Sunday, November 20, 2011

PELANCARAN ALBUM SULUNG MONOLOQUE

Selepas tiga entry pasal Neil Young, ini pula ada berita yang aku ingin kongsi kepada penggemar muzik tempatan yang dahagakan material terbaru..
PELANCARAN ALBUM SULUNG MONOLOQUE
Dijemput datang beramai-ramai bagi memeriahkan majlis sidang akhbar album sulung monoloQue iaitu JejakTanah : Hikayat Halimunan Abad ke-21, Corak 1

Tarikh : 21hb November 2011 (Isnin)
Masa: 3:00 - 6:00 petang
Lokasi: Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur

(SUMBER)

Secara peribadinya, berita album sulung monoloQue memang eargasm! Aku sendiri pernah bertanya kepada Loque berkenaan albumnya masa hadir di salah satu gig mereka. Itu cerita lama ketika aku dan dua orang lagi sahabat aku memberanikan diri untuk bersemuka dengan hero Butterfingers kami dan persoalan itu kini telah pun terjawab..

Bagi aku, gig monoloQue yang aku tengok masa tu sememangnya satu kejutan dan pengalaman yang tak dapat dilupakan. Loque baru balik dari Berklee College of Music dan monoloQue yang aku tahu ketika itu ialah Loque yang diiringi oleh Adam (keyboard) tetapi tibanya di gig, monoloQue bermain lengkap sebagai sebuah band dengan kemasukan Kadak (bass), Loko (drum) dan Ijoo (guitar).


Selepas monoloQue habis main, aku terserempak dengan Kadak dan dia minta komen. Aku cakap "Perghh.. Psychedelic!". Dia ketawa..
Sebenarnya, tak ramai yang tahu dan hadir masa gig tu. Maklumlah, monoloQue ketika itu masih baru lagi dan belum dikenali seperti hari ini. Sedikit sebanyak membuatkan aku bangga menjadi sebahagian kepada pergerakan awal mereka dan aku harap album sulung monoloQue mendapat perhatian yang sebaiknya!

----------
P.S: Kredit kepada Izan dan Loq (Lokman) untuk video pada hari itu.
  

4 comments:

  1. matakucing,

    yeah! loque pun nampak banyak benda dia buat dlm jangka 2 tahun dia balik msia..

    ReplyDelete
  2. wow bertuah nya dapat nengok diorang perform live..best bro!

    ReplyDelete
  3. adi herman,

    memang best.. first show tu tak ramai datang, boleh kira dengan jari tapi show dia memang terbaik, lighting psychedelic habis!

    ReplyDelete