenai muzik. Katanya, tiada batasan umur untuk mendengar muzik dan muzik tidak akan mati.

Kedai dB Music Centre banyak menjual album classic rock dan metal dari dalam dan luar negara. Aku sempat rembat album terbaru Love Me Butch, Worldwide Transgression. dB Music Centre sedia menerima tempahan dan Uncle boleh dihubungi melalui emailnya, dbkeong@yahoo.com atau boleh terus melalui telefonnya (04-2629170).

(akan bersambung)

15 comments:

  1. ahah! kedai auntie alice (db music) masih beroperasi, alive and kicking!

    ReplyDelete
  2. nnt sesiapa singgah di pulau mutiara(pulau pinang).....jgn lupa ajak kami...blh kita lepak ramai2

    ReplyDelete
  3. yeah!! mai rmai2 kat penang, kta idupkn kmbali fenomena rock n' roll d penang.. (mcm iklan cuti2 Malaysia lak)

    ReplyDelete
  4. wow nice jugak kedai Dead Beat, aku selalu deal beli kaset/cd dgn Dzul Kandar tu haha last sekali brg yg aku beli dari dia ialah tshirt Sepultura "Chaos AD" memang gempak! selalunya isteri dia yg order brg2, dzul buat promo saja hahah...lawa gak baby romper HIM kat dlm pic tu hahah

    ReplyDelete
  5. best review lu bro..berguna untuk aku kelak jika ke penang...penang rulez!!

    ReplyDelete
  6. i love this and the previous post.

    ReplyDelete
  7. ijau,

    macam uncle cakap, mesti ada orang tkejut kedai auntie db hidup lagi..haha

    ---

    faizal,

    singgah2 la.. :)

    ---

    wajib,

    hang kena belanja la nanti kat kedai hang.. ;)

    ---

    fix dervish,

    klu macam tu kena panggil "cuti2 rock n roll"..hehe

    ---

    adi herman,

    wah, regular customer nih!

    ---

    darkshahrulez,

    yeah, you're welcome to penang..

    ---

    syahmie,

    brapa bukan ukurannya..hehe

    ---

    bro deaf,

    thanks but i notice that some browser like internet explorer just can view only half of what i've wrote in the previous post, i wonder why..

    ReplyDelete
  8. Sekali sekali belanjo..ambo x da masaloh

    ReplyDelete
  9. Cd lagu rock kumpulan potensi album sepotong nyawa ada dak boss

    ReplyDelete
  10. Dengan album kumpulan carpricorn sekalung doa sekadar harapan

    ReplyDelete
  11. Dah takdak dah kedai DB Music ni... DB MUSIC IS DEAD!!!!!

    ReplyDelete
  12. Kedai db dah tukar owner dan nama ke Wildflowers. Masih menjual cd, cassette dan LPs.

    ReplyDelete
  13. Salam bang, minta izin nak ambil gambar. Saya akan kredit di Youtube.com/mamuvinyl di video yang berkenaan

    ReplyDelete