Empat jam perjalanan dari Klang, akhirnya aku tiba di Pulau Pinang pada pukul 11.45 pagi. Aku terus singgah ke Restoran Wajib Ali, sebuah restoran nasi kandar yang terletak di Butterworth, Pulau Pinang. Tujuan ingin berjumpa seorang sahabat sekolah rendah aku, Wajib Ali.
Sambil bercerita pasal filem terkini, dia menghidangkan lauk istimewa hari Khamis kedainya. Nasi kandar berlauk gulai anak ikan dengan kari pekat secukup rasa, dimakan dengan telur dadar dan ditambah pula dengan rasem (sup herba), memang puas hati! Susu lembu biasanya menjadi minuman aku bila singgah di kedai dia.
Restoran Wajib Ali yang dibuka oleh bapanya sudah bertapak di Pulau Pinang selama 24 tahun. Antara nasi kandar yang berkualiti lauknya pada pendapat aku. Kalau bercuti di Pulau Pinang, jangan lupa singgah ke restoran dia. Lokasi berhampiran bangunan Maybank, simpang nak masuk jeti (feri) dan stesen bas Butterworth.
Andai kata Wajib Ali ada di kedai, jangan segan untuk kenalkan diri sebagai pembaca Kaboi Tanduk. Insyaallah akan mendapat layanan yang lebih istimewa, makan free tak boleh jamin.. ;)
(akan bersambung)
perrhhh ... spesial sguh kari dia, layanan tiptop, klu g joging slalu aku sgah makan... bos dia pn macho... cayalahh!!
ReplyDeletekete porsche tuuuu
ReplyDelete...jumpa kawan lama tentu syok bersembang sambil layan teh tarik bergelas gelas..iya dak?..
ReplyDeletekalo wajib ali betul2 buat filem, ianya semestinya WAJIB TONTON.
ReplyDeletefix dervish,
ReplyDeletehang kena pi claim pujian hang dengan sepinggan nasi kandar dia..
---
faizal abd fathi,
kebetulan di situ, pelanggan wajib ali bermacam, dari proton saga ke porsche.. ;)
---
wan beruas,
bukan setakat bergelas, kami ronda di penang plak lepas tu..hehe
---
adi herman,
wajib ali kata, "suatu hari aku pasti akan buat filem. walaupun bukan untuk diri aku, aku akan buat untuk adi herman.."
semangat si wajib sebab dah ada fan, kita tunggu dan lihat..hehe
mcm tau2 ajer si wajib ali tu yg aku ni seorg movie-addict hahah
ReplyDeletemcm best jer makan dia ni perggghhh
ReplyDeleteakhirnye pemilik blog tayang muka hensem beliau hahaha, weh nanti pinjam karisma yg dalam gambar tu ekeke
ReplyDeletebro jairo,
ReplyDeletekalau tak best boleh 'sound' terus kat wajib ali pasal resepi banyak yang dia buat..hehe
---
syahmie,
pemilik blog sekali sekala nak buat cameo jgak. orait nanti aku bawak karisma tu, see you!
suka gulai daging dia..! superb! kalau pi makan sana, mesti order bungkuih bawak balik jugak..
ReplyDeletesiti murni,
ReplyDeleteowh yaka.. kira regular customer la nih.. hehe
uiiiii...bkan main sedap noo..kalo g penang mmg wajib mkan la ni.....
ReplyDelete