Sunday, December 18, 2011

Tom Morello: Street Sweeper Social Club dan lagu baru The Nigtwatchman

Aku baru balik berjumpa dengan kawan aku, seorang peminat Rage Against the Machine dan Audioslave (terdiri daripada bekas anggota RATM dengan Chris Cornell sebagai vokalis). Dulu memang seronok dia meminjam kaset RATM aku. Pendek cerita, aku cakap kat dia yang Tom Morello ada buat satu band macam RATM tapi kurang agresif dan aku pun cari salah satu lagu di YouTube untuk bagi dia dengar..

Street Sweeper Social Club - Paper Planes (Official Video)

Band yang masih baru dan hanya ada satu album penuh. Aku tak follow sangat Tom Morello dengan Street Sweeper Social Club sebab kurang menarik minat aku tapi bila tengok video "Paper Planes" (yang aku sendiri belum dengar), kawan aku macam seronok dan aku pun rasa agak tertarik. Lagu yang catchy dan sinis liriknya. Lepas tu aku cari pulak lagu solo Tom Morello sebab dia ada buat album baru, dan aku terjumpa satu video official Tom Morello dengan alter egonya, The Nightwatchman..

The Nightwatchman - Black Spartacus Heart Attack Machine (Official Video)

The Nightwatchman sudah mengeluarkan tiga album penuh dan sememangnya menarik perhatian aku sebab Tom Morello kembali bermain lagu-lagu yang political dan rebellious seperti RATM (salah satu faktor kerana Audioslave memutuskan untuk tidak bermain lagu yang berunsur politik) tetapi dengan hala tuju muzik yang berbeza iaitu folk rock, dan lagu baru dia "Black Spartacus.." memang the bomb!
"Troubled times call out for troubled songs. World Wide Rebel Songs is an album of rousing hopelessness and this time The Nightwatchman has brought along his electric guitar to tip the scales. I wanted to capture a vibe midway between Johnny Cash and Che Guevara, murder ballads and Molotov anthems." - Tom Morello
Aku tujukan juga lagu The Nightwatchman kepada seorang lagi kawan aku yang berada jauh di utara, Fix Dervish sebab dia berminat dengan lagu-lagu folk. Apa macam?

-------------------
Trivia: Tom Morello antara salah seorang artis yang muncul untuk menyaksikan konsert Iron Maiden dalam DVD Flight 666. Boleh tengok SINI sedutan video dia..

9 comments:

  1. haha.. not bad, ang msti nk cabar aku main harp cm Tom Morello kan... hak3.. aku nk ikt neil young

    ReplyDelete
  2. aku kenal mamat ni masa tengok video woodstock 94, tu jam lagu bulls on parade, solo scratching gitar dia memang membuat aku melopong..cool giler ah..tu jam mana da band2 cam linkin park, scratchin turntable. sejak tu minat RATM tpi projek solo dia tak ikut sgt cuma masa Audioslave jer follow sampai 2nd album.

    ReplyDelete
  3. fix dervish,

    haha.. dedua gitar hero tapi tom morello kalau bercakap pasal gitar memang idea dia pelik2..

    ---

    matakucing,

    tak pernah dibuat orang solo scratching gitar tu kan, live show ratm pun the best, crowd memang havoc!

    ReplyDelete
  4. 1st time aku tgok org men gitar camtu, mmg gila... but awesome...

    ReplyDelete
  5. Band baru ni mengingatkan aku pada lagu Mama Said - Metallica.

    ReplyDelete
  6. fix dervish,

    and still awesome.. \m/

    ---

    arip,

    em masih cuba mencari kaitannya. lama tak dengar lagu tu..

    ---

    wanberuas,

    baru pandai nak bergaya tuh..haha

    ReplyDelete
  7. RATM nampaknya memang tidak ada tanda2 untuk buat album baru...huhuhu sedih ni.

    ReplyDelete
  8. adi herman,

    itu la pasal, tak tau apa masalah dia, reunion dah lama siap tour lagi..

    ReplyDelete