Saturday, July 13, 2013

Meneruskan makan dan minum ketika azan subuh?

Semasa sahur tadi sahabat aku bertanya, jika kita sedang minum dan minuman itu berada di dalam mulut kita saat azan subuh dikumandangkan, apakah tindakan kita? Katanya, boleh terus minum memandangkan ada ustaz yang berkata demikian.


Untuk pengetahuan, sememangnya ada pendapat yang membolehkan kita terus makan atau minum (menghabiskan makanan atau minuman yang masih ada pada tangan ketika azan), tetapi ianya pendapat yang amat lemah kerana berpandukan riwayat yang dhaif bahkan munkar sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Dr. Fathi al-Sakandary di SINIatau boleh juga muat turun buku beliau, Ringkasan Sifat Puasa, Qiam, Iktikaf & Raya Nabi SAW di SINI dan rujuk di bawah tajuk Bilakah perlu mula berhenti dari segala perkara yang membatalkan puasa? 

Maka dalam hal ini beliau di dalam bukunya berkata, "Amalan tetap menjamah makanan ketika azan subuh adalah jelas bercanggah dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW untuk menyegerakan menahan diri apabila azan berkumandang. Sekiranya telah terbit fajar dan masuknya waktu subuh, dan terdapat makanan dalam mulut maka wajib meluahkannya termampu, jika tertelan tidak mengapa kerana tidak sengaja, jika sengaja telan maka batal puasanya."
  

3 comments:

  1. Dulu aku ingat time imsak dah tak bleh maakan waktu kecik2 dulu

    ReplyDelete
  2. kesimpulannya waktu imsak tu hanya penentu bagi kita untuk bersahur,tapi kalau kita minum n makan sebelum masuk waktu subuh memang bolehkan..
    thanks for the info bro.

    ReplyDelete
  3. ada relevan nya waktu imsak ini diadakan...bagus entri kali ni

    ReplyDelete