Saturday, June 5, 2010

Ulasan: ALICE IN CHAINS, Black Gives Way to Blue CD





PENGENALAN

Mungkin ada yang kurang kenal dengan Alice in Chains, rasanya paling kurang mesti pernah dengar Nirvana. Dua kumpulan ini berada dalam arus yang sama dengan muzik yang dilabel media sebagai Grunge, malah mereka berasal dari tempat yang sama iaitu Seattle. Berbanding Nirvana, Alice in Chains kedengaran lebih berat kerana mereka pada dasarnya lebih cenderung kepada heavy metal. Alice in Chains juga dikenali dengan vokal harmoni antara Layne Staley (vokalis) dan Jerry Cantrell (gitaris).

Dari kiri: Sean Kinney, Jerry Cantrell, Layne Staley, Mike Inez

Untuk pengetahuan, hampir 14 tahun Alice in Chains menyepi tanpa sebarang album, ianya berpunca dari masalah dalaman mereka juga. Kematian Layne Staley pada tahun 2002 meyakinkan lagi yang kumpulan ini akan berkubur. Pada satu sudut yang lain, ia juga memberi kesan kepada mereka yang terlibat dalam dunia muzik. Misalnya Pearl Jam ada menulis lagu khas buat Layne. Terbaru, album Death Magnetic (2008) dari Metallica juga menjadikan Layne Staley sebagai inspirasi.
Death Magnetic, at least the title, to me started out as kind of a tribute to people that have fallen in our business, like Layne Staley and a lot of the people that have died, basically — rock and roll martyrs of sorts. - James Hetfield
 Death Magnetic

Alice in Chains bergabung semula pada awal tahun 2005 untuk satu charity show tsunami dan menariknya disambung pula dengan reunion tour bersama vokalis baru William DuVall. Satu berita yang menggembirakan, hooray! Ketika itu aku sudah membayangkan yang Alice in Chains pasti akan keluar dengan album baru. Namun aku sebenarnya kurang setuju juga kalau Alice in Chains menggunakan nama mereka yang sedia ada.

Satu petisyen (online) pernah diadakan yang tujuannya supaya Alice in Chains menukar nama. Namun, Alice in Chains masih mengunakan nama asal dan sudah pun mengeluarkan album terbaru, Black Gives Way To Blue pada 29 September 2009. Setidak-tidaknya, Alice in Chains masih ada Jerry Cantrell sebagai nadi kepada penghasilan lagu-lagu mereka, begitu juga dengan anggota kumpulan yang lainnya.

Got Me Wrong (Live)

 ULASAN ALBUM

Sean Kinney ditanya mengenai gambaran yang boleh pendengar jangkakan untuk album terbaru ini dan dia menjawab, "It's eleven new songs!" Gambaran yang sangat tepat.. haha! Jadi sekarang aku nak mengulas sebelas lagu baru itu..

1. All Secrets Known
Lagu pembuka yang cukup menarik. Lagunya mungkin perlahan tetapi iramanya berat, gaya nyanyian Jerry Cantrell pula membuatkan lagu ini kedengaran begitu segar. Sesuatu yang memang kita mahukan dari kumpulan yang kita tahu sudah berkubur. Kena dengan liriknya "Hope, a new beginning. Time, time to start living. Like just before we died.."

All Secrets Known

2. Check My Brain
Lagu ini telah dipilih sebagai single ke-2 dan lagu inilah yang membuatkan Alice in Chains disebut-sebut di kalangan pendengar. Bak kata orang, iramanya mengingatkan mereka kepada zaman alternative yang dahulu cukup hebat fenomenanya. Namun, aku belum cukup puas, William DuVall belum menonjolkan suaranya, sekadar mengharmonikan nyanyian Jerry Cantrell.

Check My Brain (Official MV)

3. Last of My Kind
Antara lagu yang hangat diperkatakan kerana lagu ini sangat menonjol baik dari segi struktur lagu dan juga vokal William DuVall sebagai penyanyi utama. Kalau sebelum ini dia hanya sekadar mengisi tempat Layne Staley dengan menyanyi lagu lama Alice in Chains, tetapi sekarang tidak lagi! Yezza..

4. Your Decision
Satu perkara yang aku suka pasal Alice in Chains ialah mereka juga dikenali dengan lagu berbentuk akustik. Pernah mengeluarkan 2 buah EP akustik, salah satunya Jar of Flies yang menjadi EP pertama dalam sejarah mendapat No.1 di carta Billboard 200. Lagu yang menusuk kalbu, telah pun dipilih sebagai single ke-3 mereka.

5. A Looking in View
Lagu pertama yang aku dengar sebelum Alice in Chains keluarkan album. Jujur aku sangat teruja! Aku cukup suka intro dia, dentuman bass dan drum begitu hebat. Sludgy! Hampir 7 minit juga lagunya dan sudah pasti bukan lagu yang komersial, ironinya ini single pertama mereka dan ianya mendapat sambutan yang hebat!

A Looking in View (Live)

6. When the Sun Rose Again
Lagu kedua dengan elemen akustik. Pada mulanya lagu ini taklah menarik mana, vokal kedengaran agak monotone, mendatar. Namun, ianya ada keunikan yang tersendiri. Petikan gitar ketika korus kedengaran agak menarik, gitar solo pun cukup baik di sini, ketukan tabla pula melengkap irama dan rentak lagu. 

7. Acid Bubble
Antara lagu yang menjadi buah mulut. Aku ambil masa untuk masuk dengan mood lagu yang kedengaran agak doomy. Lagu kedua terpanjang selepas "A Looking in View".

Acid Bubble (Live)
8. Lesson Learned
Lagu ini pada aku tak ada masalah untuk dengar sebab tempo dia agak laju berbanding lagu sebelumnya, dan rentak dia pun boleh tahan..

9. Take Her Out
Lagu ini biasa saja dan yang tak bestnya aku mula rasa yang lagu ini sekadar lagu filler, ulasan pula semakin pendek. Ok, kita teruskan dengan lagu seterusnya..

10. Private Hell
Permulaan lagu kurang menarik. Mungkin lagu sebelumnya pun dah berat (dan brooding), jadi aku mengharapkan lagu kali ini lebih up tempo..

11. Black Gives Way to Blue
Lagu ini ditujukan khas untuk Layne Staley. Menyentuh perasaan, diadun pula dengan alunan piano dari Elton John, ianya sangat sesuai sebagai lagu penutup.

KESIMPULAN

Secara peribadi, aku berpendapat album ini belum cukup kuat. Mungkin harapan aku terlalu tinggi. Namun, tidak dinafikan ianya album yang baik dan diterima ramai. Alice in Chains kini sedang memasuki fasa baru dengan ketiadaan Layne Staley dan album ini adalah album pengenalan mereka. Umpama mereka berkata, "Hai, apa cerita? Lama tak nampak.." sambil membawa buah tangan.

**7/10

No comments:

Post a Comment