Saturday, December 31, 2011

Ulasan: MONOLOQUE Jejak Tanah: Hikayat Halimunan Abad ke-21 (Bahagian 4)

Sambungan dari Bahagian 3.

"Gurindam Hutan Batu"

Aku sebenarnya agak curiga dengan lagu yang berunsurkan cinta, takut kedengaran macam lagu lain yang biasa dikomersialkan melalui radio. "Gurindam Hutan Batu" bagi aku berbeza. Kata Loque dalam satu temubual, secara umumnya album yang berbentuk hikayat ini adalah pandangan seseorang (si halimunan) yang hidup di dunia moden atau hutan batu secara simboliknya. Lagu ini pada aku membawa satu mesej yang mudah, setiap permasalahan yang wujud akan dapat diselesaikan dengan adanya cinta dan liriknya jelas meraikan nilai cinta.
Tiada yang mustahil!
Ianya pasti berhasil,
Tiada yang mustahil!
Cinta menakluk semua
..
"Kekanda Adinda"

Tidak dinafikan, lagu "Kekanda Adinda" adalah lagu yang menaikkan nama monoloQue di arus perdana. Penerimaan lagu ini juga sesuatu yang membanggakan sehingga berjaya layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 26. Menampilkan Atilia, lagu tema kepada drama 8 Bulan ini ada keistimewaannya yang tersendiri. Lagunya mengingatkan aku kepada lagu duet melayu lama tetapi liriknya disesuaikan dengan kehidupan suami isteri masa kini yang sibuk bekerjaya. Mencuit hati dan ceria, gitar solonya pula sesuatu yang klasik bagi aku!

"Hapuskan Air @Matamu"

Lagu ini secara peribadinya bukan lagu yang menjadi pilihan aku. Mungkin aku sudah cukup dengan lagu yang berunsurkan cinta. Dari satu sudut yang lain, melodi lagu adakalanya menangkap dan permainan drum dari Loko juga agak menarik di sini.

"Cinta"

Lagu yang sememangnya menjadi perhatian aku sejak mula mendapatkan album Jejak Tanah dan ada diceritakan pada ulasan Bahagian 2. Disebabkan aku selalu dengar, lagu ini seolah-olah bersambung jika diulang tanpa henti, dia punya 'wall of sound' tu terbaik!

Kesimpulannya, album sulung monoloQue iaitu bahagian pertama trilogi Hikayat Halimunan Abad ke-21 adalah satu karya yang perlu diberi perhatian kepada penggemar muzik yang dahagakan keluaran anak tempatan. Mana mungkin pemuzik kita kering dengan idea kreatif dan berkualiti.

SELAMAT TAHUN BARU

(kembali ke petak pertama)

Sunday, December 25, 2011

Ulasan: MONOLOQUE Jejak Tanah: Hikayat Halimunan Abad ke-21 (Bahagian 3)

Sambungan dari Bahagian 2.

Ulasan diteruskan dengan pendapat aku untuk lagu-lagu yang terkandung dalam album Jejak Tanah..

"Penghormatan Terakhir"

Masa dapat album, ini antara lagu yang mula-mula aku nak dengar sebab aku nak bandingkan dengan versi demo yang Loque buat bertahun dulu (masa tu dia rancak bereksperimen dengan bunyi elektronik). Minit pertama tak ada beza sangat, lebih kurang macam demo. Minit seterusnya agak mengejutkan, lagu tetiba berubah dengan irama keroncong! Ini bukan kali pertama Loque buat lagu yang ada elemen keroncong, lagu "Merdeka" masa dengan Butterfingers dulu pun menggunakan elemen yang sama. Biarpun "Penghormatan Terakhir" versi studio panjangnya 7 minit, terasa macam sekejap sebab bagi aku flow dia sangat bagus hasil adunan elemen klasik dan moden yang mengasyikkan.

