Thursday, September 22, 2011

4 Recent Videos in My Favorites List

Setelah berbulan tak online dan menonton youtube, ini antara video terbaru di youtube yang dimasukkan ke dalam list favorite channel aku. Seperti biasa, hanya video yang diulang-ulang akan dimasukkan ke dalam list ni.

1. Devin Townsend - Hyperdrive (Acoustic)



Devin Townsend pada aku antara salah satu frontman (metal) yang kelakar dan juga hebat dari segi permainan gitar dengan vokal range-nya yang pelbagai. Waktu aku tengah cari video klip lagu Juular, aku terjumpa satu show dia yang agak baru dan aku rasa bunyi video ni terbaik walaupun rakaman amatur. Lagu paling catchy dalam album Ziltoid the Omniscient (2007), dimainkan secara akustik.

"When I cut my hair off, I lost my ability to sweep (picking).."

2. Blaze Bayley - While You Were Gone (Live)



Sebenarnya aku suka album X Factor, album dia dengan Maiden tapi aku tak pernah dengar apa-apa lagu post-Maiden daripada Blaze. Selepas aku baca beberapa review, aku try dengar satu lagu. Macam best. So, aku try cari versi live dia dan aku terjumpa video ni yang dirakam untuk DVD The Night That Will Not Die.

3. The Entrance Band - Fine Flow (Live)




The Entrance Band antara salah satu band yang menarik perhatian aku. Walaupun aku tahu band ni sebab bassist dia dulu main dengan A Perfect Circle, tapi bunyi dia memang berbeza. Masa mula aku dengar lagu Entrance Band, aku tertarik dengan bunyi gitar dia yang feel semacam. Mood psychedelic mungkin? Lagu Fine Flow ni aku rasa lagu baru dan flow dia memang bagus.

Trivia: Aku pernah berhubung dengan frontman kumpulan ni melalui facebook dan dia seorang yang sangat meminati puisi Rumi.

4. Transatlantic - The Return of The Giant Hogweed ft. Steve Hackett (Live)



Aku mula-mula saja search lagu The Return of The Giant Hogweed versi live dan aku terjumpa satu video Steve Hackett main dengan Transatlantic. Aku pernah dengar nama Transatlantic tapi tak tau sapa ahli band dia. Bila aku klik, Mike Portnoy yang introduce lagu ni. Aku pun masukkan ke dalam list favorite. The Return of The Giant Hogweed antara lagu yang menggunakan teknik tapping terawal dirakam.


http://www.youtube.com/user/kamerarosak

4 comments:

  1. ada satu band parodi metal yang devin townsend ni main... Zimmer's Hole.

    ReplyDelete
  2. bru dengar lagu Evil Robot tadi..

    "Napster! Napster! Where's the cash that I've been after!?"

    ReplyDelete
  3. smalam aku belek2 youtube, tengok dan dengar Seha and Freedom.
    Sedih lak, sayu lak. Lagu2 zaman muda dulu haha..

    ReplyDelete
  4. mesti banyak kenangan dengan lagu2 freedom. klasik tuh..

    ReplyDelete