Friday, April 3, 2015

Teguran Suci & Jujur Terhadap Mufti Johor oleh Prof. Dr. Hamka (1958)

 “Macam mana dengan buku Hamka? Hang dah habis baca ka?”
“Dah. Bagi aku menarik. Banyak benda yang dia cerita. Lagi pun, aku boleh relate balik dengan apa yang aku tengok dalam Sang Pencerah.”
Itu kata kawan aku, Fex Darwish selepas aku tanya dia berkenaan buku Hamka, Teguran Suci & Jujur Terhadap Mufti Johor. Buku tersebut sedikit sebanyak ada menceritakan tentang persatuan Muhammadiyah sepertimana dalam filem Sang Pencerah (2010). Untuk pengetahuan, Muhammadiyah ialah gerakan Kaum Muda di Indonesia yang didirikan oleh Kiyai Haji Ahmad Dahlan pada tahun 1912. Hamka atau Haji Abdul Malik bin Abdul Karim bin Amrullah adalah antara tokoh Muhammadiyah.

 
 Karya yang dianggap “The Lost Manuscript”
Diterbitkan oleh Pustaka Dini

Buku ini ditulis oleh Hamka pada tahun 1958 yang mana menurut beliau bertujuan untuk membersihkan salah faham di antara umat Islam, baik di Malaya atau di Indonesia yang timbul kerana kenyataan Mufti Johor dalam majalah Semenanjung. Mufti Johor, Sayyid Alwi bin Tahir al-Haddad dalam kenyataannya itu memperkatakan tentang masalah buku Ibadat Rasulullah yang ditulis oleh Ustaz Abu Bakar al-Asha’ari yang katanya tiada guna kerana mengelirukan orang ramai. Namun, beliau dilihat lebih banyak memperburukkan Kaum Muda khususnya di Indonesia.

Mufti Johor menyatakan bahawa masalah berkenaan Kaum Muda dan Kaum Tua ini pada asalnya bermula di Turki dan beliau mengaitkan Kaum Muda di Turki dengan Kaum Muda di Indonesia. Hal ini sama sekali tidak dipersetujui oleh Hamka kerana menurut beliau, Kaum Muda di Turki (Turkiyyatul Fatah) ialah gerakan politik, bukan gerakan agama. Manakala Kaum Muda di Indonesia pula ialah gerakan agama semata-mata yang membincangkan masalah ijtihad dan taqlid, terutama dalam soal ibadat dan akidah. Asalnya dibawa ke Sumatera oleh orang-orang Minangkabau yang datang dari Mekah. Turut memainkan peranan ialah ayah Hamka sendiri.

Kemudian, Mufti Johor menyatakan bahawa Kaum Muda di Indonesia banyak menimbulkan was-was sehingga menyebabkan 10 juta rakyat Indonesia memeluk agama Kristian. Hamka selaku Ahli Agama (Pegawai Tinggi Kementerian Agama) yang dilantik oleh Republik Indonesia membantah dengan mengemukakan statistik bancian pemeluk agama negara itu. Bahkan menurut Hamka, perkumpulan Islam yang mula-mula sekali menentang diayah orang-orang Kristian ialah Kaum Muda Muhammadiyah dengan mendirikan sekolah, rumah-rumah sakit serta tempat memelihara anak yatim dan orang miskin. Adapun Kaum Tua ketika itu hanya tahu menghina usaha mereka.

Sang Pencerah (2010)
Filem biografi pengasas Muhammadiyah, K.H. Ahmad Dahlan.

Selanjutnya, dakwaan-dakwaan lain oleh Mufti Johor seperti Kaum Muda menyebabkan 30 juta rakyat Indonesia menjadi komunis, Kaum Muda mengambil fatwa dari Qadiani, Kaum Muda tidak percaya kepada beberapa tiang-tiang agama Islam, hukuman kafir terhadap orang Islam yang ingkar akan kenajisan babi serta tuduhan bahawa Ustaz Hassan Bandung menafsirkan al-Quran menurut teori Darwin dan Freud juga dijawab dengan mudah dan bijak oleh Hamka. Tidaklah aku berhajat untuk mengupas satu persatu. Hamka mengaku adakala penulisannya keras, namun bukan atas dasar permusuhan, tetapi atas dasar hormat dan kasih.

