Thursday, March 7, 2013

Nusrat Fateh Ali Khan dan Ismail Ariffin (Lepat)

Aku memulakan perjalanan dari rumah di Pulau Pinang menuju ke Shah Alam, bertolak dari Plaza Tol Juru tepat pada jam 1:58 pagi. Seperti biasa aku memandu seorang diri. Kaset player rosak, radio pun rosak. Maka teman untuk berhibur hanyalah irama lagu di ingatan aku atau apa saja kenangan yang terlintas di hati..

 
Nusrat Fateh Ali Khan - Sanu Ek Pal Chain Na Aave

Antara irama yang bermain di ruang minda aku ketika itu adalah lagu yang dinyanyikan oleh Nusrat Fateh Ali Khan bertajuk "Sanu Ek Pal Chain Na Aave". Penyanyi ini berasal dari Pakistan dan terkenal dengan genre yang dipanggil sebagai Qawwali. Pertama kali aku dengar pasal Nusrat Fateh Ali Khan adalah dari blog Moloko.

Bait lirik yang diulang-ulang, "Sanu ek pal chain na aave, Sajna tere bina.." yang diterjemahkan sebagai "I cannot find a moment of peace, O beloved without you.." cukup memberi kesan kepada aku ketika itu. Sukar untuk menggambarkan rasanya, lagu dan irama sebegini berupaya menyembuh jiwa yang penuh duka dan lara.

Ismail Ariffin (Lepat)

Di sepanjang perjalanan itu juga aku teringat seorang insan bernama Ismail Ariffin (Lepat) sebab aku tau dia dengar lagu Nusrat Fateh Ali Khan. Terkenang satu perbualan antara aku dengan dia, kami berbual melalui telefon sebab dia tinggal jauh di Jerman. Kisahnya bermula apabila aku kurang faham apa yang dia maksudkan dengan segalanya hanyalah keperluan, bukanlah tujuan. Dia tak terangkan tapi dia tanya balik, "Haa betoi la tu.. Segalanya hanyalah keperluan, bukanlah tujuan. Apa yang hang tak paham?"

Mungkin aku tak faham apa yang aku tak faham. Jadi aku pun tanya lagi, "Saya tak paham, kenapa abang Lepat kata segalanya hanyalah keperluan, bukanlah tujuan?" Biasanya apabila ditanya kenapa, mulalah untuk berfalsafah. Lepat pun berkata, "Macam ni, hang makan sebab apa?" Jawab aku, "Sebab lapaq.." Dari situ dia mula menerangkan apa yang ingin disampaikannya, "Segala ini dan itu hanyalah persembahan nafsu-nafsu. Lapar itu kerana ianya nafsu dan makan bukanlah tujuan, ia hanyalah keperluan."   

------------
P.S: Ustaz Pahrol Mohd Juoi ada bincang dengan lebih lanjut berkenaan Tujuan dan Keperluan di SINI. Terdapat juga penerangan yang dikaitkan dengan teori Maslow's Hierachy of Needs, boleh baca di SINI. Semoga dapat dimanfaatkan bersama..
 

11 comments:

  1. haqiqat ni bai...

    ReplyDelete
  2. perghhh penuh berfalsafah entri kali ni bro...buat aku berfikir...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih for sharing... :)

    ReplyDelete
  4. peh,hang gayut ngat Lepat kat telefon.power2.huehue

    ReplyDelete
  5. Kena seimbang...

    keperluan akan mengerakkan jasad kepada tindakkan, namun tujuan adalah bahagian besar yang terdiri daripada keperluan2..

    bagi mencapai tujuan, keperluan harus dilengkapi...

    atau aku yang x paham2 ? haha

    ReplyDelete
  6. Adi Herman,

    kalau boleh berfikir, tandanya akal masih sihat..

    ---

    iamja,

    you're welcome.. :)

    ---

    syahmietherattlehead,

    cerita lama, hang ada masa tu.. ;)

    ---

    Fex Darwish,

    hang dah paham, cuma hang tak paham yang hang dah paham..

    ReplyDelete
  7. terbaik !! dan saya paham ia dengan mudah sebab saya tahu apa itu Maslow's Hierarchy Of Needs ;-).

    Fex Darwish,

    Maslow's Hierarchy Of Needs ada dalam Organisation Behavior,ia salah satu topic penting dalam Bussines Managment :-)

    ReplyDelete
  8. kanan dan kiri...
    dalaman dan luaran...
    rohani dan jasmani...
    tujuan dan keperluan...

    ReplyDelete