Wednesday, February 15, 2017

Al-Ghazali dan Buku Persaudaraan Suci

Ikhwan al-Safa

Kitab Ikhwan al-Safa (Buku Persaudaraan Suci) atau lebih dikenali sebagai Rasail Ikhwan al-Safa terdiri daripada risalah-risalah meliputi pelbagai bidang berkenaan alam tabii, teologi, matematik, logik dll. Memandangkan Ikhwan al-Safa ialah sebuah organisasi sulit, penulisnya tidak dapat diputuskan dan masih menjadi misteri. Namun, penggunaan buku ini biasa dikaitkan dengan Syiah Ismaili atau Batiniyyah.

Kenyataan al-Ghazali

Imam al-Ghazali menyebut sepintas lalu Buku Persaudaraan Suci dalam autobiografi beliau semasa berbicara tentang golongan Batiniyyah. Sebahagian mereka mendakwa mempunyai pengetahuan istimewa sedangkan pengetahuan itu bersumberkan falsafah Pythagoras yang menjadi rujukan dalam buku tersebut. Menurut beliau, falsafah Pythagoras adalah selemah-lemah falsafah yang telah dibantah oleh Aristotle dan buku tersebut pada hakikatnya merupakan bahan buangan falsafah (the dregs of philosophy).
  

5 comments:

  1. Thanks for sharing. Terbaik ilmu pengetahuan begini. Tak boleh imejin cammana best giler kalau dapat time travel gi balik zaman gini, kita semua tentu jadi mereka yang berfikir.

    ReplyDelete
  2. Menarik.tq sebab share.kalo baca buku mcm ni takleh kelam kabut.kena relaxs betul2.baru boleh mudah faham

    ReplyDelete
  3. bagus infonya bro, aku skg tgh baca ayahku HAMKA. bagus ceritanya pasal ulama muda di indonesia tu, belum abis baca lagi hehe

    ReplyDelete
  4. Tq share...nanti pelan2 nak cari buku2 macam ni...

    ReplyDelete