Wednesday, November 2, 2011

NIRVANA Sliver: The Best of the Box (2005)

Aku baru baca ulasan album Nevermind (20th Anniversary Edition) dari blog Metuk Ulau Underground Voices dan tetiba rasa macam dah lama tak dengar lagu Nirvana. Jadi aku nak cerita serba sedikit salah satu album yang menjadi koleksi aku iaitu Sliver: The Best of the Box.

Cover album (versi CD), aku punya kaset tapi ada di kampung.

Agak ragu-ragu masa nak beli album ni sebab kebanyakan lagu diambil dari demo, live, rehearsal atau dengan kata lain lagu-lagunya bukan lagu yang bersih. Memikirkan waktu itu (tahun 2005) album ni dikira sebagai keluaran terbaru dan lagu pun banyak, aku pun terus beli.

Masa mula-mula dengar, kualiti bunyinya tak begitu bagus (seperti yang dijangka) dan vokal Kurt Cobain pun ada yang lain macam. Ironinya, susah juga album ni nak keluar dari walkman aku. Bunyinya yang raw memberi satu feel yang lain macam mungkin.



Seleksi lagunya agak menarik dan juga rare yang disusun mengikut tahun. Jadi, album ni umpama membawa pendengarnya kembali melalui jalan yang suatu ketika dahulu ditempuhi oleh Nirvana apatah lagi sambil membelek inlay yang memaparkan gambar-gambar penuh nostalgia.

Di bawah aku letakkan tracklist lagu dengan infonya sekali. Info lebih lanjut boleh tengok Wikipedia.
  1. "Spank Thru" (December 1985 Fecal Matter demo) – 3:45
  2. "Heartbreaker" (March 1987 show in Raymond, WA) – 2:59
  3. "Mrs. Butterworth" (Summer 1987 band demo) – 4:05
  4. "Floyd the Barber" (January 23, 1988 show in Tacoma, WA) – 2:33
  5. "Clean Up Before She Comes" (1988 home demo) – 3:12
  6. "About a Girl" (1988 home demo) – 2:44
  7. "Blandest" (June 6, 1988 studio session in Seattle, WA. Produced by Jack Endino) – 3:56
  8. "Ain't It a Shame" (August 1989 studio session in Seattle, WA) – 2:02
  9. "Sappy" (January 1990 studio session in Seattle, WA. Produced by Jack Endino) – 3:33
  10. "Opinion" (September 25, 1990 KAOS radio show) – 1:35
  11. "Lithium" (September 25, 1990 KAOS radio show) – 1:49
  12. "Sliver" (1990 home demo) – 2:10
  13. "Smells Like Teen Spirit" (March 1991 boombox demo) – 5:40
  14. "Come as You Are" (March 1991 boombox demo) – 4:10
  15. "Old Age" (May 1991 studio session for Nevermind) – 4:21
  16. "Oh, the Guilt" (April 1992 studio session in Seattle, WA) – 3:25 (Also a limited edition split single in 1993)
  17. "Rape Me" (May 1991 solo acoustic home demo) – 3:23
  18. "Rape Me" (October 1992 studio session in Seattle, WA) – 3:03
  19. "Heart-Shaped Box" (January 1993 studio session in Rio de Janeiro, Brazil) – 5:32
  20. "Do Re Mi" (1994 boombox demo solo acoustic) – 4:24
  21. "You Know You're Right" (1994 boombox demo solo acoustic) – 2:30
  22. "All Apologies" (undated boombox demo solo acoustic, circa 1992) – 3:33

13 comments:

  1. Dr. Ben,

    waktu tu (sekitar tahun 2005) walkman elok lagi. jadi memang beli kaset tapi tak lama lepas tu walkman dah rosak..

    ReplyDelete
  2. deaf-angel,

    tetiba terfikir..

    sekarang klu dengar walkman atas bas atau komuter sambil angguk2 kepala, apa agaknya reaksi orang kat situ? ;)

    ReplyDelete
  3. tengah berkira2 nak rembat Nirvana Nevermind anniversary edition atau tak :(

    ReplyDelete
  4. ni kira the best song dari boxset "with the light out" tahun 2001. cuma additional song dari demo fecal mater, & smells.. & come as..dari boombox demo.

    ReplyDelete
  5. Mr. Fix,

    huh? dasat..

    ---

    darkshahrulez,

    itu la, tengok packaging mcm menarik..

    ---

    matakucing,

    yup! additional song tu mmg terbaik especially demo fecal matter pasal ada dale crover (melvins)..

    ReplyDelete
  6. Album Nirvana yang title "Sliver" ini mengumpulkan lagu2 yang terbaik dari Boxset mereka iaitu "With The Lights Out" - Boxset yang lengkap dengan koleksi CD album Nirvana serta demo, lagu2 dari kaset simpanan peribadi Kurt serta DVD live mereka, perghh skrg susah nak cari boxset ni, dulu aku pernah tengok kat satu kedai jual CD di Pertama Complex, harga boxset ni masa tu almost RM500 (perghh mahal tapi berbaloi for die hard fan)

    ReplyDelete
  7. adi herman,

    RM500? perghh.. memang berbaloi untuk die hard fan macam matakucing..hehe

    ReplyDelete
  8. Wah tulisan artikel tentang musik dsri tahun 2011 ini, masih terbaca di 2022 yak

    ReplyDelete
  9. I saidddd so... nirvana.... nirvana...

    ReplyDelete