Thursday, January 26, 2012

Don't Forget Me

Pagi yang agak sentimental, aku mengambil keputusan untuk pulang menuju ke kampung halaman sejauh 400km dan meninggalkan tempat yang sedikit sebanyak memberi memori pahit manis dalam mengejar erti kehidupan. Lagu yang aku ingin yang ingin kongsi kali ini ialah dari Red Hot Chili Peppers.

"Don't Forget Me"

Lagu ini diambil dari album By the Way (2002). Walaupun aku tak begitu mengikuti RHCP, album ini ada dalam simpanan aku dalam bentuk kaset. Bila bercakap pasal RHCP, umumnya mengenali lagu mereka dengan irama funk tetapi lagu ini sebaliknya, lebih mellow dan melancholic.

Bagi aku lagu ini ada keistimewaannya yang tersendiri, permainan gitar John Frusciante sesuatu yang "out of this world" dan sangat kena dalam menyalurkan emosi dan rasa lagu. Mungkin boleh cuba tengok video live mereka, John Frusciante seolah-olah bersatu dengan irama yang dihasilkannya.

John Frusciante

Liriknya pula adalah sesuatu yang introspective, boleh dikaitkan dengan situasi atau pengalaman hidup. Ramai yang nampak ianya mengenai suatu hubungan atau perpisahan tetapi ada yang mengatakan Anthony Kiedis bercakap mengenai tuhan dan kehidupan, barangkali itu secara umumnya.
"It's my idea of what God is about, what life is. It puts us in such a good mood.." (source)
Dalam lagu ini, John Frusciante juga bertindak sebagai penyanyi latar. Bagi aku, itu antara perkara yang aku terasa hilang setelah dia meninggalkan RHCP, selain permainan gitarnya yang hebat dia juga mempunyai vokal yang bagus sebagai penyanyi latar.

Walaupun suaranya mungkin tidak mendapat perhatian kerana sekadar penambah rasa kepada irama lagu, dia ada ulang satu ayat hingga ke akhir lagu,

"More will be revealed my friend.."

Sedikit sebanyak ia memberi kesan kepada jiwa aku. Mungkin itu antara mesej yang ingin disampaikan, secara zahirnya untuk kehidupan yang kita sedang lalui.

Sayonara!

Monday, January 16, 2012

Goth Rock

Disebabkan aku ada bercerita mengenai Peter Murphy dalam entri lepas, aku rasa tak lengkap kalau tak menyentuh sedikit tentang muzik yang digelar sebagai goth atau gothic rock. Untuk pengetahuan, Peter Murphy sendiri dikenali sebagai "Godfather of Goth".

Peter Murphy (kiri) bersama kumpulannya, Bauhaus.

Sesetengah pendengar khususnya golongan muda apabila bercakap mengenai gothic rock akan merujuk kepada My Chemical Romance dan Marilyn Manson. Hakikatnya, biarpun imej mereka gothic, muzik mereka bukan gothic rock. Genre ini sebenarnya sudah terbentuk lebih tiga dekad. Ini secara asasnya mengenai goth rock:
Frequently misunderstood in its aesthetics and misapplied as a term, goth rock is an offshoot of post-punk that existed primarily during the early to mid-'80s. Its reputation as the darkest and gloomiest form of underground rock is largely deserved, though today that reputation stems more from the visual theatricality of its bands and black-clad followers. Sonically, goth rock took the cold synthesizers and processed guitars of post-punk and used them to construct foreboding, sorrowful, often epic soundscapes. Early on, its lyrics were usually introspective and intensely personal, but its poetic sensibilities soon led to a taste for literary romanticism, morbidity, religious symbolism, and/or supernatural mysticism. (READ MORE)
Lagu Bauhaus pada tahun 1979 iaitu "Bela Lugosi's Dead" sering dikatakan sebagai lagu pertama yang melahirkan genre goth rock. 


Amat menarik, lagu tersebut yang turut dipersembahkan ketika reunion Bauhaus pada tahun 2005 dinyanyikan Peter Murphy dalam keadaan tergantung (kaki di atas, kepala di bawah) selama 9 minit dan untuk lagu "Dark Entries", ianya ditujukan kepada Ian Curtis, satu lagi nama yang cukup penting dalam pembentukan irama post-punk dan goth rock.

----------
P.S: The Cure..?

Thursday, January 12, 2012

Strange Kind of Love

Lagu yang aku ingin kongsi kali ini dinyanyikan oleh Peter Murphy, vokalis kepada kumpulan yang tidak kurang hebat pengaruhnya kepada landskap muzik suatu ketika dahulu iaitu Bauhaus.

Peter Murphy

Lagu "Strange Kind of Love" diambil daripada album solo Peter Murphy, Deep (1989). Terdapat dua versi dengan corak muzik yang berbeza.


"Strange Kind Love (Version Two)"

Tema lagu jelas pada tajuknya iaitu cinta dan melalui laman web songmeaning, umumnya yang mendengar lagu ini melihat kepada hubungan cinta yang biasa dijalinkan antara dua jiwa, lelaki dan perempuan.

A strange kind of love
A strange kind of feeling
Swims through your eyes

Hubungan yang indah ini dikatakan bermasalah dan pergolakan yang mereka alami digambarkan pada penghujung lagu. Mereka perlu memilih samada cinta atau benci.

Instead we tumble down
Either side left or right
To love or to hate

Biar apa pun pandangan mengenai lagu ini, pada aku ianya membicarakan tentang pilihan yang kita hadapi dalam meniti susur galur kehidupan.

Just a taste for the truth
Perfect taste choice and meaning
A look into your eyes

Salah satu rakaman video yang aku lihat baru-baru ini sedikit sebanyak memperhalusi pandangan Peter Murphy terhadap lagu ini.


Live in San Francisco 2011

Peter Murphy memulakan lagu "Strange Kind of Love" dengan berkata kepada penontonnya,

"There is no god.. but God."

Sedar atau tidak, apa yang dikatakan itu merujuk kepada kalimah lā ʾilāha ʾillallāh dan Peter Murphy sememangnya telah memilih Islam sebagai agama, juga sebagai cintanya..
  

Monday, January 2, 2012

RIDE ON BLOGGERS!

Sekadar nak mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada yang membaca blog Kaboi Tanduk sepanjang tahun lepas, walaupun pengalaman aku mendengar muzik sebenarnya masih baru kalau dibandingkan dengan blogger lain.

Rasanya perbezaan umur pun agak jauh, umur aku baru awal 20an. Blogger lain nampak gaya memang lebih tua, ada yang berkeluarga dan sebagainya. Jadi kepada yang sudi berkongsi pengalaman mendengar muzik tak kira datang dari genre apa sekalipun sememangnya sangat dihargai. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas!


Tetiba syok layan lagu blues masa orang lain tengah tidur..

P.S: ShoutMix dah tak boleh pakai?