Monday, January 23, 2017

The Door (2009)


Filem drama sci-fi mengenai seorang lelaki yang terjumpa satu pintu atau portal masa dan mendapat peluang kedua untuk menyelamatkan nyawa anaknya yang mati lemas lima tahun lepas. Menarik tentang filem ini pertama kerana menggunakan bahasa Jerman. Aku tak ingat filem Jerman apa yang pernah aku tonton. Jadi, menonton filem ini sedikit sebanyak memberi kelainan. Pelakon utamanya, Mads Mikkelsen (Casino Royale, Valhalla RisingHannibal series) berasal dari Denmark. Biarpun ketika sesi rakaman beliau bertutur bahasa Jerman, suaranya dalam filem ini digantikan dengan pelakon lain memandangkan bahasa Jerman atau Deutsch jelas bukan bahasa ibundanya.

Kedua, bagi sebuah filem drama, plotnya digarap dengan kemas. Bermula dengan membawa penonton menghayati watak Mikkelsen, seorang lelaki yang berlaku curang, menjadi penyebab anak perempuannya mati dan kemudian murung kerana ditinggalkan isteri. Ketika mendapat peluang kedua, timbul pula beberapa konflik yang tidak dijangka disulami dengan unsur saspens, misteri dan psychological thriller sekaligus membuatkan kita mengikuti perjalanan cerita ini. Filem ini bebas daripada paradoks kembara masa atau dalam erti kata yang lain, dunia lima tahun lepas itu lebih kepada parallel world. Secara keseluruhan, The Door atau Die Tür dalam bahasa Jerman merupakan sebuah filem yang lebih daripada biasa (above average) dan berbaloi untuk ditonton.

Die Tür - Trailer

P/S: Bila ditanya muzik kegemarannya, Mikkelsen kata dia layan lagu Pink Floyd, The Doors, Otis Redding dan muzik klasikal. Boleh tengok SINI temubual menarik seorang budak.
  

8 comments:

  1. fuh tgk trailer nye pun sudah best..

    ReplyDelete
  2. Baru tau ni.mads mikkelsen pun antara actor terbaik jugak.tq info bro.nanti nak cari dvd dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca trivia kat IMDb katanya DVD/Blu-ray keluaran Jerman ada audio tambahan utk Mads Mikkelsen punya suara asal

      Delete
  3. filem mads mikkelsen.. wajib tonton filem nie, ala2 predestination

    ReplyDelete
  4. psychological thriller ni....best2

    ReplyDelete
  5. Saye tak aware kewujudan filem ini. TQVM very much, I like this actor work. He got personalities

    ReplyDelete