Wednesday, October 5, 2011

Muzik dan Filem: Terima kasih Cameron Crowe!

Kisahnya bermula dalam dua tahun lepas, satu acara diadakan bagi menghargai dan memperingati pengarah Hal Ashby dan filem cult-nya, Harold and Maude (1971). Acara ni dihoskan Cameron Crowe (sapa yang kaki movie mesti kenal nama nih).

Cameron Crowe and Yusuf Islam.

Yusuf Islam (atau sewaktu dia dikenali sebagai Cat Stevens) telah diberi kepercayaan oleh Hal Ashby untuk menyediakan soundtrack filem tersebut. Melalui Harold and Maude, ada yang berpendapat Cat Stevens antara salah seorang pemuzik yang berjaya mencipta soundtrack terbaik dalam sejarah perfileman.

Walaupun Harold and Maude tidak mendapat perhatian media sewaktu mula ditayangkan, tetapi wujud sekumpulan kecil die-hard fan yang dari hari ke hari semakin membesar. Pelik kan? Mungkin sebab tu Harold and Maude dikatakan satu movie yang 'cult' dan masih lagi dikenang hingga ke hari ini.

Cameron Crowe berjaya menerbitkan album soundtrack Harold and Maude walaupun Cat Stevens dan Hal Ashby tidak mahu berbuat demikian suatu ketika dahulu. Namun, album ini sangat terhad!
Berbalik kepada acara yang dihoskan Cameron Crowe tadi, Yusuf Islam dijemput untuk menyanyikan beberapa lagu. Sebanyak tiga lagu dimainkan. Satu lagu daripadanya adalah lagu yang sangat jarang dimainkan secara live dan lagu itu sebenarnya adalah atas permintaan Cameron Crowe sendiri.

Sedutan video Yusuf Islam di Hal Ashby Tribute.

Sememangnya lagu-lagu Cat Stevens meninggalkan kesan di hati para peminat Harold and Maude termasuklah Cameron Crowe. Yusuf Islam sempat menceritakan bagaimana Cameron Crowe cuba memujuknya  untuk memainkan salah satu lagu yang dia sendiri mengaku sudah lama tidak memainkannya. Sambil mengajuk gaya Cameron Crowe meminta yang katanya seperti kaki buli, akhirnya Yusuf Islam pun bersetuju untuk menyanyikan lagu yang diminta iaitu "Trouble".
There was an audible gasp from the crowd. Tears were heard all around me. The song, such an indelible part of one of the greatest collaborations between artist and film.. - Cameron Crowe
Sayang sekali, satu-satunya video yang ada di youtube hanya tayang tak sampai beberapa saat. Aku berpendapat, kemungkinan lagu tu takkan dimainkan balik secara live melainkan Cameron Crowe yang minta tapi sangkaan aku silap. Selepas dua tahun dari Hal Ashby Tribute, semalam aku terjumpa satu rakaman video di mana lagu "Trouble" dimainkan kembali secara live oleh Yusuf Islam. Jarak rakaman dia agak jauh tapi  yang best-nya, dirakam dari mula sampai habis..


"Trouble" live in Stockholm (2011).

3 comments:

  1. perrhh.. agak jauh dia mbik shot tuh ("Trouble" live in Stockholm 2011)..
    ntah napa lagu bertajuk Trouble byk best & menjadi kegemaran aku dah... mmg masalah... :P
    (Don’t Be Shy) & (If You Want to Sing Out, Sing Out) pun mmg mantap!!!
    antara lagu yg aku layan dlu klu dgar album Cat Steven...

    like,like,like,like!!!

    ReplyDelete
  2. Yusuf Islam is the legend in folk music...lagu best dari dia yg betul2 aku suka sgt ialah Father and Son.

    ReplyDelete
  3. Mr. Fix,

    takpa, janji dia punya sound crystal clear dan yg paling penting sebab dia 'rare'.. ;)

    ----

    Adi Herman,

    "father and son" memang klasik! klu dengar boleh meremang bulu tengkuk.. :)

    ReplyDelete