Saturday, May 23, 2015

Ulasan Buku: Why I Still Carry A Guitar (2014) oleh Yusuf Islam [Bahagian 2]

Sambungan dari Bahagian 1..

Yusuf Islam berucap sempena majlis pelancaran buku Why I Still Carry A Guitar di Pesta Buku Kuala Lumpur. Kredit kepada Let The Change Be.
Melalui pembacaan buku ini, aku lihat Yusuf / Cat Stevens begitu selesa dan jujur bercakap tentang Islam. Beliau telah memeluk Islam hampir 38 tahun sejak 1977. Pengalaman bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat meluaskan pandangan dan mematangkan dirinya. Aku sangat tertarik dengan kisah-kisah beliau selepas mula memeluk Islam khususnya dalam bab Shahadah, The Community dan The Muslim World. Beliau menceritakan bagaimana beliau berhadapan dengan golongan-golongan seperti Salafi, Jemaah Tabligh, Fiqah dan Sufi. Beliau juga menceritakan pergaulan dengan rakan-rakan lama sehingga berlaku insiden beliau ditumbuk. Perkara seperti ini tidak pernah diceritakan dalam mana-mana dokumentari atau artikel tentang hidupnya.

Secara peribadi, penulisan buku ini mengingatkan aku kepada tokoh pembaharu (mujaddid) Imam al-Ghazali dan bukunya, al-Munqidz min al-Dalal. Dalam buku tersebut, Imam al-Ghazali juga menceritakan perjalanan hidupnya dan menjelaskan mengapa beliau kembali mengajar setelah lama menghilangkan diri. Berbeza dengan al-Ghazali yang akhirnya memilih Sufi sebagai golongan yang benar, Yusuf Islam tidak mahu menyertai mana-mana golongan kerana beliau ada misi tersendiri. Namun setiap golongan yang beliau tempuhi memberi kesan terhadap pembentukan dirinya sebagai seorang Muslim. Misalnya beliau memuji Jemaah Tabligh kerana mengajarnya kepentingan sembahyang dalam waktu dan mengerjakannya secara berjemaah. 

 
Jika sebelum ini kanak-kanak selamanya diajar bahawa ‘A is for Apple’, Yusuf Islam mahu mengubahnya dengan berkata, ‘A is for Allah’.
Pada pandangan aku, misi terawal dan terpenting yang telah Yusuf Islam lakukan ialah pembaharuan dalam bidang pendidikan. Kisahnya bermula apabila beliau memikirkan tentang persekolahan anak perempuan sulungnya, Hasanah. Beliau telah memberi sekeping cek bernilai 40 ribu pound kepada seorang pengarah masjid yang beriya-iya bercakap tentang keperluan sekolah Muslim. Namun beliau kecewa kerana tiada tindakan susulan yang sewajarnya. Lantas beliau sendiri mengasaskan antara sekolah Muslim profesional sepenuh-masa pertama di Britain, Islamia Primary School pada tahun 1983. Perjuangan beliau dalam membangunkan sekolah ini sangat bermakna kerana ia memberi sinar baru terhadap masa depan umat Islam di sana.

Seterusnya, Yusuf Islam turut bergiat aktif dalam kerja-kerja kemanusiaan di serata dunia bersama Muslim Aid (pengerusi pertama 1985) dan terkini, Small Kindness. Pada hemat aku, beliau berjaya menunjukkan betapa al-Qur’an mempunyai kesan yang hebat dalam mempengaruhi gaya hidup seseorang. Kisah beliau memeluk Islam hanya dengan membaca al-Qur’an mungkin menghairankan segelintir Muslim sendiri. Respon beliau,
“Some Muslims were quite baffled as to how it was possible for me to grasp the message of Islam simply by reading an English translation of the Qur’an. Frankly, their attitude baffled me much more. I couldn’t believe how distant some Muslims had become to the overwhelming magnitude of the Qur’an’s message and glaring truth; how numb some were to its incredibly powerful impact. As a similitude, I can only liken it to a group of people who have lived and resided above the clouds on a mountain so long, they became oblivious to it and astonished when a visitor arrives and informs them that they live on a mountain.”
Di samping itu, Yusuf Islam juga seorang yang berpengalaman dalam bidang dakwah. Beliau bersama empat orang warga Britain yang lain telah memulakan sebuah kumpulan kecil bagi menyampaikan mesej tentang Islam di London Central Mosque dan sehingga kini ratusan pengunjung sudah menerima Islam. Berkenaan dengan masalah yang dihadapi oleh umat Islam hari ini, beliau dengan jujur menegur,
“Regrettably, many Muslims inherited Islam at birth and have not necessarily studied it or acquired the skill of explaining the faith very well. A lot make the mistake of assuming everybody already knows the basics. But very few people - including Muslim themselves - possess the motivation to research the subject properly; some folks don’t even have the time to read the instructions on the box of goods or equipment they have just bought from a shop! If a person never gets to know a good practising Muslim, then it is likely that he would be left judging Islam only by the picture provided by the media or a Muslim colleague or neighbour who, because of fear, keeps their faith private in order not to be noticed or targeted by Islamophobes or racists.”
Dengan membaca buku ini, kita dapat lihat bahawa Yusuf Islam ialah seorang pemikir yang kritis. Beliau sangat tidak gemarkan sikap taqlid iaitu mengikut sesuatu perkara tanpa mengetahui asas dan dalil. Namun hal ini tidaklah mengurangi sanjungan beliau terhadap ilmuan Islam terdahulu. Dalam buku ini, Sahih al-Bukhari antara rujukan utama beliau. Menarik apabila beliau menukilkan kata-kata seorang syeikh yang menghadiahkan beliau Sahih al-Bukhari. Menurut syeikh tersebut, “Here is the second most authentic and reliable book to learn and to read after Qur’an.” Ironinya pada satu tempat yang lain beliau mengkritik hadis dalam Sahih al-Bukhari yang mengharamkan alat muzik sebagai tidak sahih. Bagaimana perkara ini boleh terjadi?

Nantikan bahagian terakhir, insya-Allah..
  

5 comments:

  1. thanks for sharing and making an effort to type all these.

    Aku sebagai seorang yang mengaku tonggang terbalik, kadang2 aku tak dapat menyangkal betapa mana aku berada kat tempat2 yang Islam hanya minoriti, betapa gigihnya umat Islam di negara2 Islam minoriti berusaha untuk pertingkatkan agama. Not something to take for granted tapi gigih kena berusaha pasal backs are against the wall.

    ReplyDelete
  2. tak sabor menunggu sambungan. cliffhanger terbaik. hehehe

    ReplyDelete
  3. Thanks for the info bro.tunggu sambungan dia pulak..hehe

    ReplyDelete
  4. serius terbaik ni post.

    suka perenggan last tu, buat jadi seru dan gian next post hehe

    ReplyDelete
  5. TQ...rasa tak sabar pula nak baca keseluruhan bukunya...

    ReplyDelete