Tuesday, October 4, 2011

Kupasan lagu: Siapa sebenarnya Lady D'Arbanville?

Baru-baru ni aku terjumpa satu kaset lama dalam kereta cabuk aku iaitu album kompilasi Remember Cat Stevens. Aku ingatkan kaset tu dah hilang sebab aku dah clear semua kaset yang ada dalam kereta (kaset player rosak beberapa bulan lepas). Jadi kebelakangan ni aku dengar balik lagu-lagu Cat Stevens.

Picture of Lady D'Arbanville by Martin Muir

Antara lagu yang menarik perhatian aku ialah lagu "Lady D'Arbanville". Masa mula-mula dengar lagu ni, aku tak berapa minat sangat. Melodi dia ala madrigal/baroque style, tak macam lagu "Wild World" (yang orang biasa tahu lagu daripada Mr. Big). Kisah lagu ni pun aku rasa lain macam, agak misteri. Siapa Lady D'Arbanville sebenarnya?


"Lady D'Arbanville" (1970)

Kalau diperhatikan lirik lagu ni, penulisnya menceritakan cinta seorang pemuda kepada kekasihnya yang telah mati dan lebih menyedihkan ialah kekasihnya itu seolah-olah mati secara perlahan-lahan di sisinya.
My Lady D'Arbanville
Why does it grieve me so?
But your heart seems so silent
Why do you breathe so low?
Why do you breathe so low?

My Lady D'Arbanville
You look so cold tonight
Your lips feel like winter
Your skin has turned to white
Your skin has turned to white
Kematian seseorang sememang sangat tragik apatah lagi melibatkan orang yang disayangi. Berbalik kepada lagu tadi, biarpun kekasih pemuda itu mati tetapi tidak pada cintanya.
I loved you my Lady
Though in your grave you lie
I'll always be with you
This rose will never die
This rose will never die
Rasa cinta yang disampaikan melalui lagu ni memang hebat sehingga ada yang memainkan lagu ni pada hari pengebumian.
This song means everything to me, it was played at my mothers funeral,and when hearing it, I always think of her, and this song helps me to realise that she is gone.*songmeanings.net
Sebuah lagu yang berjaya meninggalkan kesan pada hati seseorang sememangnya lagu yang digarap dengan baik oleh penulisnya dan tidak hairan, lagu ini sebenarnya ditujukan kepada kekasih Cat Stevens sendiri iaitu Patti D'Arbanville.

Tetapi tahukah anda, Patti D'Arbanville sebenarnya tidak mati? Dia adalah kekasih lama Cat Stevens dan masih hidup hingga ke hari ini. Yang mati sebenarnya adalah cinta Patti D'Arbanville kepadanya.

Patti D'Arbanville yang kini berusia 60 tahun.

Seperkara lagi, Patti D'Arbanville juga dikatakan telah menjadi inspirasi kepada satu lagi lagu Cat Stevens yang terkenal, tak lain tak bukan.. "Wild World".

-------------
P.S: Ada orang dengar lagi ka lagu pakai kaset?


6 comments:

  1. Dalam simpanan aku masih ada 100++ kaset lagi...tapi memang jarang dengar dah...pasal mostly aku dah upgrade ke cd...dan kalau yg tak upgrade pun aku just download...

    btw..aku tak berapa familiar ngan lagu2 Cat Stevens...tapi zaman Yusuf Islam ada jugak dengar..

    ReplyDelete
  2. aku suka lagu nie, rentak dia best... matured, apapun citarasa cat steven a.k.a yusuf islam mmg best, tgk ar Patti D'Arbanville pun... dah tua pon masih jelita lagi... salute!!

    p.s: tukar ja kaset player ang tuh, wat muzium perang.. hak3 :p

    ReplyDelete
  3. best...aku suka posting kau ni...cerita lah lagi benda2 yg mcm ni utk next posting ye..

    p/s : gua still layan kaset...kaset rulez!!!

    ReplyDelete
  4. berteromber,

    peh.. banyak jugak tuh!

    ---

    mr. fix,

    aku ingat nak cari radio yang ada rupa klasik kasi feel lebih sikit..hehe

    ---

    darkshahrulez,

    tenkiu. yeah, kaset memang rulez!

    ReplyDelete
  5. hebat isi-isi blog ni. Patti D'Arbanville cantik sampai tua ya..

    ReplyDelete
  6. faithcraft,

    tak hebat mana pun, baru lagi blog ni. anyway, thanks for your visit bro!

    ReplyDelete