Saturday, April 7, 2012

Bersama Nan Blues..

Semalam aku upload satu video di youtube, video Nan Blues (atau aku panggil sebagai abang Nan) busking di Central Market dengan lagu "Sesat di Kuala Lumpur". Nyanyian asal oleh M. Nasir dengan kumpulannya Kembara. Video dirakam tiga tahun lepas oleh kawan aku, Izan ketika kami singgah di Kuala Lumpur.


Bagi sesetengah orang, mungkin video tu tak ada yang menarik pun. Kualitinya tak cantik, rakam pun tak penuh (sekejap saja) tapi bila tengok video tu aku dapat rasa kembali dengan jelas pengalaman melihat abang Nan busking secara live. Di tempat asal aku Pulau Pinang, belum pernah lagi aku tengok orang busking begitu.

Abang Nan bermain gitar lengkap dengan amp dan juga harmonika. Seingat aku, dia ada nyanyi lagi dua lagu kesukaan aku, "Knockin' On Heaven's Door" dan "Like a Rolling Stone", nyanyian asal oleh Bob Dylan. Mungkin sebab tu aku tak boleh lupa pasal abang Nan. Bagi aku, abang Nan lebih hebat dari penyanyi asal, Bob Dylan mahupun M. Nasir.


"Sesat di Kuala Lumpur"
Central Market


Tujuan aku upload video tu sekadar ingin berkongsi kepada yang menghargai pemuzik jalanan seperti abang Nan, apatah lagi aku dapat tahu suasana busking sudah tiada di Central Market. Selepas upload, aku cari di internet perkembangan abang Nan dan aku dapat tahu yang dia akan main untuk satu program di PKNS, Shah Alam. Apa lagi, esoknya aku terus pergi..

Diringkaskan, tadi abang Nan ada main lagu "Blowin' in the Wind", "Busker Blues", "Kupu-kupu", "Blues Untuk Rakyat" dan beberapa lagi lagu yang aku tak ingat tajuknya. Seronok tengok abang Nan, selang satu lagu dia akan bercerita mengenai lagu yang akan dimainkannya. Lebih menarik lagi abang Nan bersetuju memainkan lagu permintaan aku, "Sesat di Kuala Lumpur".


6 comments:

  1. X ramai menghargai bakat macam nie, budaya busking pun dipandang rendah..

    Sayangnyaa...

    ReplyDelete
  2. Terima Kaseh atas sumbangan & sokongan anda bro.Semoga kta berjumpa lagi.

    ReplyDelete
  3. ..1st.time tengok mamat ni perform kat Ipoh masa wat opening act utk Blues Gang kat Ipoh Blues House...dan beliau memang bagus,bagus dan bagus!!!..:0)

    ReplyDelete
  4. the real true busker! Kalau bawak abg Nan Blues di tempat aku (Bintulu, Sarawak) confirm byk geng2 kitorang yang akan layan, sbb budaya busking dah makin mendapat tempat di tempat kami.

    ReplyDelete
  5. Fix Dervish,

    apa boleh buat, tak ramai pak menteri layan busker..

    ---

    Abang Nan,

    sama2.. insyaallah kita akan berjumpa lagi.. :)

    ---

    Wanberuas,

    agreed!

    ---

    Adi Herman,

    banyak benda yang boleh belajar dari abg Nan ni sebab dia pun dah lama busking, sejak penghujung 80an lagi..

    ReplyDelete