Friday, June 21, 2013

Maulana Muhammad 'Asri Yusoff: Latar Belakang dan Peribadi

Maulana Muhammad 'Asri Yusoff
Gambar oleh Daud Mili

Mungkin di sini ada yang sudah kenal dengan Maulana Asri kerana beberapa kali juga namanya disebut di blog Krenmaut. Beberapa hari lepas aku terbaca satu status di Facebook yang memuji beliau,
Saya pernah berjumpa dan berbual-bual dengan Maulana Asri Yusoff. Malahan saya juga telah menonton banyak rakaman kuliahnya di www.darulkautsar.net mahupun di Youtube. Saya semakin hormat pada ilmu dan keperibadiannya. 
Ketika kuliah atau di luar kuliah, beliau tidak pernah menyindir, menerima teguran malahan berterima kasih kepada orang yang sudi menegurnya, berlapang dada, tidak mencaci maki dan jawapannya akan diterangkan dari pelbagai sudut dan mazhab serta begitu berhikmah. Sukar untuk sesiapa membenci ilmuan seperti Maulana Asri.
Alangkah baiknya jikalau ilmuan yang ada di Malaysia dapat mencontohi akhlak mulia yang ditonjolkan oleh Maulana Asri Yusoff. InshaAllah, anak murid akan mencontohi akhlak yang ditunjukkan oleh guru mereka.
Firdaus Wong Wai Hung
Aku setuju, sukar untuk sesiapa membenci ilmuwan seperti Maulana Asri. Perkara ini aku dapat lihat sendiri di kalangan mereka yang mungkin berbeza pendapat dengan beliau. Apabila berbicara tentang beliau atau pendapat yang dikemukakannya, mereka tetap menjaga adab dan tingkah laku kerana rasa hormat kepada ilmu dan keperibadian beliau. Oleh sebab itu, mereka yang mengikuti kuliah Maulana Asri terdiri daripada pelbagai latar belakang pengajian dan aliran hasil keterbukaan beliau sendiri. 

Masjid Darul Kautsar

Perjalanan beliau untuk menjadi ilmuwan hadis bukanlah mudah. Dilahirkan pada tanggal 12 Julai 1958 di Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan. Beliau memulakan pengajian di Sekolah Kebangsaan Bukit Abal hingga darjah tiga, kemudian ke India (ketika masih berumur 10 tahun) untuk menghafal al-Quran di Darul Ulum Deoband. Setelah itu di Madrasah al-Diniah al-Bakriah (Pondok Pasir Tumboh Kelantan) untuk mempelajari asas ilmu alat. Kemudian kembali ke India untuk mendalami ilmu hadis di Nadwatul Ulama Lucknow dan seterusnya ke Pakistan di Jamiah al-Ulum al-Islamiah Karachi.

Sepulangnya ke Malaysia, beliau berkhidmat sedikit sebanyak kepada masyarakat dan membuka Pusat Pengajian Al-Qur'an Darul Kautsar. Untuk pengetahuan, Maulana Asri merupakan sebilangan kecil ilmuwan hadis di Malaysia yang berjaya khatam mensyarahkan Sahih al-Bukhari. Istimewanya syarahan hadis oleh beliau ialah ianya dilakukan dengan begitu terperinci. Antara buku yang dikarang oleh beliau pula ialah Syiah Rafidhah, Siri Pemurnian Awal IslamKamus Tematik al-Kautsar (Melayu - Arab - Urdu) dan lain-lain.
Aku telah menuntut dengan Maulana Asri lebih daripada 20 tahun iaitu sejak tahun 1989. Aku tahu beliau amat cinta kepada imam-imam hadith dan kitab-kitab susunan/karangan mereka. Saban tahun beliau menelaah dan mengajar kitab-kitab berkenaan tanpa mengenal penat lelah. Sekarang ini beliau berusaha untuk menghasilkan kitab-kitab syarah hadith dan pemurnian sejarah.
 - Wan Azahar Wan Omar
Sebagaimana yang dikhabarkan oleh salah seorang murid Maulana Asri, beliau kini sedang berusaha untuk menghasilkan kitab-kitab syarah hadis. Antaranya kitab syarah kepada Sahih al-Bukhari, Misykatul Mashaabiih dan Jaami' at-Tirmizi. Difahamkan kitab-kitab syarah hadis seumpama itu sangat kurang di tempat kita berbanding di tempat lain seperti India dan Pakistan. Semoga Allah mempermudahkan usaha beliau..

----------
Untuk makluman, kepada sesiapa yang tinggal di sekitar Lembah Klang bolehlah mengikuti kuliah Maulana Asri untuk siri talaqqi Jaami' at-Tirmizi pada hari esok, Sabtu (22 Jun) pukul 9 malam di Hotel Laman Seri, Seksyen 13, Shah Alam. Kemudian hari Ahad (23 Jun), siri talaqqi Sahih al-Bukhari pukul 10 pagi dan Misykatul Mashaabiih pukul 2:30 petang bertempat di Masjid al-Qurtubi, Segambut. Kuliah ini diadakan setiap minggu ke-2 dan ke-4. Maklumat lanjut boleh ikuti di SINI.

