Thursday, August 18, 2011

Metallica Live in Malaysia?

Mungkin aku agak terlambat pasal berita ni sebab aku pun dah lama tak online. Cerita dia macam ni, ada brader yang baiki gitar adik aku cakap Metallica nak datang Malaysia bulan 12 ni. Katanya tiket paling murah RM 500. Bila aku tanya lagi detail dia pun tak berapa nak tau sangat sebab dia pun dengar orang cerita..

Member aku pulak cakap dia dengar Metallica punya show 2hb Disember tapi dia rasa tak logik sebab 5hb Metallica ada konsert anniversary kat San Francisco. Blogger lain macam mana? Ada yang boleh mengesahkan berita ni atau berita ini hanya khabar angin yang digembar-gemburkan oleh mereka yang tak dapat tengok Maiden aritu.. erk!


2 comments:

  1. kalau betul tiket paling murah rm500, metalika (atau organizer) mmg rip-off peminat!

    sedangkan tiket iron maiden paling 'mahal' kat s'pore dulu (pen a) pun dah rm500+

    ReplyDelete
  2. itu la pasal. harap2 berita 'tiket paling murah RM500' ni tak betul..

    ReplyDelete