Friday, June 21, 2013

Maulana Muhammad 'Asri Yusoff: Latar Belakang dan Peribadi

Maulana Muhammad 'Asri Yusoff
Gambar oleh Daud Mili

Mungkin di sini ada yang sudah kenal dengan Maulana Asri kerana beberapa kali juga namanya disebut di blog Krenmaut. Beberapa hari lepas aku terbaca satu status di Facebook yang memuji beliau,
Saya pernah berjumpa dan berbual-bual dengan Maulana Asri Yusoff. Malahan saya juga telah menonton banyak rakaman kuliahnya di www.darulkautsar.net mahupun di Youtube. Saya semakin hormat pada ilmu dan keperibadiannya. 
Ketika kuliah atau di luar kuliah, beliau tidak pernah menyindir, menerima teguran malahan berterima kasih kepada orang yang sudi menegurnya, berlapang dada, tidak mencaci maki dan jawapannya akan diterangkan dari pelbagai sudut dan mazhab serta begitu berhikmah. Sukar untuk sesiapa membenci ilmuan seperti Maulana Asri.
Alangkah baiknya jikalau ilmuan yang ada di Malaysia dapat mencontohi akhlak mulia yang ditonjolkan oleh Maulana Asri Yusoff. InshaAllah, anak murid akan mencontohi akhlak yang ditunjukkan oleh guru mereka.
Firdaus Wong Wai Hung
Aku setuju, sukar untuk sesiapa membenci ilmuan seperti Maulana Asri. Perkara ini aku dapat lihat sendiri di kalangan mereka yang mungkin berbeza pendapat dengan beliau. Apabila berbicara tentang beliau atau pendapat yang dikemukakannya, mereka tetap menjaga adab dan tingkah laku kerana rasa hormat kepada ilmu dan keperibadian beliau. Oleh sebab itu, mereka yang mengikuti kuliah Maulana Asri terdiri daripada pelbagai latar belakang pengajian dan aliran hasil keterbukaan beliau sendiri. 

Masjid Darul Kautsar

Perjalanan beliau untuk menjadi ilmuan hadis bukanlah mudah. Dilahirkan pada tanggal 12 Julai 1958 di Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan. Beliau memulakan pengajian di Sekolah Kebangsaan Bukit Abal hingga darjah tiga, kemudian ke India (ketika masih berumur 10 tahun) untuk menghafal al-Quran di Darul Ulum Deoband. Setelah itu di Madrasah al-Diniah al-Bakriah (Pondok Pasir Tumboh Kelantan) untuk mempelajari asas ilmu alat. Kemudian kembali ke India untuk mendalami ilmu hadis di Nadwatul Ulama Lucknow dan seterusnya ke Pakistan di Jamiah al-Ulum al-Islamiah Karachi.

Sepulangnya ke Malaysia, beliau berkhidmat sedikit sebanyak kepada masyarakat dan membuka Pusat Pengajian Al-Qur'an Darul Kautsar. Untuk pengetahuan, Maulana Asri merupakan sebilangan kecil ilmuan hadis di Malaysia yang berjaya khatam mensyarahkan Sahih al-Bukhari. Istimewanya syarahan hadis oleh beliau ialah ianya dilakukan dengan begitu terperinci. Antara buku yang dikarang oleh beliau pula ialah Syiah Rafidhah: Antara Kecuaian Ulama dan Kebingungan Ummah, Siri Pemurnian Awal IslamKamus Tematik al-Kautsar (Melayu - Arab - Urdu) dan lain-lain.
Aku telah menuntut dengan Maulana Asri lebih daripada 20 tahun iaitu sejak tahun 1989. Aku tahu beliau amat cinta kepada imam-imam hadith dan kitab-kitab susunan/karangan mereka. Saban tahun beliau menelaah dan mengajar kitab-kitab berkenaan tanpa mengenal penat lelah. Sekarang ini beliau berusaha untuk menghasilkan kitab-kitab syarah hadith dan pemurnian sejarah.
 - Wan Azahar Wan Omar
Sebagaimana yang telah dikhabarkan oleh salah seorang murid Maulana Asri, beliau kini sedang berusaha untuk menghasilkan kitab-kitab syarah hadis. Antaranya kitab syarah kepada Sahih al-Bukhari, Misykatul Mashaabiih dan Jaami' at-Tirmizi. Difahamkan kitab-kitab syarah hadis seumpama itu sangat kurang di tempat kita berbanding di tempat lain seperti India dan Pakistan. Semoga Allah mempermudahkan usaha beliau..

