Wednesday, December 12, 2012

Hadis 40: Syarah Ulama Kita

Tadi pagi aku terbaca satu artikel daripada Ustaz Fathul Bari yang bertajuk, Hadis 40 sebagai sendi, asas Islam. Beliau menekankan kepentingan menguasai ilmu mengikut cabang dan tahapannya. Berkenaan ilmu hadis beliau mengatakan,
Salah satu teks asas yang wajib dipelajari oleh penuntut ilmu ialah hadis 40 susunan Imam Nawawi.
Ustaz Fathul Bari ada menyebut beberapa orang ulama yang membahaskan kitab ini dan aku rasa penting untuk berkongsi dan menambah seorang ulama kelahiran tanah air kita, iaitu Ustaz Mustafa Abdul Rahman (meninggal tahun 1968), kitab syarahnya diterbitkan oleh Dewan Pustaka Fajar.


Aku kira terjemahan dan syarah daripada Ustaz Mustafa Abdul Rahman antara yang masyhur di kalangan masyarakat kita. Untuk pengetahuan, beliau merupakan salah seorang anak murid kepada Tuan Guru Syeikh Abdullah Fahim (boleh rujuk SINI artikel yang aku kumpulkan berkenaan gurunya).

Harapan Ustaz Mustafa Abdul Rahman terhadap kitab ini, "Semoga kitab ini menjadi salah satu usaha dalam bidang menghidupkan dan memperkembangkan sunnah Rasulullah yang mulia dalam kalangan umat Islam di tanahair kita." Metodologi beliau dalam huraian hadis boleh rujuk SINI.