Saturday, January 26, 2013

An Other Cup: The Beloved..


An Other Cup boleh dikatakan satu album yang sangat aku nantikan untuk tahun 2006. Album ini menandakan kembalinya Yusuf Islam (yang dahulunya dikenali sebagai Cat Stevens) setelah hampir 30 tahun meninggalkan industri muzik. Sempat juga aku mengumpul beberapa keratan akhbar berkenaan keputusannya untuk kembali bermain muzik dan menghasilkan album. Yusuf Islam ada alasan tersendiri, katanya,
I feel right about making music and singing about life in this fragile world again. It is important for me to be able to help bridge the cultural gaps others are sometimes frightened to cross.
Banyak temubual lain di mana Yusuf Islam menyatakan hasratnya untuk menghubungkan dunia Barat dan Timur yang seolah-olah tidak ada titik temu, ditambah dengan propaganda Islamophobia yang menyerang kuat ketika itu memburukkan lagi persepsi Barat terhadap dunia Islam. Album ini hadir untuk menunjukkan hakikat bahawa sentiasa ada nilai yang dapat kita kongsi bersama walaupun kita sering menzahirkan perbezaan.


"The Beloved"
~
He opened up the doors of love,
For every heart parched with thirst.
~
 

5 comments:

  1. kalau x silap yg ini album pertama atas nama Yusuf, ada lagi album kedua yg rilis tahun 2010 kalau x silap aku la, siap ada duet dgn Dollie Parton dgn Paul McCartney lagi tu...si Ronan Keating pun pernah berduet dgn beliau utk remake lagu Father and Son. Terbaik bro!

    ReplyDelete
  2. lagu tu tajuk dia "BOOTS AND SAND", setakat ni macam tak main live lagi, kalau dapat main live dgn Paul McCartney memang the best!

    ReplyDelete
  3. sejak zaman hippies lagi dia mencari apa itu PEACE...

    akhirnya dia ketemu jua...

    true hippie...

    peace!

    ReplyDelete
  4. yeah, peace & love! Yusuf Islam salah satu hippies yang masih terus menyampaikan mesej cinta dan keamanan..

    ReplyDelete