Thursday, November 17, 2011

NEIL YOUNG Sugar Mountain: Live at Canterbury House 1968

Kalau bukan sebab ada orang tepuk tangan, sampai ke hari ini aku takkan tahu yang lagu "Sugar Mountain" sebenarnya dirakam secara live. Lagu yang dimuatkan dalam album kompilasi Decade (yang aku download masa zaman P2P Limewire dulu) sebenarnya diambil dari persembahan live Neil Young di Canterbury House (1968) dan tak pernah pun ada versi studio.

Sugar Mountain: Live at the Canterbury House 1968

Untuk pengetahuan, persembahannya di Canterbury House tak pernah dikeluarkan secara rasmi dalam sebuah album. Hanya selepas 40 tahun kemudian, barulah kesemua lagu daripada persembahan itu dikeluarkan secara rasminya dalam album Sugar Mountain: Live at the Canterbury House 1968 yang baru aku beli beberapa hari lepas.

Neil Young ketika itu berumur 22 tahun dan belum dikenali ramai sebagai artis folk ternama seperti Bob Dylan, juga belum dikenali dengan penggunaan distortion yang berat bunyinya, juga belum disenaraikan antara gitaris terhebat dunia. Maka album ini sememangnya ada nilai tersendiri kepada yang mengikuti hasil kerja Neil Young.

CD & DVD Audio

Ketika album ini dirakam, Neil Young baru saja berpecah dari kumpulannya iaitu Buffalo Springfield dan belum mengeluarkan mana-mana album solo. Disebabkan itu, terdapat beberapa lagu Buffalo Springfield dan lagu ciptaannya untuk album solo yang bakal diterbitkan kemudian. Kesemua lagu dimainkan secara akustik dengan gayanya yang tersendiri dan rata-ratanya berbeza dengan versi studio.

Antara lagu yang aku suka nak dengar selain "Sugar Mountain" ialah lagu klasik Buffalo Springfield iaitu "Mr. Soul", "Expecting to Fly" dan lagu dari album solonya iaitu "The Loner" dan "I've Been Waiting for You". Tak semua lagu dalam album ini aku biasa dengar tapi kalau dah biasa dengan lagu akustik folk dia, lagu dalam album ini pasti tak menjadi satu masalah.



Secara keseluruhan, satu persembahan akustik yang kemas, kedengaran sangat tenang dan bersahaja, sudah tentu tiada gitar solo yang bingit bagi persembahan sebegini, hanya Neil Young dan gitar akustiknya dan bertambah menarik lagi apabila disulami dengan interaksi antara penonton.

Banyak perkara yang dibualkan, antara yang membuatkan aku ketawa dan tersengih ialah kisah pengalaman kerjanya di kedai buku sebelum dibuang kesan daripada pengambilan pil diet. Tak bosan aku dengar dia cerita walaupun ulang banyak kali!

Bagi aku, ini satu belian yang sangat berbaloi apatah lagi dibeli dengan harga runtuh (hanya RM 9.90) di Artist Gallery 1st Avenue Shopping Mall yang baru dibuka berdekatan Komtar, Pulau Pinang.

5 comments:

  1. Fix Dervish,

    nama baru nampak.. ;)

    masa tu ang dah nak p futsal, aku sempat tunjuk cd Penang Metal Tyrants tu ja. esok tu aku dah balik jadi mmg tak sempat tunjuk..hehe

    ReplyDelete
  2. suka aku baca tentang taste musik ko.

    ReplyDelete
  3. deaf-angel,

    baru nak explore muzik sebenarnya..hehe

    ---

    Fix Dervish,

    nice name and blog too..

    ReplyDelete