Sunday, December 25, 2011

Ulasan: MONOLOQUE Jejak Tanah: Hikayat Halimunan Abad ke-21 (Bahagian 3)

Sambungan dari Bahagian 2.

Ulasan diteruskan dengan pendapat aku untuk lagu-lagu yang terkandung dalam album Jejak Tanah..

"Penghormatan Terakhir"

Masa dapat album, ini antara lagu yang mula-mula aku nak dengar sebab aku nak bandingkan dengan versi demo yang Loque buat bertahun dulu (masa tu dia rancak bereksperimen dengan bunyi elektronik). Minit pertama tak ada beza sangat, lebih kurang macam demo. Minit seterusnya agak mengejutkan, lagu tetiba berubah dengan irama keroncong! Ini bukan kali pertama Loque buat lagu yang ada elemen keroncong, lagu "Merdeka" masa dengan Butterfingers dulu pun menggunakan elemen yang sama. Biarpun "Penghormatan Terakhir" versi studio panjangnya 7 minit, terasa macam sekejap sebab bagi aku flow dia sangat bagus hasil adunan elemen klasik dan moden yang mengasyikkan.

"Kupu-kupu Malam (Bunyikan Semboyan)"

Lagu yang aku tak sabar nak dengar selepas "Penghormatan Terakhir". Live show yang aku tengok dua tahun lepas, Loque hanya sebut "Semboyan" sebagai tajuk lagu tapi kali ini tajuknya berlainan dan kalau banding dengan show yang lain pun bunyi dia kekadang tak sama. Bila dengar versi studio, aku dapat rasa ada juga perbezaan tapi tak ketara, masih mengekalkan mood lagu yang rancak. In fact, aku rasa lebih enjoyable sebab dapat dengar dengan jelas setiap bunyi yang dihasilkan. Antara lagu yang kerap dimainkan secara live dengan lirik berbaur sindiran.

"Batu Belah Batu Konkrit (Bonda)"

Ini sememangnya lagu yang perlu diberi perhatian. Pada pendapat aku, bila Loque main piano (walaupun tak banyak lagu melibatkan piano) lagu dia memang melekat, contoh lagu Butterfingers, "Mati Hidup Kembali". Lagu "Batu Belah Batu Konkrit (Bonda)" jelas sekali digerakkan oleh alunan piano dan yang menjadikan lagu ini sangat istimewa ialah penyanyi undangannya, Azlina Aziz (penyanyi era 80an yang juga anak kepada seniwati Normadiah dan Aziz Jaafar). Lenggok nyanyian Azlina Aziz sememangnya kena dengan watak bonda dan juga irama yang dimainkan. Secara umumnya, lagu ini menceritakan rajuk si ibu terhadap anaknya yang begitu mengejar kemodenan dan globalisasi sehingga menelan budaya dan menggadai harta pusaka.

*Encik Adi Herman ada bercerita dengan lebih lanjut pandangannya tentang lagu ini.


 "Tiada Kata Secantik Bahasa"

Lagu asal oleh P. Ramlee melalui filem Anakku Sazali, dimainkan semula mengikut gaya monoloQue. Ini antara lagu terawal dari Jejak Tanah selain "Kekanda Adinda" yang dimainkan di radio dan boleh didapati dalam album P. Ramlee: Satu Indiepretasi
iaitu sebelum album Jejak Tanah dikeluarkan. Mungkin ada yang beranggapan lagu ini dinyanyikan semula sekadar untuk memeriahkan projek album P. Ramlee: Satu Indiepretasi (yang melibatkan banyak lagi artis), tetapi kepada pendengar dari era Butterfingers, mereka tahu yang Loque sememangnya mengangkat P. Ramlee sebagai salah satu rujukannya untuk mencipta lagu. Malah pada satu nota (inlay), album ini ditujukan khas buat P. Ramlee dan R. Azmi.

Video klip rasmi "Tiada Kata Secantik Bahasa"

(bersambung ke petak seterusnya)

5 comments:

  1. versi penghormatan terakhir ni aku ingat sama ngan versi live konsert analog dulu.. nice review..next pls

    ReplyDelete
  2. nice review also bro, hahah siap ada kasi link utk entri aku (review lagu Batu Belah Batu Konkrit) seriously, influence experimental ala Radiohead dan Pink Floyd masih tegar dlm muzik yang dicipta Loque. Sebab tu aku masih consider MonoloQue ni bukan band sell-out walaupun dah pergi ke arah Mainstream.

    ReplyDelete
  3. matakucing,

    tak pernah dengar plak versi live analoque tapi kalau dapat tengok live mesti best, keroncong tuh..

    ---

    adi herman,

    yup! walaupun memang ke arah mainstream, dia punya lagu masih membawa identiti yang tersendiri..

    ReplyDelete
  4. seriously, aku harap byk lgi band Malaysia ikut jejak lngkah depa nie... klu kita x naikkan tradisi melayu., sapa lagi.. xkan kaum lain.. x salah klu kita memodenkan ia menjadi satu evolusi tahap baru..

    btw kaboi, ang memang amat memahami depa nie... nice

    ReplyDelete
  5. fix dervish,

    harapnya macam tu la, walaupun ada band lain yang dah pernah cuba buat tapi monoloque ni memang nampak komitmen dia..

    ReplyDelete