Rasanya sudah hampir beberapa minggu aku bercadang untuk berjumpa dengan seorang lagi busker, Meor Yusof Aziddin dan akhirnya semalam bertemu juga kami di KL Sentral. Tujuan aku sekadar untuk membeli apa-apa album keluarannya berserta buku kedua hasil tulisannya sendiri iaitu Sembang Tepi Jalan: Syurga Yang Hilang.
Gambar dari The Star Online: The Cult of Meor
Aku mula tahu pasal abang Meor melalui blognya. Dari situ juga aku dapat tahu yang abang Meor menggemari irama folk seperti Iwan Fals, Bob Dylan, Nick Drake, Cat Stevens serta puisi Jalaludin Rumi, tapi sayang, waktu itu aku belum familiar dengan dunia blog dan jarang guna internet. Jadi aku tak begitu mengikuti hasil tulisannya sehinggalah aku terbeli album Dari Rakyat Untuk Rakyat (2009) dan buku pertama Sembang Tepi Jalan di Pesta Buku BOCO yang lepas.
Suasana busking di sekitar KL Sentral
Berbalik kepada pertemuan kami, abang Meor kebiasaannya memang busking di KL Sentral. Jadi aku tengok dulu abang Meor main beberapa lagu sebelum mendapatkan buku terbarunya. Aku ambil sekali album Yang Terlintas Di Fikiran (2006). Sebenarnya, aku berharap untuk membeli album Itu Padang...Aku Di Situ (2003), satu album yang aku kira sebagai masterpiece, tapi rezeki aku tiada. Katanya, album itu sudah habis.
Abang Meor ajak aku minum bersama. Katanya, pukul 7.00 malam dia akan rehat sekejap sebelum sambung balik busking. Rasa segan pun ada sebenarnya sebab aku bukanlah orang yang pandai berbual tetapi banyak pula yang kami bualkan. Kebanyakannya berkisar tentang muzik, kehidupan dan secara tak langsung menyentuh aspek ketuhanan. Aku suka cara abang Meor berfikir, pandangannya sangat berbeza dengan orang lain yang pernah aku temui.
Lagu "Yang Terlintas Di Fikiran" bersama Azmyl Yunor
Welcome home bro.. that's a lot of story that i want to hear from you...
ReplyDeleteFix Dervish,
ReplyDeleteI just arrived here at Penang, see you tonight at your beloved Nasi Kandar Saga.. ;)
wow kali ini entri lu betol2 bererti bagi aku n tq bro psl perkenalkan blog Pesta Jiwa tu...mcm mana aku nak dptkan album n buku abg Meor ni bro?
ReplyDeletedia ada lesen untuk busking kat KL Central ke?
ReplyDeletebusking perlu ada lesen ker? haha...kalo difikir balik, ada logiknya kan...tapi komuniti kami di sini pun pihak authority di sini pun support dlm hal2 busking ni, disamping kami pun join mana2 aktiviti Rakan Muda dan apa2 jua event yg dianjurkan KBS (kementerian belia dan sukan)...kalo pasal busking di KL Sentral ni, aku rasa mesti ada permit kan? lain la kalo mcm kat Pasar Seni (CM)...
ReplyDeleteTuari aku sempat tgk abg meor ni..just layan dia busking je.. Ternyata dia seorang yg hunble
ReplyDeleteAdi Herman,
ReplyDeletetengok SINI atau boleh mesej abg Meor di facebook page dia kalau nak tanya lebih lanjut.. :)
---
Dr. Ben,
ada lesen dan mendapat sokongan dari pihak KTM sendiri untuk busking di situ..
---
matakucing,
agreed..
Wow dah lama entry ni. Aku baru je tau psl abg meor ni. Kebetulan hari ni balik naik tren n dia ada busking kat sini pada tahun 2016. Huhu. Dgr dia maen lagu sephia tros terlayan n belek2 buku dia nak beli xmampu. Then google n jumpa pula blog ni. Nice to know people still apreciate real talents:) semoga abg meor tros sukses
ReplyDeleteSaya pun baru mengetahui MEOR ini namun saya dah memiliki 4 album beliau. Walauoun saya jarang dengar tapi saya suka buat koleksi. Buku saya tak beli sebab mata dah rabun. Tenungbhuruf lama lama mata berair...
ReplyDeleteSaya pernah tengok koleksi bro di grup Cd Passion.
DeleteOtai CM
ReplyDelete