Thursday, January 31, 2013

Steve Jobs: Music I Like

Tadi aku ada terbaca satu status di facebook daripada Yusuf Islam berkenaan dengan filem biografi Steve Jobs yang bakal ditayangkan April ini. Katanya.
A new Yusuf / Cat Stevens song is in The Jobs Movie! The biopic on Steve Jobs also includes Peace Train.

Arghh.. ini berita memang eargasm! Setakat yang aku cari, belum ada preview untuk lagu baru tu, tajuknya pun tak dimaklumkan lagi. Untuk itu, kita layan dulu "Peace Train"..

Live at Nobel Peace Prize Concert (2006)

Oh ya, sebelum ni aku ada tulis sikit pasal Steve Jobs, boleh tengok SINI. Kata Steve Jobs mengenai dirinya, "I grew up in the apricot orchards that later became known as Silicon Valley, and was lucky enough to have my young spirit infused with the social and artistic revolution of the day called rock and roll. It has never left me." 

Tahukah anda, apa album kegemaran Steve Jobs? Kalau tak tahu, jom kita tengok..

Saturday, January 26, 2013

An Other Cup: The Beloved..


An Other Cup boleh dikatakan satu album yang sangat aku nantikan untuk tahun 2006. Album ini menandakan kembalinya Yusuf Islam (yang dahulunya dikenali sebagai Cat Stevens) setelah hampir 30 tahun meninggalkan industri muzik. Sempat juga aku mengumpul beberapa keratan akhbar berkenaan keputusannya untuk kembali bermain muzik dan menghasilkan album. Yusuf Islam ada alasan tersendiri, katanya,
I feel right about making music and singing about life in this fragile world again. It is important for me to be able to help bridge the cultural gaps others are sometimes frightened to cross.
Banyak temubual lain di mana Yusuf Islam menyatakan hasratnya untuk menghubungkan dunia Barat dan Timur yang seolah-olah tidak ada titik temu, ditambah dengan propaganda Islamophobia yang menyerang kuat ketika itu memburukkan lagi persepsi Barat terhadap dunia Islam. Album ini hadir untuk menunjukkan hakikat bahawa sentiasa ada nilai yang dapat kita kongsi bersama walaupun kita sering menzahirkan perbezaan.


"The Beloved"
~
He opened up the doors of love,
For every heart parched with thirst.
~
 

Monday, January 7, 2013

Aku dahulu seorang photographer.. #3

Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya.

Teringat kata-kata guru aku sewaktu aku mula ditugaskan sebagai seorang jurukamera untuk beberapa majlis di sekolah. Katanya dengan penuh berhikmah, 
Seorang jurukamera yang bagus tidak akan teragak-agak ketika mengambil gambar. Apabila subjek telah dikenal pasti, dia hanya memerlukan tidak lebih dari selangkah sahaja kerana selebihnya akan bergantung kepada kreativitinya untuk mengambil gambar dengan cantik dan kena pada sudutnya walau di mana dia berada.
Kata-kata itu sememangnya menjadi perangsang kepada aku untuk lebih yakin dalam mengambil gambar dengan jujur di samping menggunakan sebaiknya Kodak yang ada.

-----------
P.S: Kodak??
  

Sunday, January 6, 2013

Aku dahulu seorang photographer.. #2

Sambungan dari entry Aku dahulu seorang photographer.. Ini antara gambar favourite aku dari kamera/handphone yang sama, iaitu Nokia 7610 aka Nokia Daun. Banyak kenangan aku dengan handphone nih, sekarang dah tak ada, kena curi..

Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Masjid Putra, Putrajaya.

Gambar seterusnya diambil menggunakan Nokia 2700 Classic. Sejujurnya, gambar yang diambil menggunakan handphone jenis ini dan yang sebelum ini biasanya kurang cahaya dan warnanya pula kurang menyerlah. Jadi untuk menjadikan gambar nampak lebih real dan bermaya, maka aku adjust sedikit dia punya contrast, temperature dan saturation tanpa merosakkan elemen asal seperti garis cahaya, bentuk awan dan sebagainya..

Bukit Raja, Klang.
 

Aku dahulu seorang photographer..

Tadi aku ada belek satu folder lama bertajuk Aku dahulu seorang photographer. Tajuk dia memang agak geli tapi ya, memang aku pernah jadi photographer masa sekolah dulu.. hehe. Di dalamnya ada beberapa keping gambar yang aku ambil menggunakan handphone lama sekitar tahun 2006/2009 dulu. Ini antara gambar yang boleh aku kongsi bersama..
 





   

Friday, January 4, 2013

Mereka akan bunuh kita semua..

The Vulture album teaser

Lebih kurang dua tahun lepas aku ada tulis sikit pasal They Will Kill Us All. Masa tu vokalis asal, Fizul keluar dan diambil alih oleh Edwin, gitaris mereka. Walaupun suaranya jauh berbeza dengan vokalis asal, Edwin aku kira memberi nafas baru kepada They Will Kill Us All. Semoga mereka mendapat perhatian yang sebaiknya dengan album terbaru..