Tuesday, April 21, 2015

Socrates: Ahli Hikmah yang Mulia dan Zuhud

The way it began was that somebody had asked the Oracle at Delphi (always a bad idea) whether there was anyone in Greece wiser than Socrates.

‘No,’ came the answer. (Less obscure than many Delphic pronouncements, but troublemaking nonetheless.)

Socrates was shocked, because he knew that he wasn’t wise, so he set about looking for people who were wiser than he was. He asked an important priest to define piety.

‘It means honouring the gods and doing their will,’ said the priest.

‘But we have lots of gods,’ said Socrates, ‘and our myths say that they often quarrel among themselves. If two gods are quarrelling, which of them do I honour?’

There was, of course, no answer for that.
Petikan dialog Socrates (470-399 SM) di atas aku ambil daripada buku A Classical Education (2013) oleh Caroline Taggart. Buku ini menceritakan banyak perkara tentang zaman klasik Greek dan Roman yang disampaikan dengan ringkas dan santai. Terdapat 10 bab bermula dengan The Wordy Stuff: Classical Languages, The Made-Up Stuff: Religion and Mythology, A Detour: Crete, The Old Stuff I: Ancient Greek History, The Old Stuff II: Roman History, The Posh Stuff: Classical Literature, The Fancy Stuff: Architecture and Art, The Clever Stuff I: Math, Sciences and Invention, The Clever Stuff II: Philosophy and the ‘Liberal Arts’ dan yang terakhir, A Bit of Light Relief: The Games. Baru dibeli bulan lepas. Terima kasih Big Bad Wolf Sale 2015!

A Classical Education (2013)

Kembali kepada Socrates, beliau dikatakan sebagai bapa kepada falsafah Greek selain muridnya iaitu Plato. Kemudian, cara berfikir atau logik yang betul, bersifat formal dan sistematis disempurnakan oleh Aristotle. Berkenaan pendekatan yang diguna oleh Socrates, hal ini membuatkannya dituduh merosakkan pemikiran anak muda di Athens. Menurut Imam Shahrastani dalam bukunya, Agama dan Ideologi (al-Milal wa al-Nihal), Socrates ialah seorang ahli hikmah yang mulia dan zuhud. Beliau meninggalkan keseronokan dunia dan sibuk dengan latihan jiwa serta pembersihan akhlak. Socrates melarang pemimpin-pemimpin pada zamannya daripada melakukan syirik dan menyembah berhala, tetapi mereka menentang dan membuat keputusan untuk membunuhnya. Lalu, beliau dipenjara dan diberi minum racun (hemlock).

The Death of Socrates

Menurut Dr. Mohd Farid Mohd Shahran dalam buku Akidah dan Pemikiran Islam: Isu dan Cabaran, ketika kerajaan Athens menjatuhkan hukuman mati ke atas Socrates, kawannya Crito telah menasihati beliau supaya melarikan diri dari kota tersebut kerana apa yang beliau pertahankan ialah nilai-nilai yang luhur. Socrates enggan kerana beliau tidak mahu menentang undang-undang negara Athens sambil berpegang bahawa tindakan itu juga merupakan nilai luhur yang harus dipertahankan. Akhirnya, tamatlah riwayat hidup seorang tokoh pemikir yang diistilahkan oleh muridnya, Plato sebagai manusia paling baik, bijaksana dan adil. Untuk pengetahuan, perkataan falsafah berasal daripada Greek, philo (cinta) dan sophos (hikmah, kebijaksanaan), yang bermakna cinta pada kebijaksanaan (love of wisdom) atau pada kebenaran dan keutamaan.

Peter Murphy - Socrates the Python

P/S: Bacaan selanjutnya tentang peranan Socrates dalam menghadapi golongan Sofis (Sophists) dan cabaran penisbian nilai serta perbahasan tentang akal, logik dan intelektualisme dalam Islam bolehlah merujuk buku Akidah dan Pemikiran Islam: Isu dan Cabaran. Buku Imam Shahrastani, Agama dan Ideologi banyak mengutarakan pandangan Socrates tentang ketuhanan. Juga menarik untuk dibaca ialah buku Menjadi Intelektual oleh Dr. Abdul Rahman Abdullah yang membincangkan tentang sejarah ilmu dan falsafah ilmu. Selamat membaca dan rock on!
  

6 comments:

  1. dulu aku confuse dekni ngan Brazil nye kapten ada janggut tu. Dah tu Socrates Brazil pun ada sijil jadi doktor. Lagi aku confuse

    ReplyDelete
  2. terbaik la bro..nice info.yang tau Socrates ni memang bapa falsafah,tapi tak tau pasal riwayat hidup beliau..
    btw,minggu ni start dari jumaat 24/4 sampai 26/4 ada book fair kat pwtc bro.dtg bro jangan tak datang..hehe

    ReplyDelete
  3. Terimakasih. Saya agak jarang dapat menghabiskan bacaan berat. Cepat mengantuk. Posting sebegini boleh menaikan semangat untuk terus membaca...

    ReplyDelete
  4. Cuba baca buku A History Of God pulak (Karen Armstrong).

    ReplyDelete
  5. Deaf Angel,

    Boleh tahan rupanya kapten Brazil..

    ---

    Rafi,

    Perghh.. ini satu godaan!

    Buku PBKL tahun lepas tak habis baca lagi.. hihi

    ---

    Berteromber,

    You're welcome..

    Mari kita habiskan yang mana belum habis!

    ---

    Dr. Bentara,

    Insya-Allah, akan cuba baca..

    ---

    PC Kokak,

    Thanks for that info!

    ReplyDelete