Hasil pergaulan dan pemerhatian aku dengan beberapa rakan samada di jalanan, warung ataupun facebook, antara yang aku dapat belajar ialah sudah menjadi fitrah manusia suka memberi pendapat. Bagusnya bila mendengar orang memberi pendapat ini antaranya kita akan 'dapat' sesuatu atau dalam erti kata lain, kita akan belajar sesuatu dari tuan yang memberi pendapat. Dalam masa yang sama kita dapat mengenal peribadinya.
Pernah aku ditanya oleh seorang rakan, katanya, "Hang tak takut ka kalau hang bagi pendapat, kemudian ada orang pertikai dan tak setuju dengan pendapat hang?" Umumnya apabila sesuatu soalan diajukan, adalah wajar untuk kita fahami terlebih dahulu kenapa soalan itu ditanya. Ketika itu, aku boleh faham kenapa dia bertanya kerana konteks perbualan kami pada dasarnya berkenaan masalah dalam memberi pendapat dan menerima pendapat. Rakan aku pula seorang yang suka berkongsi pendapat.
Balas aku, "Kalau hang nak bagi sesuatu pendapat, pertama sekali kena expect akan ada orang yang tak setuju dengan pendapat hang." Perkara ini sangat penting untuk kita ketahui kerana tidak boleh sepanjang masa kita mengharap orang suka dengan pendapat kita."Tapi kena juga tahu orang yang balas pendapat hang kekadang bukan niat dia nak menyangkal pendapat hang. Mungkin dia pun nak kongsi pendapat dia sepertimana hang berkongsi pendapat hang."
Sambung aku lagi, "Mungkin juga topik berkenaan pendapat hang tu satu topik yang dia suka." Biasanya orang yang memberi maklum balas pada topik yang dia suka merasakan dirinya arif dalam topik tu. Jadi ada baiknya juga kita cuba faham dan dengar pendapatnya dahulu. Mudah-mudahan kita dapat belajar sesuatu, tetapi andaikata betul dia menyangkal pendapat kita dan secara tidak puas hatinya mencela pula, pada aku demi menjaga persahabatan selain mengelakkan perselisihan yang berpanjangan, lebih baik kita diam atau iyakan saja pendapatnya.. haha!
Kesimpulannya, kalau berani memberi pendapat, kena juga berani menerima pendapat, dan sebelum memberi pendapat, biarlah pendapat yang diberikan itu sesuatu yang kita jelas dan faham. Kalau berkata kepada sesuatu yang kita tidak faham malah samar-samar, maka kurang adil jadinya pendapat itu, lebih teruk boleh menjadi fitnah pula. Sebaik-baiknya pendapat yang dikongsi itu ada input berguna dan dapat dimanfaatkan bersama, bukannya pendapat yang semata-mata menghukum dengan niat untuk memenangkan sebelah pihak sahaja.
pendapat aku,
ReplyDeleteup the irons.
entri ini penuh dengan falsafah, pendapat aku pula, kita sebagai blogger ni pun seharusnya berdepan dengan reaksi pembaca yang semestinya akan memberi respon terhadapa mana2 entri kita dalam bentuk komen membina atau kritikan meruntuhkan motivasi diri. apa2pun kita kena relax dan jgn kalut kalo berdepan dengan kritikan negatif, kalo yg membina tu, bagi aku orait saja. senang terima haha...
ReplyDeletedeaf-angel,
ReplyDeleteI second that! hehe..
---
Adi Herman,
setuju.. bila berdepan dengan kritikan, jangan mudah melenting, mana tahu itu kritikan yang membina..
bercakap pasal kritikan, umumnya setiap manusia ada satu sifat yang mengatakan dirinya betul dan akan sentiasa ada alasan tertentu untuk setiap perbuatannya biarpun perbuatan itu baik atau buruk..
jadi secara asasnya bukan mudah untuk seseorang itu menerima kritikan melainkan dengan hati yang bersih, tapi nak buat hati jadi bersih pun satu hal sebab kita ada nafsu.. haha
Secara ringkasnya, "Kebenaran itu adalah sesuatu yang AMAT menakutkan sebenarnya.."
