Tengah hari tadi, blog aku tak boleh buka. Mulanya loading macam biasa, tapi tak sampai berapa saat dia redirect ke tempat lain, ke Jentayu.com. WTF! Di bahagian atas laman web tu ada tulis "This domain name expired on Sep 18 2012 11:39PM. Click here to renew it."
Cemas jugak beberapa minit. Sebelum ni aku pernah tengok ada satu blog kena hack disebabkan tuan punya blog selalu serang orang. Hairan jugak, aku ada serang orang ka? Untuk itu, aku akan kongsi bagaimana masalah ni dapat diselesaikan supaya blogger lain yang mungkin mengalami masalah yang sama dapat ambil sedikit manfaat.
Seperti yang kita tahu, domain blogspot ni free. Jadi apa yang dikatanya 'expired' tu tak valid. Aku cuba menghubungi beberapa rakan yang lebih berpengalaman untuk minta pandangan. Pada masa yang sama aku cuba google, mana tau ada yang pernah mengalami masalah macam aku ni. Selepas dari web ke web aku masuk, akhirnya terjumpa blog ni. Tajuknya, Domain Nama Blogspot Expired .. Biar betul?
Perkara yang terjadi kepada kawan tuan punya blog tu sebijik macam aku tapi dia sekadar cerita masalahnya saja, jalan penyelesaiannya tak ada. Cuma di bahagian komen, kawan dia ada bagi satu link untuk dirujuk, http://blogging.nitecruzr.net/2010/09/blogger-blogs-redirecting-to.html. Aku pun tak berapa paham sangat sebab setting blog ni aku memang tak berapa pandai, cuma ada satu ayat di situ yang kata,
You'll probably not find this hack by editing the template HTML code - it will be an HTML gadget, located in your sidebar or maybe the blog footer / attribution section.
Aku terfikir mungkin ada gadget yang buat masalah. Walaupun blog tak boleh buka, tapi dashboard masih boleh dibuka. Jadi aku masuk ke bahagian layout dan terjumpa gadget yang codenya ada perkataan jentayu. Gadget tu sebenarnya kalendar yang beberapa bulan lepas dah tak boleh pakai tapi aku masih belum remove. Jadi aku pun remove gadget tu, masalah pun selesai dan blog boleh dibaca seperti biasa.
akupun pernah kena, tapi lain sket la [LINK]... semua akaun google aku (gmail, youtube, blogger) xdpt akses... last2 aku reset password (atas nasihat muspeedrider)
ReplyDeleteterimakasih atas info ni...
ReplyDeleteapa yg aku pernah kena ialah bila aku pos entri baru tapi kat blog2 yang link kpd blog aku masih tunjuk entri lama....jenuh jugak mengoogle untuk cari penyelesaiannya...
aku rasa masalah bro berteromber serupa mcm masalah aku kdg2...tp tu dah lama dah...alhamdulillah skrg ok jer...anyway its good to see u back in blogging bro kaboi hahah
ReplyDeleteDulu pernah jugak account Google aku kena hack, Google pulak bersambung dengan youtube, gmail, blogspot dan lain2.. jadi semua yang berkait dengan google ada intruder yang berdasarkan IP address dia datang dari China.. tapi xdak kesan sampingan buat masa nie atas amaran awal google.. sekadar perlu tukar password dan lain2 maklumat peribadi...
ReplyDeletenasib la ko dapat setel benda ni.
ReplyDeleteaku kalo kena, aku rasa terus give up terus.
..Alhamdullillah setakat nih aku punya akaun blog ok jee..Cuma akaun FB aku je yg 3 - 4 kali kena hack sudahnya kau decide untuk pakai nama samaran jee...huhuu..
ReplyDelete