------------------------------------------------------------------------
Untuk makluman, kepada sesiapa yang tinggal di sekitar Lembah Klang bolehlah mengikuti kuliah Maulana Asri untuk siri talaqqi Jaami' at-Tirmizi pada hari esok, Sabtu (22 Jun) pukul 9 malam di Hotel Laman Seri, Seksyen 13, Shah Alam. Kemudian hari Ahad (23 Jun), siri talaqqi Sahih al-Bukhari pukul 10 pagi dan Misykatul Mashaabiih pukul 2:30 petang bertempat di Masjid al-Qurtubi, Segambut. Kuliah ini diadakan setiap minggu ke-2 dan ke-4. Maklumat lanjut boleh ikuti di SINI.

[UPDATE] Bermula dari 24 Ogos 2013, siri talaqqi Jaami' at-Tirmizi dipindahkan ke lokasi baru di Performing Art Theatre, Management & Science University (MSU), Seksyen 13, Shah Alam. Waktunya seperti biasa, hari Sabtu pukul 9 malam, setiap minggu ke-2 dan ke-4.
  
Muqaddimah Jaami' at-Tirmizi

Thursday, June 20, 2013

Jerebu: "The level is currently fatal for the weak, ill, young and old.."

Picture taken by: Andrew Teo
THIS IS AN EMERGENCY, PLEASE STAY AT HOME.
UPDATE: New PSI readings at 2pm stands at 355.

The level is currently fatal for the weak, ill, young and old.
PM Lee is currently having an urgent meeting with the other ministers and will have a press conference shortly.
Thursday, June 20, 2013 at 2:46pm  

Cat Stevens - Ruins
  
Meor - Sekitar Alam

Thursday, June 6, 2013

Black Sabbath.. Brad Wilk?

Semalam adik aku mesej tanya, "Dah dengar belum album Black Sabbath?" Untuk pengetahuan, Black Sabbath ada buat sesi pra-dengar untuk album terbaru mereka 13. Mungkin ada yang terasa kurangnya reunion untuk rakaman album ini memandangkan Bill Ward, pemain drum asal Black Sabbath tidak bersama.

Black Sabbath

Aku pernah bagitau abang Din (peminat tegar Black Sabbath) berkenaan masalah ni. Abang Din agak kecewa, tapi dia yakin selagi ada Iommi (gitaris) dan Butler (bassist), sound Black Sabbath tak akan lari mana. Ozzy sudah semestinya kena ada. Album terakhir Black Sabbath bersama Ozzy ialah 35 tahun yang lepas. Kalau tak ada Ozzy, abang Din mungkin tak akan pandang album ni.

Brad Wilk

Untuk mengisi kekosongan di bahagian drum, Brad Wilk (Rage Against The Machine) telah dipilih. Aku tak pasti bagaimana penerimaan peminat Black Sabbath terhadap Brad Wilk yang umumnya lebih dikenali dengan kumpulan yang memainkan lagu-lagu rap dan funk. Apa kata anda? Aku dengar boleh tahan..


Black Sabbath: In the Studio


Black Sabbath - Age of Reason
   

Wednesday, June 5, 2013

Cantrell ripped me off again!


Penyanyi country Donnie "Skeeter" Dollarhide Jr. kecewa dengan tindakan gitaris Alice in Chains, Jerry Cantrell yang menggunakan lagunya tanpa kebenaran di dalam album terbaru mereka. Malah beliau mendakwa, beberapa lagunya sebelum ini pun telah diolah semula oleh Jerry Cantrell tanpa kebenaran. Apa macam? hahah..
  
 Alice In Chains - Twenty-Three (Documentary)