[UPDATE] Bermula dari 24 Ogos 2013, siri talaqqi Jaami' at-Tirmizi dipindahkan ke lokasi baru di Performing Art Theatre, Management & Science University (MSU), Seksyen 13, Shah Alam. Waktunya seperti biasa, hari Sabtu pukul 9 malam, setiap minggu ke-2 dan ke-4.
  
Muqaddimah Jaami' at-Tirmizi

17 comments:

  1. Alhamdulillah,mudahan usaha murni beliau berjaya nanti...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah....sama-sama kita sebarkan maklumat pengajian hadis ni dan semoga pengamalan hadis sahih menjadi budaya kita

    ReplyDelete
  3. Dia low profile bukan selebriti tetapi apabila dia buka kitab, memang power.

    Sebenarnya ramai juga yang macam beliau. Moga Allah s.w.t. merahmati golongan seperti Maulana.

    ReplyDelete
  4. semoga kita dapat ambil manfaat dan sebarkan kuliah seumpama ini..

    mudah-mudahan hidup kita sama-sama diberkati, insya-Allah..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..aku suka juga kat beliau ni,dia betul2 low profile,bukan ustaz "selebriti"

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah rupa-rupanya Maulana Asri orang sekampung denganku Kg Bukit Abal. Ustaz pernah tak belajar di pondok al-libadi bukit abal....ustaz seorang tinggi ilmu memang tinggi aku suka bila orang menyukainya...Subhanallh

    ReplyDelete
  7. Mohd Faiz Makhtar,

    saya cuba lihat semula video Maulana Asri bercerita tentang latar belakang beliau di SINI tetapi tidak disebut pula tentang pengalaman belajar di Pondok al-Libadi, boleh juga lihat gambar lakaran sela masa pengajian beliau di SINI..

    ReplyDelete
  8. tapi dia menyesatkan ulama lain dengan mudah

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya boleh kata pengalaman dalam mengikuti siri syarahan hadis daripada beliau sedikit sebanyak mengubah persepsi buruk yang dilontarkan oleh sesetengah pihak, beliau sebenarnya bersifat terbuka dalam banyak hal

      Delete
    2. misalnya, ketika berbicara tentang hadis pertama Jaami' al-Tirmizi, bab Thaharah (bersuci), beliau mengupas persoalan ketiadaan dua bahan pencuci (air dan debu untuk berwuduk dan bertayamum) dan berkata bahawa solat hormat waktu seperti yang biasa diamalkan oleh masyarakat kita ada asasnya, sekaligus menyanggah cubaan sesetengah pihak dalam menyesatkan atau membidaahkan amalan tersebut

      Delete
    3. setuju sgt lebih hormat kepada ulama yg menegur masalah pokok , ini ranting dahan pula diutamakan sedangkan pokok pun nak tumbang... fokus kepada maslah yg lebih utama iaitu dimana masalah umat islam yg teruk perangai 80% , baki 20% yg iaitu yang berilmu tinggi . Dia kalau nak ajar baki yg 20% tu biar tertutup walaupun ilmu tu baik sgt sebab takkan nak ajar kami yg masih belajar membaca ni dgn ilmu taraf ijazah walaupun dia ckp ilmu taraf budak sekolah itu. itu tandanya dia tidak memahami kami yg sgt nakal jahat ni so dia jgnler pula nak menyalahkan cara guru biasa yg memahami utk org jahat seperti kami ni.. itulah kekurangannya.. jika dia takde kurang jadi dia tuhan lah kan.. so fikir2kAN LAH.

      Delete
    4. Itulah antara sifat Dan ciri2 wahabi yg org x ramai tahu. Habib Umar Ben Hafiz pun dia katakana sesat .. allahuakbar

      Delete
    5. Habib umar mmg bukn ulama....pndangn maulana asri berkaitan habib umar benar....geng nuruddin bnjari dan aswaja yg tak nk celik

      Delete
  9. jika ilmu Allah itu 100% peratus pada al quran n hadis , maka pasti ada yg berjaya menguasai 100%.. jadi pasti juga ada ilmu yg banyak kita tidak ketahui maka berendah diri lah ,

    ReplyDelete
  10. adakah hadis tetap akan terpelihara 100 akan datang seperti al quran, adakan ajaran mazhab yg dibukukan akan terus terpelihara seperti al quran 100 akan datang, musuh2 islam tahu al quran tak boleh diubah tapi terjemahan maksud masih boleh , hadis yg dibukukan masih boleh , ajaran mazhab masih boleh . tetapi ajaran hadis atau mazhab yg kita terima dari ulama yg terdahulu atau ulama yg mendapat terus dari ulama yg benar . bagaimana dgn ulama akan datang dpt ilmu dari buku saja dan dari ulama yg kurang benar , kurang benar sgt banyak sebab dipengaruhi dunia.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. SubhanaAllah, masyaAllah wa tabarokaAllah
    Amazing jiddan.

    ReplyDelete