Thursday, December 15, 2011

I wanna drink some fucking blood!

Terasa agak malas nak update blog, dengan pelbagai urusan yang memeningkan kepala sememangnya membantutkan lagi niat untuk berblogging. Biarpun begitu, bak kata Neil Young, "Rock n roll can never die.."


Dua album yang baru masuk rak, Mastodon The Hunter (2011) dan Paul McCartney, Memory Almost Full (2007).
Di sebalik kepeningan dan kemalasan itu juga aku ingin berkongsi satu lagu yang aku dengar sejak dua menjak ini iaitu lagu baru dari Mastodon, "Blasteroid"..


"Blasteroid"
Lagu yang paling pendek dalam album The Hunter. Kepada yang pernah dengar album Crack the Skye (2009), tiada lagu yang panjangnya melebihi 10 minit untuk album kali ini. Rata-rata dalam lingkungan 3 hingga 4 minit, paling panjang pun dalam 5 minit.

Berbalik kepada lagu "Blasteroid", mungkin lagu ini biasa, tiada gitar solo tapi aku suka dengan riff dia, jeritan chorusnya membuatkan aku teringat kepada lagu awal Mastodon dan ianya juga sesuai untuk memulakan hari yang indah sebelum kembali pening..

P.S: Sudahkah anda tengok senarai Top Ten Albums of 2011 seperti yang dipilih oleh artis dan staf Roadrunner Records? John Myung punya pilihan agak lain macam, jadi sekarang aku tengah cuba layan lagu Death Cab for Cutie.. ;)
  

8 comments:

  1. sesibuk mna pon jiwa totap rockar.. yeah!!! bak kta neil 'muda' haha...

    ReplyDelete
  2. kinda experimental jgk rilisan mastodon kali ni.... lain skit dari previous album2 mereka... aku xsabaq tunggu gojira 5th upcoming album...

    btw..death cab for cutie tu sngt2 nice... lagu mengimbau time diploma dlu2...hehe

    ReplyDelete
  3. Fix Dervish,

    neil 'muda'? haha..

    ---

    ruhiology,

    patut la macam ada dok dengar pasal Gojira, aku tak follow sangat tapi ada dengar sikit lagu dalam album The Way of All Flesh..

    ReplyDelete
  4. pada pendapat aku, album Mastodon "The Hunter" agak kurang bereksperimentasi berbanding dengan album seperti "Blood Mountain" dan "Leviathan" but it's alright, tak mengapa sebab cubaan kali ini dari Mastodon ialah bukan nak buat lagu panjang gila duration nya, riff2 pelik mcm Mars Volta, akan tetapi melodi dan susunan struktur lagu2 (especially time signature) diberi penekanan total oleh mereka. Hail Mastodon hahaha....

    ReplyDelete
  5. adi herman,

    sebut pasal Mars Volta, dulu pernah try dengar dua tiga lagu, tapi tak boleh masuk, memang pelik lagu dia..haha

    ReplyDelete
  6. ini album belum beli lagi... Aku start dengar Mastodon time Leviathan...terus jatuh cinta sampai sekarang...

    ReplyDelete
  7. flaming skull,

    kena beli la klu camtu..hehe tapi album ni memang lain klu compare dengan Leviathan..

    ReplyDelete
  8. Hmmm...ini akan masuk senarai budget aku bulan depan

    ReplyDelete