Saturday, June 23, 2012

The Big Bang: Best of the MC5 (CD)


Bila dengar lagu kumpulan Orange Sunshine di blog PC koKak yang katanya "sound like 70s hard rock, The Stooges, MC5, Hendrix, Blue Cheer", aku teringat kepada salah satu album MC5 yang ada dalam simpanan aku. Album itu adalah album kompilasi bertajuk The Big Bang: Best of the MC5 hasil pemberian seorang kenalan dari Sungai Petani, abang Din namanya.


Abang Din merupakan seorang penggemar muzik khususnya yang datang dari era 70an. Jujur aku katakan, ketika aku diberi album ini, aku tak tahu lagu-lagu nyanyian MC5 melainkan versi cover "Kick Out the Jams" yang dimainkan oleh Rage Against The Machine. Tak ramai yang kenal dan tahu mengenai MC5 walaupun mereka antara kumpulan yang aktif lewat 60an dan awal 70an suatu ketika dahulu.
When the story of the '60s and the counterculture is told, you rarely hear about the MC5's part in it. - Wayne Kramer
Kata abang Din, MC5 antara kumpulan yang berperanan penting dalam membentuk identiti awal muzik punk sambil merujuk kepada lagu "Kick Out the Jams". Lagu yang dimuatkan dalam album pertama MC5 itu mencetuskan kontroversi sehingga diharamkan di beberapa rangkaian kedai dan lebih teruk, MC5 dibuang dari syarikat rakaman mereka. Puncanya bermula kerana penggunaan kata kesat di awal permulaan lagu. Ironinya pula, "Kick Out the Jams" menjadi slogan sebagai tanda revolusi di kalangan aktivis.
With Kick Out the Jams, the MC5 invented many of the themes that punks would later use as the basis for a movement - Jimmy Gutterman
Namun kata abang Din lagi, tak ramai generasi punk kini yang kenal dengan MC5 disebabkan muzik mereka yang lebih ke arah rock n roll. Wayne Kramer sendiri mahu lagu-lagu mereka dimainkan atas nama Little Richard dan Chuck Berry (ikon rock n roll yang dikaguminya). Hakikatnya, MC5 berjaya mengangkat muzik rock n roll ke satu tahap yang lebih tinggi walaupun penglibatan mereka tidak lama. MC5 juga dikenali dengan aksi live yang bertenaga berbanding kumpulan lain yang sezaman dengan mereka.


Album kompilasi ini mengumpulkan 21 lagu yang diambil dari single awal, debut album Kick Out the Jams (1969), Back in the USA (1970), High Times (1971) dan lagu live "Thunder Express" yang dirakam pada tahun 1972. Kesemua lagu disusun mengikut tahun rakaman dan secara tak langsung membawa pendengar mengikuti perjalanan muzik mereka sehinggalah kumpulan ini dibubarkan. Disertakan juga inlay album setebal 24 muka dengan cerita yang informatif dari Wayne Kramer dan Jimmy Gutterman.
Quite simply, Chuck Berry's guitar was the reason I played the guitar. When I heard that sound when I was nine years old, that was it. That was the sound of release and of power. - Wayne Kramer  
* all quotes taken from album's inlay.
 

2 comments:

  1. bagi aku 70s or late 60s hard rock adalah sangat "jujur" terutama "3 piece band". analog. rock & raw!

    ReplyDelete
  2. wow nice stuff bro...aku pun baru tau pasal band ni melalui dokumentari Sam Dunn, Metal : A Headbanger Journey...walaupun dah x ader lagi band ni, namun stuff2 diorang boleh dibuat bahan rujukan untuk band2 baru sekarang

    ReplyDelete