Wednesday, September 19, 2012

BLOG KENA HACK?

Tengah hari tadi, blog aku tak boleh buka. Mulanya loading macam biasa, tapi tak sampai berapa saat dia redirect ke tempat lain, ke Jentayu.com. WTF! Di bahagian atas laman web tu ada tulis "This domain name expired on  Sep 18 2012 11:39PM. Click here to renew it." 


Cemas jugak beberapa minit. Sebelum ni aku pernah tengok ada satu blog kena hack disebabkan tuan punya blog selalu serang orang. Hairan jugak, aku ada serang orang ka? Untuk itu, aku akan kongsi bagaimana masalah ni dapat diselesaikan supaya blogger lain yang mungkin mengalami masalah yang sama dapat ambil sedikit manfaat. 

Seperti yang kita tahu, domain blogspot ni free. Jadi apa yang dikatanya 'expired' tu tak valid. Aku cuba menghubungi beberapa rakan yang lebih berpengalaman untuk minta pandangan. Pada masa yang sama aku cuba google, mana tau ada yang pernah mengalami masalah macam aku ni. Selepas dari web ke web aku masuk, akhirnya terjumpa blog ni. Tajuknya, Domain Nama Blogspot Expired .. Biar betul?


Perkara yang terjadi kepada kawan tuan punya blog tu sebijik macam aku tapi dia sekadar cerita masalahnya saja, jalan penyelesaiannya tak ada. Cuma di bahagian komen, kawan dia ada bagi satu link untuk dirujuk, http://blogging.nitecruzr.net/2010/09/blogger-blogs-redirecting-to.html. Aku pun tak berapa paham sangat sebab setting blog ni aku memang tak berapa pandai, cuma ada satu ayat di situ yang kata,
You'll probably not find this hack by editing the template HTML code - it will be an HTML gadget, located in your sidebar or maybe the blog footer / attribution section. 
Aku terfikir mungkin ada gadget yang buat masalah. Walaupun blog tak boleh buka, tapi dashboard masih boleh dibuka. Jadi aku masuk ke bahagian layout dan terjumpa gadget yang codenya ada perkataan jentayu. Gadget tu sebenarnya kalendar yang beberapa bulan lepas dah tak boleh pakai tapi aku masih belum remove. Jadi aku pun remove gadget tu, masalah pun selesai dan blog boleh dibaca seperti biasa.
   

Sunday, September 16, 2012

Richard Wright: Dalam kenangan..

Aku baru buka facebook tadi dan ternampak satu status dari Pink Floyd dengan gambar Richard Wright, ianya berbunyi, "Today we remember founder member of Pink Floyd, Richard Wright, who sadly passed away in 2008."
Aku cuma terfikir, tanpa Richard Wright sebagai pemain keyboard, mungkin aku tidak akan terus mendengar lagu-lagu Pink Floyd. Ketika mula berjinak-jinak dengan Pink Floyd, keyboard adalah satu instrumen yang benar-benar menarik perhatian aku. 

Ya, Pink Floyd ada David Gilmour dengan gitar solonya yang hebat dan mencengkam jiwa, begitu juga Roger Waters dengan idea gilanya dan Nick Mason dengan permainan drumnya, tetapi cuba bayangkan Dark Side of the Moon tanpa chord jazz dari Richard Wright. Cuba bayangkan..


Seperti insan lain, perjalanan hidupnya tidaklah sentiasa indah, Richard Wright pernah dipaksa oleh Roger Waters untuk berhenti dan keluar dari Pink Floyd ketika sesi rakaman The Wall. Roger Waters sememangnya keras kepala sehingga perbalahannya dengan David Gilmour memberi kesan kepada hala tuju mereka sebagai sebuah kumpulan.

Itu cerita semasa sesi rakaman The Wall, kisah Rick dan Roger Waters tidak terhenti di situ. Apa pun, terus kepada reunion Pink Floyd  di Live 8 pada tahun 2005. Kesemua ahli Pink Floyd iaitu David Gilmour, Nick Mason, Richard Wright bergabung semula dengan Roger Waters setelah 24 tahun tidak bersama di atas satu pentas. Ianya memang detik bersejarah, terima kasih Bob Geldof, tapi itu hanya untuk satu persembahan sahaja.


Aku berharap akan ada satu lagi peluang di mana kesemua ahli Pink Floyd bergabung semula kerana masing-masing masih lagi aktif dan boleh bermain muzik, terutama David Gilmour dan Richard Wright yang sama-sama mengadakan tour. Roger Waters pula dengan persembahan operanya, Nick Mason ada juga join sekali dengan David Gilmour di Royal Albert Hall. Jadi, harapan untuk reunion memang ada.

Sehinggalah Rick menemui ajal pada 15 September 2008, aku terdiam apabila mendapat tahu berita itu. Apa yang aku ingat, aku tengok balik video reunion Live 8, iyalah, mengenangkan tiada lagi reunion Pink Floyd yang akan terjadi.. haha. Apa pun, yang pergi tetap pergi dan yang penting, bak kata lagu The Wall.. THE SHOW MUST GO ON!