Friday, March 28, 2014

Society: Holocaust (A Circle of Friends, 1993)

Patutlah aku dengar suara lain macam, memang bukan lagu Society pun! Ini mesti kes tersilap cetak sampaikan tukang upload pun tak sedar. Ok, apa yang aku maksudkan di sini ialah lagu kumpulan Society dalam album kompilasi A Circle of Friends (1993) yang aku dengar di YouTubeSuara penyanyinya tak seperti yang biasa aku dengar.

Society - Holocaust

Agaknya ramai yang tak sedar sebab ulasan yang aku baca di blog Dissecting the Euphony pun tak menunjukkan yang mereka sedar tentang perkara ini. Lagu yang sebetulnya setelah disahkan sendiri oleh abang Meor selaku frontman kumpulan tersebut ialah seperti yang aku letak di atas yang mana ia dinyatakan sebagai lagu daripada kumpulan Commoner. Kata abang Meor mengenai album kompilasi ini,
Ini antara album terawal untuk genre alternatif di Malaysia. Kredit untuk Joe Kidd as a producer..
Membaca komen di YouTube pula menunjukkan kepada aku yang lagu ini ada kekuatannya yang tersendiri. Lagu dan liriknya berjaya mengembalikan memori, kenangan atau nostalgia kepada pendengarnya yang hidup di era tersebut. Malah, apabila dibandingkan views untuk lagu ini dengan lagu-lagu kumpulan lain, ianya jauh lebih tinggi serta berjaya mengatasi kumpulan yang lebih well known seperti Flop Poppy, Subculture dan Spiral Kinetik Circus. Nampaknya lagu ini bertaraf kvlt!

_________________
P.S: Ulasan album solo terbaru Meor, Redup (2013) boleh dibaca di blog Krenmaut
  

9 comments:

  1. Perghh kaset A Circle Of Friends aku pernah pinjam kat member aku semasa sekolah dulu...byk memori album ni....masa ni Radhi masih jadi vokalis Flop Poppy

    ReplyDelete
  2. Meor ni berjiran dan teman sepermainan dengan aku time kekecik dulu...:0)

    ReplyDelete
  3. Adi Herman & Berteromber,

    generasi baru macam saya sempat dengar melalui youtube aja..

    ---

    Deaf Angel,

    ye, lama jugak.. hilang arah.. heheh

    ---

    Wan Beruas,

    abang Meor pun cakap benda yang sama masa saya jumpa dia dulu..

    ReplyDelete
  4. very nice posting and welcome back !

    ReplyDelete
  5. Moga berderau idea dan perkongsian dalam penulisan anda..

    Kaboi Tanduk patut kata : "I'm back..." hehe :)

    ReplyDelete
  6. sebenarnya laptop saya hilang, kena curi.. and yes I'm back, party on!

    ReplyDelete