Ikhwan al-Safa
Kitab Ikhwan al-Safa (Buku Persaudaraan Suci) atau lebih dikenali sebagai Rasail Ikhwan al-Safa terdiri daripada risalah-risalah meliputi pelbagai bidang berkenaan alam tabii, teologi, matematik, logik dll. Memandangkan Ikhwan al-Safa ialah sebuah organisasi sulit, penulisnya tidak dapat diputuskan dan masih menjadi misteri. Namun, penggunaan buku ini biasa dikaitkan dengan Syiah Ismaili atau Batiniyyah.
Kenyataan al-Ghazali
Imam al-Ghazali menyebut sepintas lalu Buku Persaudaraan Suci dalam autobiografi beliau semasa berbicara tentang golongan Batiniyyah. Sebahagian mereka mendakwa mempunyai pengetahuan istimewa sedangkan pengetahuan itu bersumberkan falsafah Pythagoras yang menjadi rujukan dalam buku tersebut. Menurut beliau, falsafah Pythagoras adalah selemah-lemah falsafah yang telah dibantah oleh Aristotle dan buku tersebut pada hakikatnya merupakan bahan buangan falsafah (the dregs of philosophy).