"Kupu-kupu Malam (Bunyikan Semboyan)"

Lagu yang aku tak sabar nak dengar selepas "Penghormatan Terakhir". Live show yang aku tengok dua tahun lepas, Loque hanya sebut "Semboyan" sebagai tajuk lagu tapi kali ini tajuknya berlainan dan kalau banding dengan show yang lain pun bunyi dia kekadang tak sama. Bila dengar versi studio, aku dapat rasa ada juga perbezaan tapi tak ketara, masih mengekalkan mood lagu yang rancak. In fact, aku rasa lebih enjoyable sebab dapat dengar dengan jelas setiap bunyi yang dihasilkan. Antara lagu yang kerap dimainkan secara live dengan lirik berbaur sindiran.

"Batu Belah Batu Konkrit (Bonda)"

Ini sememangnya lagu yang perlu diberi perhatian. Pada pendapat aku, bila Loque main piano (walaupun tak banyak lagu melibatkan piano) lagu dia memang melekat, contoh lagu Butterfingers, "Mati Hidup Kembali". Lagu "Batu Belah Batu Konkrit (Bonda)" jelas sekali digerakkan oleh alunan piano dan yang menjadikan lagu ini sangat istimewa ialah penyanyi undangannya, Azlina Aziz (penyanyi era 80an yang juga anak kepada seniwati Normadiah dan Aziz Jaafar). Lenggok nyanyian Azlina Aziz sememangnya kena dengan watak bonda dan juga irama yang dimainkan. Secara umumnya, lagu ini menceritakan rajuk si ibu terhadap anaknya yang begitu mengejar kemodenan dan globalisasi sehingga menelan budaya dan menggadai harta pusaka.

*Encik Adi Herman ada bercerita dengan lebih lanjut pandangannya tentang lagu ini.


 "Tiada Kata Secantik Bahasa"

Lagu asal oleh P. Ramlee melalui filem Anakku Sazali, dimainkan semula mengikut gaya monoloQue. Ini antara lagu terawal dari Jejak Tanah selain "Kekanda Adinda" yang dimainkan di radio dan boleh didapati dalam album P. Ramlee: Satu Indiepretasi
iaitu sebelum album Jejak Tanah dikeluarkan. Mungkin ada yang beranggapan lagu ini dinyanyikan semula sekadar untuk memeriahkan projek album P. Ramlee: Satu Indiepretasi (yang melibatkan banyak lagi artis), tetapi kepada pendengar dari era Butterfingers, mereka tahu yang Loque sememangnya mengangkat P. Ramlee sebagai salah satu rujukannya untuk mencipta lagu. Malah pada satu nota (inlay), album ini ditujukan khas buat P. Ramlee dan R. Azmi.

Video klip rasmi "Tiada Kata Secantik Bahasa"

(bersambung ke petak seterusnya)

Sunday, December 18, 2011

Tom Morello: Street Sweeper Social Club dan lagu baru The Nigtwatchman

Aku baru balik berjumpa dengan kawan aku, seorang peminat Rage Against the Machine dan Audioslave (terdiri daripada bekas anggota RATM dengan Chris Cornell sebagai vokalis). Dulu memang seronok dia meminjam kaset RATM aku. Pendek cerita, aku cakap kat dia yang Tom Morello ada buat satu band macam RATM tapi kurang agresif dan aku pun cari salah satu lagu di YouTube untuk bagi dia dengar..

Street Sweeper Social Club - Paper Planes (Official Video)

Band yang masih baru dan hanya ada satu album penuh. Aku tak follow sangat Tom Morello dengan Street Sweeper Social Club sebab kurang menarik minat aku tapi bila tengok video "Paper Planes" (yang aku sendiri belum dengar), kawan aku macam seronok dan aku pun rasa agak tertarik. Lagu yang catchy dan sinis liriknya. Lepas tu aku cari pulak lagu solo Tom Morello sebab dia ada buat album baru, dan aku terjumpa satu video official Tom Morello dengan alter egonya, The Nightwatchman..

