Sunday, October 23, 2011

Filem: Stand By Me (1986)

Stephen King antara sebab aku tengok cerita ni. Walaupun sebelum ni kawan aku ada cakap cerita dia best, tapi aku tak tengok sebab aku ingat cerita dia untuk kanak-kanak.

Based on the novella The Body by Stephen King.

Secara ringkasnya, Vern terdengar abang dia bercakap pasal mayat seorang budak yang dijumpai mereka masa nak buang kereta curi. Budak tu sememangnya dicari oleh pihak berkuasa setelah dilaporkan hilang. Jadi, Vern pun cerita kat kawan dia. Akhirnya depa buat keputusan untuk cari mayat budak tu dengan niat untuk jadi hero dan masuk tv.

Walaupun ni cerita lama (tahun 1986), tapi memang disyorkan kepada yang belum tengok. Cerita dia kelakar dan adakalanya mengingatkan kita kepada memori masa kecik dulu. Memang bukan cerita tipikal Stephen King, tapi ceritanya ada nilai tersendiri berkenaan dengan nilai persahabatan dan kekeluargaan.

Berbalik kepada kisah empat orang budak tadi, dalam perjalanan depa ada satu dialog yang menarik perhatian aku dan menimbulkan satu persoalan. Ianya pasal salah satu watak kartun Disney iaitu Goofy.
"Alright, alright. Mickey's a mouse, Donald's a duck, Pluto's a dog. What's Goofy?"
 

Monday, October 17, 2011

Video: ANATHEMA Dreaming Light (2011)


Kehidupan di dunia seolah-olah mati pada waktu malam, tapi tidak bagi aku. Mulanya sekadar mengalami kesukaran untuk tidur (disebabkan beberapa faktor), lama kelamaan menjadi kebiasaan dan banyak perkara menarik yang aku temui sepanjang waktu itu. Antaranya ialah video Anathema, "Dreaming Light".


Anathema, "Dreaming Light" official video.

Aku sebenarnya terfikir lagu yang berentak perlahan atau sesuai dibuat "lullaby" dan lagu dalam album We're Here Because We're Here (2010) terlintas di kepala aku. Bagi aku, lagu-lagu dalam album ni macam ada satu nilai positif bila kita dengar. Walaupun Anathema dikenali dengan irama doom metal tapi semakin lama, hala tuju muzik mereka semakin berubah.

Berbalik kepada lagu "Dreaming Light", kalau sapa yang dah dengar album dia, lagu ni track ketiga dan flow dia memang terbaik bermulanya dari lagu pertama. Susah nak cari album yang seolah-olah mempunyai flow atau kesinambungan dari satu lagu ke satu lagu. Rentak lagu dimulakan dengan alunan perlahan piano dan rentak seterusnya sememangnya memukau dan begitu uplifting.

Videonya masih baru lagi (satu-satunya video untuk album WHBWH), di-upload pada 17 May 2011 walaupun sebenarnya album dah setahun diterbitkan. Pengarah video, Christopher Kenworthy dan videonya berlatar belakangkan peperangan. Kisah tertumpu kepada seorang kanak-kanak yang mencari adik (atau mungkin sahabat) yang terpisah.

Kualiti video memang terbaik (antara muzik video terbaik pernah aku tengok) tetapi adalah lagi baik apabila dapat kita dapat menghayati apa yang hendak disampaikan yang pada aku berteraskan perkara yang paling berkuasa di dunia, iaitu cinta dan kasih sayang.

Suddenly... life has new meaning
Suddenly... feeling is being
Suddenly... I don't have to be afraid
Suddenly... All falls into place

And you shine inside

And love stills my mind like the sunrise
Dreaming light of the sunrise

And you shine inside

And love stills my mind like the sunrise
Dreaming light of the sunrise
Dreaming light and ...

I feel you but I don't really know you

I dreamed of you from the moment I saw you
And I've seen the sunrise in your eyes
The sky... the sea... the light

So live your dream beneath the northern horizon

Be at peace, set your heart in flight again
For the light is truth...
The light is you...


Trivia: Album We're Here Because We're Here dinobatkan oleh majalah Classic Rock sebagai 'Prog Album of the Year'.
 

Friday, October 14, 2011

Pre-listen: MASTODON The Hunter (2011)

26 September 2011

Tak banyak yang boleh aku cakap masa mula-mula dengar lagu "Black Tounge" sebab masih terlalu awal dan album pun belum keluar. Lagu tu pun taklah menarik perhatian aku sangat. Aku hanya beranggapan album kali ni tak macam Crack the Skye (2009) dan Mastodon mungkin akan cuba buat album ala Leviathan (2004).
"It doesn't seem as proggy. There's moments, but it seems more riff-oriented. It seems a little more stripped down." - Brann Dailor
Baru-baru ni aku ada korek balik Mastodon punya youtube channel dan aku dengar lagu "Curl of the Burl". Dua nama terbayang dalam minda aku:


"Curl of the Burl" official video.
  1. Black Sabbath - Aku tak tau sangat kalau nak cerita pasal permainan gitar tapi aku rasa macam ada gaya Iommi masa mula-mula dengar intro lagu ni. Mungkin ayat cliche bila dengar band yang main heavy metal.
  2. Josh Homme - Aku dapat rasa, kali ni depa memang betul-betul "menyanyi". Gaya nyanyian macam Josh Homme (QOTSA).
Lagu ni memang pelik, mungkin sebab dia accessible (macam dengar lagu pop radio?) tapi aku tertarik. Aku dapat rasa hala tuju album kali ni macam mana. Bagaimanapun, terlalu awal untuk judge album yang belum aku dengar semua lagunya.