ReplyDeleteDalam perspektif lainya, ia juga merupakan salah satu proses untuk mengenal satu sama lain secara iklas dan bersih terhadap penerangannya dalam perihal sesuatu itu.
Bagi pendapat aku sepatutnya kedua pihak harus bersikap professional dan tidak emosional dalam mengendalikan situasi ini dan lebih melihat konteks isinya berbanding emosi.
Namun secara praktikalnya, bukan mudah mengekalkan motivasi begini secara konsisten... Mungkin solusinya adalah harus dieksperimenkan ia secara berterusan..
Harus sedar mungkin hal ini akan berlainan mengikut tahap keakraban antara dua pihak, kadang kala tahap ketelusan dan kepercayaan seseorang lebih terbuka apabila keakraban itu meningkat.Mungkin boleh diperbetulkan dengan cara dan rentak dalam komunikasi secara matang.
Wallahualam..
Fix Dervish,
ReplyDeleteaku setuju dengan pendapat hang, kebenaran itu adalah sesuatu yang amat menakutkan..
begitu juga dengan apa yang hang kata, kedua pihak harus bersikap profesional dan tidak emosional..
apa lagi dengan pengakuan hang, bukan mudah mengekalkan motivasi begini secara konsisten, aku sangat setuju..
kerana itulah apa yang aku maksudkan dalam komen sebelum ini, secara asasnya bukan mudah untuk seseorang itu menerima kritikan melainkan dengan hati yang bersih, tapi nak buat hati jadi bersih pun satu hal sebab kita ada nafsu.. haha
kalau ditanya solusinya, aku juga setuju dengan solusi yang hang anjurkan, iaitu mungkin boleh diperbetulkan dengan cara dan rentak dalam komunikasi secara matang..
persoalannya, untuk menjadi matang kalau pada umur memang kita sudah matang, tinggalnya, matangkah kita kalau hati masih dilapisi dengan nafsu yang menebal? ;)
Kehendak atau Keazaman..
ReplyDeleteMungkin ini satu jawapannya, mungkin ada yang lebih tepat KOT.. selalunya nafsu ada kaitan dengan emosi. Namun sekiranya kita ada keinginan beserta keazaman untuk berubah pasti berjaya insyallah..
Niat serta doa memandu kita untuk mencari cara untuk mengatasi sesuatu perkara, namun perlu matlamat yang jelas hendaknya..
Dan kadang ia tidak berkesan pada sesetengah insan.. hmmm :-|
Fex Darwish,
ReplyDeleteya, benar apa yang hang kata, nafsu ada kaitan dengan emosi..
sememangnya itu antara yang aku ingin sampaikan bila aku persoalkan sejauh mana kematangan kita jika hati masih dilapisi dengan nafsu yang menebal..
berkenaan jawapan yang hang cuba bagi tu, tak ada salahnya, boleh saja diterima kerana kehendak dan keazaman adalah satu keperluan andai kata ingin melakukan sesuatu terutama sekali jika ingin berubah..
dan aku pun setuju dengan niat dan doa kerana niat akan memandu kita, doa pula adalah senjata kita, cumanya jalan yang kita pilih saja mungkin berbeza tapi matlamatnya masih sama..
persoalannya, jalan mana yang mahu kita pilih? haha..
berapa banyak persoalan daaa.... haha
ReplyDelete(sila ajukan soalan anda pada kaunter pertanyaan... TING...TONG... haha :P)
Tepuk dada tanya diri la bro, suma keputusan tanggungjawab sendiri..
Buat baik atau jahat tu keputusan diri, yang penting berani buat berani tanggung laaa... hehe
Fex Darwish,
ReplyDeleteada tujuannya kenapa aku buat entry macam ni, persoalan yang diwujudkan pun bukan semata-mata untuk mendapatkan 'jawapan' pada kaunter pertanyaan saja.. haha
kaitan yang aku timbulkan antara hati, nafsu dan pendapat pula ada isinya, dan untuk sebab itu juga aku pun mengharapkan seperti apa yang hang sendiri kata dalam komen sebelum ini, iaitu "lebih melihat konteks isinya berbanding emosi"..
apa pun, terima kasih sebab sudi memberi pendapat dan maklum balas, aku terima seadanya.. :)
ok...macam ini la..bagi aku pendapat ada pendapat bukan debat...
