Thursday, October 6, 2011

Steve Jobs: Perginya Jiwa Seorang Hippie

1955-2011

Dunia pada hari ini digemparkan dengan berita kematian Steve Jobs, seorang individu yang dikenali sebagai pengasas syarikat Apple. Kehilangannya sedikit sebanyak memberi kesan kepada segelintir masyarakat kerana daya inovasi serta cara pemikirannya memberi inspirasi dan berjaya mengubah dunia khususnya dalam bidang teknologi.

Walaupun aku bukan pengguna produk keluaran Apple, aku ingin berkongsi beberapa perkara yang aku tahu mengenai insan bergelar Steve Jobs ini. Pada bulan April 1977, Steve Jobs dengan rakan setugasnya Steve Wozniak memperkenalkan Apple II, komputer peribadi pertama yang komersial.

Steve Wozniak and Steve Jobs

Dalam dokumentari History Channel Special: Hippies (2007), Steve Wozniak ada menerangkan idea disebalik penciptaan komputer itu. Pada waktu itu, mereka sedikit sebanyak terpengaruh dengan idea dan pemikiran yang dibawa oleh hippie.
We were so influenced by the People's Computer Company in Menlo Park, the same area that the hippie thought had come from. The whole hippie thinking was that basically the big wealthy power structure should be undone. We want to turn the balance over and we want to make the small individuals more important. - Steve Wozniak (in History Channel Special: Hippies)
Katanya lagi, Steve Jobs sebenarnya lebih "hippie" daripada dia. Steve Jobs biasanya memakai sandal ala hippie, makan kuaci dan akan pergi ke India untuk mandi di Sungai Ganges tetapi pada masa yang sama juga fokus dengan matlamat hidup dan kerjayanya. Inilah Steve Jobs yang anda kenali sebagai pencipta iPhone.

Setiap peradaban ada kekurangan dan kejatuhannya. Tahun 70an boleh dikira sebagai era kejatuhan hippie tetapi pada waktu itu, Steve Jobs dan Steve Wozniak memperkenalkan dunia dengan teknologi yang dikira sangat canggih. Sedar atau tidak, sumbangan hippie kepada dunia bukan sahaja dari segi budaya dan muzik tetapi juga lebih kepada teknologi. Terima kasih Steve Jobs!

..PEACE & LOVE..
 

5 comments:

  1. aku tak pakai barang apple. Rasanya tak pernah lagi.

    Tapi memang dia ni banyak terlibat dalam merubah cara kehidupan modern dengan gadget2 IT dan hiburan ni.

    ReplyDelete
  2. bro deaf,

    sama la kita, tak minat sgt gadjet2 yg high technology ni..hehe

    tapi sejak tgk dokumentari pasal hippies tu, bru la rasa tertarik sikit dgn dia..

    ReplyDelete
  3. Perkembangan gadjet high ends nie mmg best, tp arus perkembangannya yg terlampau laju susah la nk mgejar...

    klu nk tahu camna Steve Jobs mula2 membina empayar Apple dan mula2 mmperkenalkan Apple II , msti kena tgok history (Pirate Of Silicon Valley). Kat situ Bill Gates pun ada, diorang nie mmg dah jadi pesaing yang hebat dari zaman kolej lagi... mmg best..

    ReplyDelete
  4. mr. fix,

    mcm menarik, nk jgak tgk mcm mana depa dua tu bersaing..

    ----

    matakucing,

    second that!

    ReplyDelete