"Spectrelight"

Aku cuba dengar lagu lain macam "Spectrelight", vokalis undangan Scott Kelly (berapa kali mau nyanyi?) dan lagu "Creature Lives", lagu di mana Brann Dailor (drummer) seolah-olah cuba menjadi seperti Ringo Starr dengan menyanyi dari mula sampai habis. Lagu "The Sparrow" sebagai lagu penutup juga menarik perhatian aku.

Secara keseluruhannya, aku rasa album kali ini cuba menonjolkan kelainan walaupun lagunya tidak lagi seperti lagu dalam Crack the Skye mahupun Leviathan. Ini tindakan yang bagus supaya mereka tidak kedengaran seperti "cover band" kepada band mereka sendiri. Ada lagu yang eksperimental dan ada yang psychedelic. Berbaloi tak untuk cari album ni? Rasanya berbaloi..

P.S: Aku tak dengar semua lagu, nanti tak thrill.. ;)
  

Thursday, October 6, 2011

Steve Jobs: Perginya Jiwa Seorang Hippie

1955-2011

Dunia pada hari ini digemparkan dengan berita kematian Steve Jobs, seorang individu yang dikenali sebagai pengasas syarikat Apple. Kehilangannya sedikit sebanyak memberi kesan kepada segelintir masyarakat kerana daya inovasi serta cara pemikirannya memberi inspirasi dan berjaya mengubah dunia khususnya dalam bidang teknologi.

Walaupun aku bukan pengguna produk keluaran Apple, aku ingin berkongsi beberapa perkara yang aku tahu mengenai insan bergelar Steve Jobs ini. Pada bulan April 1977, Steve Jobs dengan rakan setugasnya Steve Wozniak memperkenalkan Apple II, komputer peribadi pertama yang komersial.

Steve Wozniak and Steve Jobs

Dalam dokumentari History Channel Special: Hippies (2007), Steve Wozniak ada menerangkan idea disebalik penciptaan komputer itu. Pada waktu itu, mereka sedikit sebanyak terpengaruh dengan idea dan pemikiran yang dibawa oleh hippie.
We were so influenced by the People's Computer Company in Menlo Park, the same area that the hippie thought had come from. The whole hippie thinking was that basically the big wealthy power structure should be undone. We want to turn the balance over and we want to make the small individuals more important. - Steve Wozniak (in History Channel Special: Hippies)
Katanya lagi, Steve Jobs sebenarnya lebih "hippie" daripada dia. Steve Jobs biasanya memakai sandal ala hippie, makan kuaci dan akan pergi ke India untuk mandi di Sungai Ganges tetapi pada masa yang sama juga fokus dengan matlamat hidup dan kerjayanya. Inilah Steve Jobs yang anda kenali sebagai pencipta iPhone.

Setiap peradaban ada kekurangan dan kejatuhannya. Tahun 70an boleh dikira sebagai era kejatuhan hippie tetapi pada waktu itu, Steve Jobs dan Steve Wozniak memperkenalkan dunia dengan teknologi yang dikira sangat canggih. Sedar atau tidak, sumbangan hippie kepada dunia bukan sahaja dari segi budaya dan muzik tetapi juga lebih kepada teknologi. Terima kasih Steve Jobs!

..PEACE & LOVE..
 

Wednesday, October 5, 2011

Muzik dan Filem: Terima kasih Cameron Crowe!

Kisahnya bermula dalam dua tahun lepas, satu acara diadakan bagi menghargai dan memperingati pengarah Hal Ashby dan filem cult-nya, Harold and Maude (1971). Acara ni dihoskan Cameron Crowe (sapa yang kaki movie mesti kenal nama nih).

Cameron Crowe and Yusuf Islam.

Yusuf Islam (atau sewaktu dia dikenali sebagai Cat Stevens) telah diberi kepercayaan oleh Hal Ashby untuk menyediakan soundtrack filem tersebut. Melalui Harold and Maude, ada yang berpendapat Cat Stevens antara salah seorang pemuzik yang berjaya mencipta soundtrack terbaik dalam sejarah perfileman.

Walaupun Harold and Maude tidak mendapat perhatian media sewaktu mula ditayangkan, tetapi wujud sekumpulan kecil die-hard fan yang dari hari ke hari semakin membesar. Pelik kan? Mungkin sebab tu Harold and Maude dikatakan satu movie yang 'cult' dan masih lagi dikenang hingga ke hari ini.