ReplyDeletecontoh simple tentang pendapat
x :- aku rasa ais krim ini manis sangat, apa pendapat ang ?
y :- aku rasa ok je.
contoh simple tentang pendapat jadi debat
x :- aku rasa ais krim ini manis sangat, apa pendapat ang?
y :- aku rasa ok je, kenapa ang cakap mcm itu..memang semua ais krim macam ini pa
x :- aku cuma bagi pendapat aku
y :- aku rasa ang tak pernah makan asi krim
kalau nak tahu pendapat orang lain,kena hormat orang itu dulu. biasanya orang suka untuk ubah suai perkataan pendapat kepada persoalan
mungkin orang kata bukan ka pendapat itu satu persoalan. bagi aku soalan itu ada pendapat,bukan pendapat itu ada soalan.
contoh yang simple tentang soalan
jawapan untuk 1+1 berapa = 2
contoh yang simple tentang pendapat
pendapat 1+1 berapa = 4 (sebab dia cuma bagi pendapat )
masa yang sama mungkin orang akan kata mungkin pendapat ang salah sebab itu aku tanya soalan
jawapan aku senang je,buat apa ang tanya pendapat aku, ang nak jawapn pi la check kat google.
' i live for myslef, i don't care about others but i respect everybody ' Rajinikant
wajid ali,
ReplyDeletesebelum aku komen, aku kumpulkan dulu persoalan aku yang seolah-olah tak terbilang banyaknya menurut Fex Darwish ;)
persoalan pertama
persoalannya, untuk menjadi matang kalau pada umur memang kita sudah matang, tinggalnya, matangkah kita kalau hati masih dilapisi dengan nafsu yang menebal?
persoalan kedua
niat akan memandu kita, doa pula adalah senjata kita, cumanya jalan yang kita pilih saja mungkin berbeza tapi matlamatnya masih sama. persoalannya, jalan mana yang mahu kita pilih?
berbalik kepada komen hang, aku dapat rasa yang hang nampak apa yang aku ingin sampaikan melalui persoalan aku..
"biasanya orang suka untuk ubah suai perkataan pendapat kepada persoalan"
memang benar apa yang hang kata, persoalan yang aku wujudkan itu diolah dari pendapat..
"bagi aku soalan itu ada pendapat,bukan pendapat itu ada soalan"
sejujurnya, ini antara kata2 hang yang aku tertarik kerana ianya menunjukkan yang hang faham persoalan aku dan tahu membezakan antara isi (pendapat) dan kulit (soalan)..
maka, seperti yang aku kata sebelum ini, persoalan yang aku wujudkan itu bukanlah semata-mata inginkan 'jawapan' kepada soalan tetapi lebih untuk mengajak sesiapa saja yang mahu 'berfikir' mengenai isinya..
aku terdetik untuk membuat entry ini disebabkan semakin hari semakin banyak aku mendengar pendapat dari orang sekeliling aku di mana pendapat (samada ditujukan kepada situasi atau individu tertentu) didapati tidak adil, malah menjerumus pula kepada fitnah kerana pendapat yang diberikan terlalu samar dan tidak jelas..
puncanya kerana tidak mahu berfikir dan apatah lagi cuba memahami isinya, malah dengan mudah pula memberi pendapat dan jawapan ketika hati dikuasai oleh nafsu, itu sebabnya aku wujudkan persoalan sejauh mana kematangan kita jika hati masih dilapisi dengan nafsu..
dari situ juga aku cuba wujudkan persoalan kedua, supaya kita berfikir jalan mana yang telah disediakan untuk kita semua..
hakikatnya, banyak jalan sudah tersedia dia atas muka bumi ini, matlamat masih sama pada dasarnya, iaitu mengajak kepada perkara kebaikan, tinggalnya keputusan kita sahaja,
jadi sebagai seorang muslim, kita seharusnya sedar jalan mana yang telah tersedia untuk kita pilih..
sejujurnya, aku bukanlah orang yang arif dalam hal agama, cuma boleh berkongsi sekadar yang mampu sahaja, khususnya dua hadis ini..