Pada pandangan aku, buku ini sesuai dibaca kepada mereka yang ingin mengenal sejarah dan polemik agama yang terjadi di antara Kaum Tua dan Kaum Muda. Menarik apabila Hamka bercerita mengenai tokoh Kaum Muda di Malaysia iaitu Syeikh Tahir Jalaluddin yang gigih mendidik masyarakat tentang sunnah melalui risalahnya biarpun usia hampir mencecah 90 tahun. Risalah itu bertajuk Risalah Penebas atas Bidaah-bidaah di Kepala Batas. Juga pujian Hamka kepada Ustaz Abu Bakar al-Asha’ari dan Ustaz Mustafa Abdul Rahman atas usaha mereka menerangkan ilmu agama yang diibaratnya sebagai bintang-bintang yang berkelap-kelip di langit Malaya.

Seterusnya, melalui buku ini aku melihat Hamka ingin menyampaikan mesej agar kita membebaskan diri kita daripada belengu taqlid (blind following or second-hand belief). Dalam erti kata yang lain, janganlah kita mudah menerima atau mengamalkan apa sahaja kata-kata orang sekalipun ianya seorang syeikh atau ulama besar melainkan kata-katanya itu berdasarkan al-Quran dan hadis. Hamka menukilkan kata-kata Imam Malik, Imam al-Syafi’i, Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad bin Hanbal bagi menunjukkan keutamaan al-Quran dan hadis sebagai sumber agama. Kesimpulannya, polemik seperti ini perlulah dihadapi dengan ilmu dan adab.

P/S: Menarik koleksi buku-buku Hamka di blog PC Kokak dan ulasan novel Hamka, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck di blog Xyrus Zone.. 
  

13 comments:

  1. Muhammadiyah up till today in Singapore ialah sebuah pertubuhan yang menyediakan rumah anak yatim, anak2 masalah dan sebagainya.

    Aku tak paham sangat tentang apa2 perbezaan pendapat, tapk aku always like them for their charitable and commjnity work.

    ReplyDelete
  2. thanks for that info bro!

    dalam Sang Pencerah ada tunjuk scene KH Ahmad Dahlan bantu masyarakat di kampung dia, bagi makanan, pendidikan etc..

    tapi malangnya dia dihina dan dikafir dek kerana perbezaan pendapat..

    ReplyDelete
  3. thanks info pasal filem Sang Pencerah...

    ReplyDelete
  4. Fuh..lama menyepi bro.tapi sekali update memang terbaik info nya.pernah dengar pasal filem sang pencerah,tapi susah betul nak jumpa dvd nya.buku ni pun baru tau harini.tq so much for the info.

    ReplyDelete
  5. Kagum dengan struktur dalam organisasi depa nih..

    kalu x salah cucu kh ahmad dahlan nie adalah antara top “The World’s 16 most Influential Muslim Scientists”, Winai Dahlan..

    dulu pernah jgak dgar org kata, muhammadiyah nie bwk mazhab baru depa sndiri.. hehe

    p.s : jgn lupa tanda harga tu.. :p

    ReplyDelete
  6. terima kasih bro review ni... tulisan bro ni buatkan buku ni jadi tambah menarik bagi aku!

    mesej ''agar kita membebaskan diri kita daripada belengu taqlid'' di semua buku Hamka yg aku baca. perlunya sifat 'rebel' supaya tak taklid buta, 'revert', terus belajar dan seterusnya matang dlm beragama.

    ReplyDelete
  7. [UPDATE] sedikit pindaan dibuat pada perenggan terakhir sebelum ini dengan menghuraikannya menjadi dua perenggan..

    begitu juga ada artikel yang menarik bertajuk Sumbangan Syeikh Tahir Jalaluddin (1860-1965M) terhadap Perkembangan Fiqh di Nusantara dan Tafsiran Fiqh Syeikh Abu Bakar al-Ashaari: Satu Anjakan Paradigma yang mana link telah aku letak pada nama-nama mereka.

    ReplyDelete
  8. Deaf Angel,

    forgot to mention, this book originally published by Persatuan Muhammadiyah Singapura..

    ---

    Berteromber,

    you're welcome..

    by the way, orang Johor kena dapatkan buku ni.. hehe

    ---

    Rafi,

    buat masa ni memang belum pernah jumpa lagi kat kedai..

    kalau belum tengok, kat youtube masih ada lagi movie ni....

    ---

    Fex Darwish,

    thanks for that info!

    tanda harga dah melekat kuat..

    ---

    PC Kokak,

    setuju, terus belajar dan matang dalam beragama..

    buat review buku Hamka satu bro, bagi viral Hamka..

    ReplyDelete
  9. Tulisan semakin matang & bernas..Steady orang muda...

    ReplyDelete
  10. terima kasih bro, in sya allah klu berkesempatan aku nak baca buku ni,

    ReplyDelete
  11. Sampai sekarang belum tengok filem Sang Pencerah, Dr. Maza berapa kali suggest tgk tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. patut kena suggest kat Dr. Maza buat tayangan filem tu, wayang pacak.. hehe

      Delete