Thursday, January 26, 2012

Don't Forget Me

Pagi yang agak sentimental, aku mengambil keputusan untuk pulang menuju ke kampung halaman sejauh 400km dan meninggalkan tempat yang sedikit sebanyak memberi memori pahit manis dalam mengejar erti kehidupan. Lagu yang aku ingin yang ingin kongsi kali ini ialah dari Red Hot Chili Peppers.

"Don't Forget Me"

Lagu ini diambil dari album By the Way (2002). Walaupun aku tak begitu mengikuti RHCP, album ini ada dalam simpanan aku dalam bentuk kaset. Bila bercakap pasal RHCP, umumnya mengenali lagu mereka dengan irama funk tetapi lagu ini sebaliknya, lebih mellow dan melancholic.

Bagi aku lagu ini ada keistimewaannya yang tersendiri, permainan gitar John Frusciante sesuatu yang "out of this world" dan sangat kena dalam menyalurkan emosi dan rasa lagu. Mungkin boleh cuba tengok video live mereka, John Frusciante seolah-olah bersatu dengan irama yang dihasilkannya.

John Frusciante

Liriknya pula adalah sesuatu yang introspective, boleh dikaitkan dengan situasi atau pengalaman hidup. Ramai yang nampak ianya mengenai suatu hubungan atau perpisahan tetapi ada yang mengatakan Anthony Kiedis bercakap mengenai tuhan dan kehidupan, barangkali itu secara umumnya.
"It's my idea of what God is about, what life is. It puts us in such a good mood.." (source)
Dalam lagu ini, John Frusciante juga bertindak sebagai penyanyi latar. Bagi aku, itu antara perkara yang aku terasa hilang setelah dia meninggalkan RHCP, selain permainan gitarnya yang hebat dia juga mempunyai vokal yang bagus sebagai penyanyi latar.

Walaupun suaranya mungkin tidak mendapat perhatian kerana sekadar penambah rasa kepada irama lagu, dia ada ulang satu ayat hingga ke akhir lagu,

"More will be revealed my friend.."

Sedikit sebanyak ia memberi kesan kepada jiwa aku. Mungkin itu antara mesej yang ingin disampaikan, secara zahirnya untuk kehidupan yang kita sedang lalui.

Sayonara!

4 comments:

  1. satu lagu slow mendayu RHCP era John Frusciante yang aku suka ialah "i could have lied"....

    solo dia yang bunyi mendayu2 macam nak tak nak tu best tu...

    ReplyDelete
  2. my personal favorite utk lagu mellow RHCP ialah "Scar Tissue"....perghh feel giler...

    ReplyDelete
  3. JF tidak melihat seorang gitaris itu hebat dengan solo yang menggila tp gitaris yang hebat bila mana solo itu berstu denga melodi & lirik.

    ReplyDelete
  4. berteromber,

    yup, intro dia pun dah menusuk kalbu..

    ---

    adi herman,

    tringat official video dia, JF solo dengan gitar patah..

    ---

    matakucing,

    agreed!

    ReplyDelete