Sunday, September 18, 2011

Ulasan: OPETH The Roundhouse Tapes (CD+DVD)

Bungkusan yang sampai di rumah aku pada 6 September lepas sememangnya ditunggu-tunggu sebab mengikut estimate, bungkusan tu patut sampai pada tarikh 31 Ogos 2011. Aku memang teruja tapi apa yang mengecewakan ialah adik aku dah pergi sambung belajar pada hari bungkusan tu tiba. Jadi atas permintaan dia, aku cerita sikit salah satu barang yang berada dalam bungkusan tu, Opeth: The Roundhouse Tapes.

Keadaan kotak yang mengandungi CD dan DVD kemas dibalut plastik.

Album The Roundhouse Tapes yang aku terima ni sebenarnya adalah versi CD dan DVD yang didatangkan bersama dalam bentuk kotak. Sebelum ni, CD dan DVD dijual secara berasingan. Kepada yang tak tahu, ini adalah album live (sebab tu ada DVD.) Audio CD ada 2 keping disebabkan jumlah durasi yang panjangnya lebih kurang 1 jam 30 minit.

Selepas plastik kotak dibuka, plastik CD menanti..

Dalam beberapa tahun lepas, Opeth antara kumpulan yang menarik minat aku dalam kategori muzik progresif. The Roundhouse Tapes menjadi pilihan aku sebab seleksi lagu yang dimuatkan dalam konsert ni antara yang terbaik pada aku berbanding dua lagi album live Opeth iaitu Lamentations dan In Live Concert at the Royal Albert Hall. Biarpun lagu The Roundhouse Tapes tak sebanyak dua album yang aku sebutkan tadi, tapi seleksi lagunya ada nilai sentimental yang tersendiri. Ini setlist dia,
  1. "When" − 10:28
  2. "Ghost of Perdition" − 10:57
  3. "Under the Weeping Moon" − 10:28
  4. "Bleak" − 8:39
  5. "Face of Melinda" − 9:58
  6. "The Night and the Silent Water" − 10:29
  7. "Windowpane" − 8:01
  8. "Blackwater Park" − 18:59
  9. "Demon of the Fall" − 8:13
Kesemua lagu yang dipilih pada malam tu diambil dari setiap album Opeth bermula dari album pertama Orchid hinggalah album terkini sewaktu album ni dirakam iaitu Ghost Reveries kecuali album Deliverance, sebab apa tak pilih lagu dalam Deliverance, aku pun tak tahu tapi ada dua lagu dari album My Arm, Your Hearse dan Blackwater Park.

Tadaaa..

Berkenaan dengan pemilihan lokasi konsert, ruangnya tak sebesar Royal Albert Hall. Roundhouse kecil tetapi di sinilah banyak nama besar yang pernah main. Antara yang disebut ialah The Doors.
This place is a fucking nice venue. I heard it was used pretty much by all my favourite band in the Sixties. I heard The Doors played their European Tour here. - Mikael Åkerfeldt
Selain itu, konsert ini juga adalah konsert terakhir (kalau tak silap) bagi gitaris kumpulan ni, Peter Lindgren yang telah bermain sejak awal penubuhan Opeth lagi. Konsert ini juga menampilkan pemain drum baru iaitu Martin Axenrot (Bloodbath) yang mukanya mengikut kata Mikael macam Legolas.

Pilihan pembaca Guitar World (April 2009) kategori Extreme Metal Album.

Kualiti bunyi aku berpuas hati, sama dengan kualiti gambar. Mungkin tak boleh lawan dengan Royal Albert Hall yang nampak lebih cantik tapi kalau nak diikutkan, aku terkejut dengan kualiti gambar dia yang jelas masa mula pasang DVD (dulu tengok kat youtube).

Lagu yang dimainkan adakalanya kedengaran lagi best daripada versi studio baik dari segi bunyi dan growl Mikael. Contoh macam lagu Bleak dan The Night and the Silent Water kecuali lagu Face of Melinda sebab versi studio bunyinya lebih jazzy dengan fretless bass dan brushes. Antara lain yang aku suka ialah bila lagu Under the Weeping Moon dimainkan terus dengan lagu Bleak, memang the best!

Bleak

Special features memuatkan temubual dengan ahli band, temubual dengan penonton sebelum dan selepas konsert, soundcheck dan gallery. Temubual dengan band bagi aku biasa, aku syok tengok yang dengan penonton sebab ada di antaranya datang dari jauh, penuh dengan semangat dan aku perasaan ada seorang perempuan ni muka macam familiar, mungkin pelakon.

Secara keseluruhannya, aku berpuas hati dan aku terhibur. Biarpun begitu, aku ada komplen sikit pasal orang yang edit video dia sebab ada beberapa part gambar diubah warnanya untuk disesuaikan dengan mood lagu. Bagi aku tak perlu bagi menghayati konsert live yang epik macam ni. Apa pun, aku berterima kasih kepada adik aku, Kimi sebab dia yang belanja. We salute you!

Trivia:
1. Rata-rata penonton memilih bassist, Martin Mendez sebagai favorite act.
2. The Soundhouse Tapes (Iron Maiden) ?
  

11 comments:

  1. Opeth bersih ;)

    Cuba try bawak Marduk ;)

    ReplyDelete
  2. em, nanti saya try cari. terima kasih Dr..

    ReplyDelete
  3. ntah kenapa Opeth ni aku cuma follow album Blackwater Park ajer...lain2 aku tak tau...

    ReplyDelete
  4. klu camtu cuba tgk In Live Concert at the Royal Albert Hall (2010). depa main semua lagu dlm Blackwater Park..

    ReplyDelete
  5. aku suka gambo yang ada bunga roses dengan pisau tolak tu hahaaha

    ReplyDelete
  6. WOOW... lagu2 dia suma best, aku mula suka gn Opeth nie... Sbenarnya..

    ReplyDelete
  7. jangan pasang kuat2 plak. nanti habis PC dibakar..hehe

    depa ada keluar album baru, aku tak dengar lagi. ang try la cari tgk..

    ReplyDelete
  8. ok,dpat dah!!.. nah hadiah hari jadi yg lepas... album Opeth-Heritage--> ( http://www.mediafire.com/?ha2c3bh3hdoj3ob ).. apa pndapat ang tntng album nie... enjoy!! :)

    ReplyDelete