Cameron Crowe berjaya menerbitkan album soundtrack Harold and Maude walaupun Cat Stevens dan Hal Ashby tidak mahu berbuat demikian suatu ketika dahulu. Namun, album ini sangat terhad!
Berbalik kepada acara yang dihoskan Cameron Crowe tadi, Yusuf Islam dijemput untuk menyanyikan beberapa lagu. Sebanyak tiga lagu dimainkan. Satu lagu daripadanya adalah lagu yang sangat jarang dimainkan secara live dan lagu itu sebenarnya adalah atas permintaan Cameron Crowe sendiri.

Sedutan video Yusuf Islam di Hal Ashby Tribute.

Sememangnya lagu-lagu Cat Stevens meninggalkan kesan di hati para peminat Harold and Maude termasuklah Cameron Crowe. Yusuf Islam sempat menceritakan bagaimana Cameron Crowe cuba memujuknya  untuk memainkan salah satu lagu yang dia sendiri mengaku sudah lama tidak memainkannya. Sambil mengajuk gaya Cameron Crowe meminta yang katanya seperti kaki buli, akhirnya Yusuf Islam pun bersetuju untuk menyanyikan lagu yang diminta iaitu "Trouble".
There was an audible gasp from the crowd. Tears were heard all around me. The song, such an indelible part of one of the greatest collaborations between artist and film.. - Cameron Crowe
Sayang sekali, satu-satunya video yang ada di youtube hanya tayang tak sampai beberapa saat. Aku berpendapat, kemungkinan lagu tu takkan dimainkan balik secara live melainkan Cameron Crowe yang minta tapi sangkaan aku silap. Selepas dua tahun dari Hal Ashby Tribute, semalam aku terjumpa satu rakaman video di mana lagu "Trouble" dimainkan kembali secara live oleh Yusuf Islam. Jarak rakaman dia agak jauh tapi  yang best-nya, dirakam dari mula sampai habis..


"Trouble" live in Stockholm (2011).

Tuesday, October 4, 2011

Kupasan lagu: Siapa sebenarnya Lady D'Arbanville?

Baru-baru ni aku terjumpa satu kaset lama dalam kereta cabuk aku iaitu album kompilasi Remember Cat Stevens. Aku ingatkan kaset tu dah hilang sebab aku dah clear semua kaset yang ada dalam kereta (kaset player rosak beberapa bulan lepas). Jadi kebelakangan ni aku dengar balik lagu-lagu Cat Stevens.

Picture of Lady D'Arbanville by Martin Muir

Antara lagu yang menarik perhatian aku ialah lagu "Lady D'Arbanville". Masa mula-mula dengar lagu ni, aku tak berapa minat sangat. Melodi dia ala madrigal/baroque style, tak macam lagu "Wild World" (yang orang biasa tahu lagu daripada Mr. Big). Kisah lagu ni pun aku rasa lain macam, agak misteri. Siapa Lady D'Arbanville sebenarnya?


"Lady D'Arbanville" (1970)

Kalau diperhatikan lirik lagu ni, penulisnya menceritakan cinta seorang pemuda kepada kekasihnya yang telah mati dan lebih menyedihkan ialah kekasihnya itu seolah-olah mati secara perlahan-lahan di sisinya.
My Lady D'Arbanville
Why does it grieve me so?
But your heart seems so silent
Why do you breathe so low?
Why do you breathe so low?

My Lady D'Arbanville
You look so cold tonight
Your lips feel like winter
Your skin has turned to white
Your skin has turned to white
Kematian seseorang sememang sangat tragik apatah lagi melibatkan orang yang disayangi. Berbalik kepada lagu tadi, biarpun kekasih pemuda itu mati tetapi tidak pada cintanya.
I loved you my Lady
Though in your grave you lie
I'll always be with you
This rose will never die
This rose will never die
Rasa cinta yang disampaikan melalui lagu ni memang hebat sehingga ada yang memainkan lagu ni pada hari pengebumian.
This song means everything to me, it was played at my mothers funeral,and when hearing it, I always think of her, and this song helps me to realise that she is gone.*songmeanings.net
Sebuah lagu yang berjaya meninggalkan kesan pada hati seseorang sememangnya lagu yang digarap dengan baik oleh penulisnya dan tidak hairan, lagu ini sebenarnya ditujukan kepada kekasih Cat Stevens sendiri iaitu Patti D'Arbanville.

Tetapi tahukah anda, Patti D'Arbanville sebenarnya tidak mati? Dia adalah kekasih lama Cat Stevens dan masih hidup hingga ke hari ini. Yang mati sebenarnya adalah cinta Patti D'Arbanville kepadanya.

Patti D'Arbanville yang kini berusia 60 tahun.

Seperkara lagi, Patti D'Arbanville juga dikatakan telah menjadi inspirasi kepada satu lagi lagu Cat Stevens yang terkenal, tak lain tak bukan.. "Wild World".

-------------
P.S: Ada orang dengar lagi ka lagu pakai kaset?