Penulisan entri ini adalah berdasarkan komen aku di Facebook terhadap mereka yang menggambarkan Ustaz Azhar Idrus (UAI) sebagai seorang ahli agama yang cuba menjauhkan umat Islam daripada ilmu sains melalui satu video beliau baru-baru ini.
Ustaz Azhar Idrus - Sains Menipu Manusia
Saya agak terkejut, tetapi apabila dinilai semula, ianya tidaklah seteruk mana. Pada mulanya, UAI mungkin dilihat membakul-sampahkan ilmu sains. Namun kita masih boleh bertoleransi dalam hal ini dengan mengatakan ia hanya dituju kepada Teori Big Bang sahaja. Setahu saya, tidak semua ahli sains menerima sepenuhnya teori ini. Ambil contoh mudah Dr. Danial Zainal Abidin yang menerima teori ini seperti yang ditulis di dalam bukunya, Quran Saintifik. Kemudian kita lihat pula kritikan oleh Prof. Shaharir Mohamad Zain terhadap bukunya itu - http://me.leokid.my/kritikan-quran-saintifik-karya-dr.../
Ustaz Azhar Idrus - Matahari atau Bumi Mengelilingi?
Persoalannya di sini, adakah benar UAI membakul-sampahkan ilmu sains? Hakikatnya tidak. Beliau di sini seperti ahli sains lain yang cuba memberi kritikan cuma kritikannya tidaklah saintifik. Untuk pengetahuan, ada sahaja pandangan beliau yang menerima ilmu sains. Malah ada satu ketika beliau secara tidak langsung membantah pendukung Teori Geosentrik khususnya di kalangan umat Islam sendiri yang mengatakan bahawa Bumi adalah pegun dan bertindak sebagai pusat alam semesta atas dasar tafsiran mereka terhadap zahir ayat al-Quran - http://www.youtube.com/watch?v=Qq1J59QsY2w
___________________
P.S: Perbahasan lanjut Prof. Shaharir Mohamad Zain mengenai penolakan teori Big Bang boleh dibaca pada buku Kritikan Teori Kenisbian & Teori Quantum.
___________________
P.S: Perbahasan lanjut Prof. Shaharir Mohamad Zain mengenai penolakan teori Big Bang boleh dibaca pada buku Kritikan Teori Kenisbian & Teori Quantum.
Thank you for sharing..
ReplyDeleteBetul..tak ramai saintis yg terima teori big bang ni.apa pun entri ni memang terbaik.tq bro..lain org lain pandangannya kan..mungkin cara penyampaian UAI tu ramai yg tak berapa nak faham kot
ReplyDeleteaku pun ada terbaca kat facebook pasal ni...
ReplyDeletepada aku instead of ahli akademik yang cerdik pandai tu kritik UAI...dan kata ilmuwan agama tak pandai sains....kenapa tak buat vice versa...why not dia pulak yang mendalami ilmu agama....baru lah kita ada tokoh yang dua2 bidang pun pandai....
just my 2 cents...
Memang sepatutnya 2 paparan video diatas dipasangkan sekali bagi mewujudkan keseimbangan pandangan, bagi yang tidak mengetahui latar belakang dan mendengar ceramah2nya yang lain mungkin akan timbul salah faham..
ReplyDeleteaku setuju, penyampaian dia tidaklah seteruk mana..
you really have to choose the Sains/Sign with 'one-eye' or 'two-eye' for find the truth.
ReplyDeleteWallahualam....ilmu Allah yang Dia beri pinjam kpd kita ni pun kdg2 tak terdaya oleh manusia untuk handle...
ReplyDelete