The Nightwatchman - Black Spartacus Heart Attack Machine (Official Video)

The Nightwatchman sudah mengeluarkan tiga album penuh dan sememangnya menarik perhatian aku sebab Tom Morello kembali bermain lagu-lagu yang political dan rebellious seperti RATM (salah satu faktor kerana Audioslave memutuskan untuk tidak bermain lagu yang berunsur politik) tetapi dengan hala tuju muzik yang berbeza iaitu folk rock, dan lagu baru dia "Black Spartacus.." memang the bomb!
"Troubled times call out for troubled songs. World Wide Rebel Songs is an album of rousing hopelessness and this time The Nightwatchman has brought along his electric guitar to tip the scales. I wanted to capture a vibe midway between Johnny Cash and Che Guevara, murder ballads and Molotov anthems." - Tom Morello
Aku tujukan juga lagu The Nightwatchman kepada seorang lagi kawan aku yang berada jauh di utara, Fix Dervish sebab dia berminat dengan lagu-lagu folk. Apa macam?

-------------------
Trivia: Tom Morello antara salah seorang artis yang muncul untuk menyaksikan konsert Iron Maiden dalam DVD Flight 666. Boleh tengok SINI sedutan video dia..

Saturday, December 17, 2011

Music Video: Anathema - Kingdom (2011)


Tadi aku ada terbaca ulasan album baru Anathema, Falling Deeper (2011) di blog Dissecting the Euphony. Ulasan yang agak menarik walaupun aku belum dengar semua lagu dia, cuma aku dah pernah tengok satu video untuk lagu dalam album itu iaitu "Kingdom"..



Asalnya video dibuat oleh seorang student untuk final project dia dan aku tak pasti samada video ini official atau tak, tapi video boleh dilihat melalui channel youtube Kscope, iaitu syarikat atau label Anathema sendiri.

Watak yang ditonjolkan dalam video ini agak menarik perhatian aku terutama sekali kesan yang dia terima daripada berita yang disampaikan samada melalui surat khabar atau media massa yang lain dan lagu Anathema yang diberi sentuhan baru (asal dari EP Pentecost III tahun 1995) sememangnya kena dengan mood dan jalan cerita.
The film is based around a single character who is obsessed with news. His house is littered with newspapers and television sets showing rolling news channels constantly. He has become so obsessed with the news that he can no longer see through the headlines and takes everything seriously. Upon hearing of swine flu he is convinced it will finally wipe out the human race and so descends into a bunker beneath his house where he stays for years, isolated and cut off from the world, convinced that the flu will ravish the human race as the headlines have proclaimed.

Friday, December 16, 2011

Paul McCartney: House of Wax

Album Memory Almost Full (2007) dari Paul McCartney sebenarnya memang dah lama menarik pandangan aku, sejak dari album tu keluar lagi. Aku berpendapat, biarpun Paul McCartney dengan usianya yang hampir mencecah 70 tahun, dia masih lagi mampu mencipta lagu yang melekat. Persembahan dia, Live in Red Square (2005) pun tak jemu aku tengok.


Selepas empat tahun, album itu akhirnya terbeli juga. Di sebalik lagu yang mengembalikan irama Wings dan The Beatles, aku ingin berkongsi satu lagu yang aku rasa antara yang terhebat abad ini iaitu "House of Wax"..



Dimulakan dengan alunan piano Paul McCartney yang seolah-olah membawa pendengarnya melalui satu tempat, dengan gaya nyanyian serta jeritan yang masih tidak berubah, ditambah dengan gitar solo yang datang tepat pada masanya, lagu ini sememangnya memukau.

Satu pesanan kepada yang ingin mencari mesej berkenaan mitos 'Paul is Dead', ini antara lagu yang sesuai untuk dikaji.. ;)

Lightning hits the house of wax
Poets spill out on the street
To set alight the incomplete
Remainders of the future

Hidden in the yard hidden in the yard

Thunder drowns the trumpets blast
Poets scatter through the night
But they can only dream of flight
Away from their confusion

Hidden in the yard underneath the wall
Buried deep below a thousand layers lay the answer to it all

Lightning hits the house of wax
Women scream and run around
To dance upon the battleground
Like wild demented horses

Hidden in the yard underneath the wall
Buried deep below a thousand layers lay the answer to it all

Hidden in the yard underneath the wall
Buried deep below a thousand layers lay the answer to it all

Thursday, December 15, 2011

I wanna drink some fucking blood!