"ANTARA JALAN KEBAHAGIAAN BAGI MANUSIA ADALAH MEMPUNYAI AKHLAK YANG MULIA." (HADIS RIWAYAT IMAM BAIHAQI)
"AKU DIUTUSKAN BAGI MENYEMPURNAKAN AKHLAK YANG MULIA" (HADIS RIWAYAT IMAM AHMAD DAN IMAM BAIHAQI)
maka ikutlah jalan nabi kita, Muhammad S.A.W, kerana salah satu agenda kerasulan nabi adalah tazkiyah an-nafs, ia bermaksud pembersihan jiwa atau penyucian hati..
Zulhemi,
ReplyDeleteBukan niat untuk memuji namun iklas,dengan penjelasan ang yang jelas tu baru aku paham apa yang isi hati hang...
very good answer and crystal clear explanation..
Dengan pertanyaan, kita membuat orang berfikir akan jawapannya kan.. Sangat metafora..
Bagi aku, kadang kala aku lebih suka pendapat aku tidak diterima atau diperbaiki kerana ia membuat kita lebih berfikir dari pada syok sendiri dan bila ditanya sesuatu soalan, jawapan yang ringkas akan membuat ia bertanya lagi dan dia berfikir dan ingin lagi.. walaupun kadangkala sebenarnya ia hanya seringkas itu sahaja...
Pujian akan membuat kita terpesona dengan irama keriakan dalam diri hingga leka akan kebenaran dan lebih mudahnya untuk kita menunjukkan kelemahan diri sendiri.
Wajib,
Bagus pendapat ang tu simple dan rilex ja, tiba2 rasa nak makan ais krim...
Aku setuju jika kita diberikan pendapat kita harus terima atau kalau tidak pun kita diam walaupun diri tidak menerima jawapan tersebut..
Namun tidak salah jika bertanya kan lagi jika tidak faham akan jawapan yang diberikan..
Sesetengah dari kita kadang suka berdebat untuk menunjukkan siapa menang, namun jika kita tidak menyuntik emosi didalamnya ia akan menjadi suatu proses penerimaan maklumat secara produktif..
Fix Darwish
ReplyDeleteaku memang simple dan relax sebab itu memang style aku. aku ambil ais kirim sebagai contoh sahaja, sesiapa pun boleh ambil topic apa-apa sebagai contoh.
ok...aku rasa fix darwish tak paham apa yang aku cuba kata. aku kata
" bagi aku soalan itu ada pendapat,bukan pendapat itu ada soalan "
aku tak kata pendapat fix darwish salah atau betul sebab pendapat itu infinite. cuba fix darwish lihat apa yang kaboi tanduk kata.
"persoalan yang aku wujudkan itu bukanlah semata-mata inginkan 'jawapan' kepada soalan tetapi lebih untuk mengajak sesiapa saja yang mahu 'berfikir' mengenai isinya.."
cuba lihat apa yang fix darwish kata.
" Namun tidak salah jika bertanya kan lagi jika tidak faham akan jawapan yang diberikan.."
sekarang aku nak kata
" Namun tidak salah jika bertanya kan lagi jika tidak faham akan "jawapan" (kita tanya pendapat orang ,jadi orang akan bagi pendapatnya bukan jawapan sebab seperti apa yang aku kata diatas tadi pendapat itu infinite ) yang diberikan.."
aku rasa kalau fix darwish kata
" namun tidak salah jika bertanya explain akan pendapat yang diberikan " maka lebih sesuai.
tentang debat, aku rasa persoalan disini adalah pendapat ("bagi aku soalan itu ada pendapat,bukan pendapat itu ada soalan")jadi aku rasa perkatan debat tidak wujud dalam hal pendapat tapi kalau nak beri pendapat aku setuju ( pendapat itu infinite " setiap orang ada pendapat masing - masing" )
akhirnya, semua yang aku tulis diatas adalah pendapat aku bukan jawapan aku.