Saturday, September 24, 2011

AC/DC: Family Jewels (DVD) dan keluaran penting lain yang harus dimiliki

Aku sebenarnya bukan peminat AC/DC tapi aku ada seorang adik yang suka mengumpul barangan AC/DC. Antara yang baru dibelinya ialah AC/DC: Family Jewels (DVD). Sewaktu barang tu sampai dia dah pergi sambung belajar. Jadi buat masa ni, DVD tu berada dalam simpanan aku.

Kalau mengikut perancangan, dia nak beli keluaran terbaru AC/DC iaitu Let There Be Rock (DVD) tapi disebabkan beberapa masalah, Family Jewels dipilih. Walaupun dia dah ada versi lanun, katanya tak puas kalau tak ada yang original. Jadi apa ada pada Family Jewels?

Family Jewels didatangkan dengan 2 keping DVD yang memuatkan koleksi muzik video, live dan promo video dari tahun 1975 hingga 1991. Semuanya berjumlah 40 video yang disusun mengikut tahun dan dibahagikan sama banyak mengikut era penyanyi. Era Bon Scott (1975-1980) dalam disc 1, dan era Brian Johnson (1980-1991) dalam disc 2.


Kepada peminat AC/DC, Family Jewels boleh dikira sebagai sesuatu yang wajib dibeli. Setiap video umpama menunjukkan perjalanan karier dan penglibatan mereka dalam industri muzik, daripada Angus Young seperti baru tamat sekolah pada pertengahan 70an, kepada ledakan "Back in Black" di awal 80an, dan sampailah mereka ketika memasuki era 90an.

Walaupun begitu, kepada die hard fan yang sudah beli, dia jadi macam tak lengkap disebabkan baru-baru ni AC/DC ada keluarkan Family Jewels: Disc 3 yang disertakan dalam box set Backtracks (2009). Box set ni memang terbaik (dapat amp dan macam2 lagi) tapi harganya pun terbaik.

Aku tak boleh mengulas dengan lebih lanjut sama ada berkenaan booklet atau lain-lain disebabkan plastiknya belum lagi dibuka (aku hanya menjaga DVD ni sampai tuan dia datang). Jadi aku search kat youtube kalau ada orang upload video unpacking Family Jewels dan aku terjumpa satu..


Unpacking of the AC/DC Family Jewels DVD set. It comes inside of a digi-pack type DVD case and includes an awesome booklet inside. Disc one includes videos from the Bon era and disc two includes videos from the Brian era until 1991 and a summary of the discography.
AC/DC bagi aku antara kumpulan yang produktif dalam mengeluarkan DVD sejak beberapa tahun lepas. Ada beberapa keluaran penting yang harus dimiliki oleh peminat mereka. Antaranya ialah:

1. AC/DC: No Bull (2000)
DVD pertama yang dikeluarkan oleh AC/DC. Kualiti bunyi kurang bagus tapi rasanya telah diperbaiki dalam versi No Bull: The Director's Cut (2008).

2. AC/DC: Live at Donington (2003)
Dirakam pada tahun 1991. Bukan classic line-up tapi performance AC/DC antara yang paling mantap.

3. AC/DC: Plug Me In (2007)
Menurut adik aku, Plug Me In adalah keluaran yang paling dia puas hati buat masa ini.
Boleh tengok dia punya teaser trailer kat SINI.

4. AC/DC: Backtracks (2009)


Belum lagi dimiliki tapi kalau tengok video kat atas ni memang terasa macam nak beli. Box set dengan packaging yang sangat menarik.

5. AC/DC: Live at the River Plate (2011)
Kualiti gambar terbaik, crystal clear tapi performance pada aku kurang menyengat. Keseluruhannya, masih menghiburkan sebagai meraikan kejayaan tour dan album Black Ice (2008).

6. AC/DC: Let There Be Rock (2011)

Keluaran terbaru daripada AC/DC. Konsert yang dirakam pada tahun 1976 buat pertama kalinya dipersembahkan dalam format DVD. Dengar cerita standart edition tadak special features. Jadi kenalah dapatkan yang collector's edition.

-----------------------------

[Mini Entry] Tribute to Bon
..In Memory..
(1946-1980)


Sebelum dunia mengenal growl death metal, mahupun snarl abang Mus (Megadeth), atau sebelum Dee Snider (Twisted Sister) membuat kacau, di situ adanya Bon Scott..


Live Wire

6 comments:

  1. ntah kenapa...susah betul aku nah hadam ACDC ni..

    ReplyDelete
  2. AC/DC best tapi tak larat nak dengar semua album

    bro bagi buang itu Word Verification senang nak komen.

    ReplyDelete
  3. no bull aku suka, pasal lagu2 dia seleksi best zaman ballbreaker. Aku suka sangat, aku ada both videotape dan dvd dua2 original.

    heran nye, direktor dia tak suka dan buat edit baru, jadi yang director's cut ni, tak salah aku angle video semua berbeza dari original.

    Tapi aku sendiri belum tengok yang director cut.

    ReplyDelete
  4. berteromber,

    ini kes berat nih.. ;)

    ----

    dr. ben,

    itu la pasal. last2 dengar airbourne senang.. hehe

    p.s: dah buang word verification

    ----

    deaf,

    director's cut saya pun belum tengok lagi.

    baca komen kat amazon, memang ada perubahan. sound cantik tapi ada orang komplen gambar agak grainy kalau compare dengan no bull yg asal.

    rasanya tak upgrade pun takpa kot, atau beli "let there be rock" yang baru keluar.. :)

    ReplyDelete
  5. antara band yg aku akui hebat tapi aku tak pernah follow...mgkin lpas baca posting kau ni aku try buka hati plk :p

    ReplyDelete
  6. classic line-up era "back in black" semua hidup lagi. semoga terbuka hati.. ;)

    ReplyDelete