Terasa agak malas nak update blog, dengan pelbagai urusan yang memeningkan kepala sememangnya membantutkan lagi niat untuk berblogging. Biarpun begitu, bak kata Neil Young, "Rock n roll can never die.."


Dua album yang baru masuk rak, Mastodon The Hunter (2011) dan Paul McCartney, Memory Almost Full (2007).
Di sebalik kepeningan dan kemalasan itu juga aku ingin berkongsi satu lagu yang aku dengar sejak dua menjak ini iaitu lagu baru dari Mastodon, "Blasteroid"..


"Blasteroid"
Lagu yang paling pendek dalam album The Hunter. Kepada yang pernah dengar album Crack the Skye (2009), tiada lagu yang panjangnya melebihi 10 minit untuk album kali ini. Rata-rata dalam lingkungan 3 hingga 4 minit, paling panjang pun dalam 5 minit.

Berbalik kepada lagu "Blasteroid", mungkin lagu ini biasa, tiada gitar solo tapi aku suka dengan riff dia, jeritan chorusnya membuatkan aku teringat kepada lagu awal Mastodon dan ianya juga sesuai untuk memulakan hari yang indah sebelum kembali pening..

P.S: Sudahkah anda tengok senarai Top Ten Albums of 2011 seperti yang dipilih oleh artis dan staf Roadrunner Records? John Myung punya pilihan agak lain macam, jadi sekarang aku tengah cuba layan lagu Death Cab for Cutie.. ;)
  

Thursday, December 1, 2011

Ulasan: MONOLOQUE Jejak Tanah: Hikayat Halimunan Abad ke-21 (Bahagian 2)

Sambungan dari Bahagian 1.

Sepertimana kulit album, lagu-lagu monoloQue juga cuba mengembalikan irama yang suatu ketika dahulu menjadi kebanggaan masyarakat kita samada irama tradisional atau yang pernah dibawa oleh seniman terdahulu.

Walaupun begitu, mereka akui irama tersebut tidaklah kedengaran jelas dengan hanya sekali dengar kerana ianya telah disesuaikan dengan muzik yang kini dibawa oleh monoloQue. Contohnya macam lagu "Cinta".


Versi awal yang bertajuk "Chinta" dengan kerjasama Muzium Pahang. Ketika itu monoloQue dikenali sebagai hasil kerja solo dari Loque yang tidak mempunyai line-up penuh seperti sekarang.

Bila dengar "Cinta" versi album, aku dapat rasa bunyi gamelan dievolusikan melalui gitar Ijoo dan piano Loque. Paduan drum dari Loko pula sememangnya memberi satu kekuatan pada lagu, lebih menarik lagi ada tambahan bunyi dari tiupan horn dan juga bunyi efek reverse yang memberi feel ala psychedelic.

Itu secara umumnya bagaimana muzik tradisional diberi nafas baru oleh monoloQue yang cuba bereksperimen dengan instrumen mereka. Kedua-dua versi sememangnya menarik, belum lagi versi live yang biasanya ditambah baik, antara satu sebab untuk pergi tengok live show monoloQue. Sila ke SINI untuk dengar pengejek (teaser) "Cinta" versi album.

Biarpun lagu ini mungkin dilabel sebagai lagu cinta yang biasa dikomersialkan melalui radio tetapi pada aku, monoloQue berjaya mencipta satu kelainan untuk lagu sebegini.
Saya melihat cinta itu dalam konteks yang lebih luas. Saya melihat cinta pada keadaan sekeliling, cinta terhadap makhluk, cinta terhadap pekerjaan, cinta terhadap keamanan, cinta terhadap Sang Pencipta dan seterusnya… - Loque
(bersambung petak seterusnya)