Tuesday, November 13, 2018

Anjing haram? Berdosa bagi anjing makan?


Anjing adalah najis berat. Ini menurut pendapat Imam al-Syafi'i yang menjadi pegangan umum masyarakat Islam di Malaysia. Maknanya, apa-apa yang terkena anjing mestilah dibasuh tujuh kali dan salah satunya dengan air tanah.

Namun, untuk pengetahuan, ulama berbeza pendapat tentang tahap kenajisan anjing. Imam Ahmad bin Hanbal sependapat dengan Imam al-Syafi'i bahawa anjing adalah najis berat. Imam Abu Hanifah berpendapat najisnya adalah najis biasa yang hanya perlu dibasuh tanpa ada ikatan bilangan tertentu. Sebaik-baiknya tiga kali basuhan. Manakala, Imam Malik berpendapat anjing adalah suci. Bagi beliau, tidak perlu dibasuh walau terkena air liur, peluh atau tubuhnya sama ada kering mahupun basah. Itu secara ringkas pandangan imam-imam besar dalam mazhab fiqh (school of Islamic jurisprudence) berkenaan kenajisan anjing.[1]

Memberi makanan kepada anjing terutama anjing terbiar yang kelaparan tidaklah berdosa. Malah, berdasarkan hadis-hadis sahih, memberi minuman pun sudah membuatkan seseorang itu diampunkan dosa dan dimasukkan ke dalam syurga! 
Abu Hurairah reported: Messenger of Allah (ﷺ) said, "While a man was walking on his way he became extremely thirsty. He found a well, he went down into it to drink water. Upon leaving it, he saw a dog which was panting out of thirst. His tongue was lolling out and he was eating moist earth from extreme thirst. The man thought to himself: 'This dog is extremely thirsty as I was.' So he descended into the well, filled up his leather sock with water, and holding it in his teeth, climbed up and quenched the thirst of the dog. Allah appreciated his action and forgave his sins." The Companions asked: "Shall we be rewarded for showing kindness to the animals also?" He (ﷺ) said, "A reward is given in connection with every living creature." [Al-Bukhari and Muslim]
In the narration of Al-Bukhari, the Prophet (ﷺ) is reported to have said: "Allah forgave him in appreciation of this act and admitted him to Jannah."
Another narration says: "Once a dog was going round the well and was about to die out of thirst. A prostitute of Banu Israel happened to see it. So she took off her leather sock and lowered it into the well. She drew out some water and gave the dog to drink. She was forgiven on account of her action."[2]  
______
[1] Maulana Muhammad Asri Yusoff, Fiqh Al-Imam Al-Bukhari Di Dalam Kitab Shahihnya, p. 14.
[2] Imam al-Nawawi, Riyad as-Salihin, Book 1, Hadith 126.

2 comments:

  1. yer betul tu ustaz... pendapat yg bernas.. teruskan berdakwah

    ReplyDelete
  2. aku sebagai penyokong kuat kucing pasar, kucing terbuang, dan kucing longkang sangat bangkang kalau anjing pun macam gitu. kasihanilah anjing, anjing pun ciptaan Allah dan mereka sangat bijak dan berguna pada manusia terutama membantu polis dan pihak bomba dalam keselamatan dan darurat

    ReplyDelete