Friday, March 16, 2018

Anak-anak Tahfiz dalam Motif Viral

Semalam aku menonton Motif Viral, satu rancangan yang dikatakan kerap mengangkat golongan yang melakukan benda-benda pelik atau entah apa-apa. Sebenarnya rancangan ini ada juga mempromosikan hal-hal yang bagus. Macam semalam, Motif Viral menjemput Ustaz Kamilin Jamilin dan dua anak didiknya dari Darul Siddir yang sangat hebat hafalan al-Quran mereka. 


Betapa hebatnya hafalan mereka sehingga ketiga-tiga hos tersipu, terpaku dan terdiam melihat mereka diuji dengan soalan-soalan yang sukar tetapi dapat dijawab dengan mudah bagaikan mempunyai photographic memory. Selain al-Quran, adik-adik ini juga boleh menghafal Hadis 40 himpunan Imam al-Nawawi. Dalam hal ini, aku sendiri berasa malu sebab pernah bercita-cita untuk menghafal Hadis 40 tetapi hadis no. 2 yang dibaca oleh adik itu pun aku tak betul-betul ingat lagi.

Tahniah kepada guru muda yang mendidik mereka iaitu Ustaz Kamilin atau sepatutnya dipanggil Dr. Kamilin. Untuk pengetahuan, sebulan yang lalu beliau telah lulus cemerlang viva peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang hadis dengan skor terbaik tanpa pembetulan. Tesisnya berkenaan al-Jarh wa al-Ta'dil, satu ilmu yang bersifat kritikal demi mempertahankan kewibawaan hadis Nabi ﷺ. Terima kasih kerana menjadi inspirasi kepada kami untuk mendekati al-Quran dan hadis.

8 comments:

  1. Kagum dengan usaha Ustaz Kamilin Jamilin dan generasi awal ni.. Malu jugak aku dengan depa nie.. Moga Allah melindungi mereka selalu.. bro jgn mengalah

    ReplyDelete
  2. adoii..malunya.hebat budak2 ni.moga mereka cemerlang dan cerah masa depan

    ReplyDelete
    Replies
    1. guru dia pun hebat.. Dr. Kamilin masa awal2 kemunculan dulu terkenal sebagai seorang yang bila sebut nama ulama atau perawi hadis, dia mesti akan sebut sekali tahun kewafatan

      Delete
  3. Aku pernah dengar khutbah, dalam sejarah, one of the experts in hadith is seorang pompuan. Nama aku dah lupa la. Hahaha

    ReplyDelete
  4. perna gak tengok rancangan ni..

    ReplyDelete
  5. Allahu, cemburunya melihat anak2 ini. beruntung benar ibu bapa mereka. semoga Allah lindungi anak2 ini dari fitnah dunia. amin.

    ReplyDelete
  6. PLEASE .. VOTE FOR PAKATAN HARAPAN.. HIDUP TUN MAHATHIR

    ReplyDelete