Sunday, April 3, 2016

Habuan Big Bad Wolf 2016

Aku singgah ke jualan buku Big Bad Wolf pada hari Khamis yang lalu di Penang Times Square, George Town. Suasananya terasa lebih tenang berbanding kunjungan aku tahun lepas pada hujung minggu yang sesak dengan kehadiran orang ramai. Tak banyak buku yang benar-benar menarik minat pembacaan aku. Hasilnya, hanya dua buah buku menjadi habuan untuk dibawa pulang. Berikut ialah buku-bukunya:


1. Inside Out: A Personal History of Pink Floyd

Kali pertama menjengah ke bahagian buku-buku muzik memang aku tak perasan adanya buku ini. Bukunya bersaiz kecil dan terletak di celah timbunan buku-buku yang lebih besar. Mujurlah aku pergi sekali lagi untuk menggodek tempat tersebut. Dengan terjumpanya buku ini, perjalanan aku terasa sangat berbaloi.

Inside Out ialah sebuah memoir mengenai Pink Floyd yang ditulis oleh salah seorang anggotanya sendiri iaitu Nick Mason. Apa yang menarik tentang pemain dram ini ialah beliau satu-satunya ahli kumpulan Pink Floyd yang paling lama dan terlibat dalam kesemua album yang mereka hasilkan. Buku ini kali pertama dicetak pada tahun 2004 dan edisi yang ada pada aku ialah cetakan 2011. Edisi ini sudah dikemaskini dengan memasukkan satu bab baru kerana terjadinya reunion bersejarah mereka bersama Roger Waters untuk persembahan di konsert Live 8 (2005) anjuran Bob Geldof. Juga terdapat kemas kini pada bahagian kronologi dengan memasukkan tarikh meninggalnya Syd Barrett dan Rick Wright masing-masing pada tahun 2006 dan 2008. Buku ini setebal 384 muka surat dengan beberapa helaian berwarna.

2. Einstein: The Life of A Genius

Melihat kulit depan buku ini dengan warna gelap dan wajah seseorang yang bagaikan tiada perasaan, aku menyangka berada pada bahagian buku-buku jenayah. Pada pandangan aku, reka kulitnya tidak menarik serta tidak menggambarkan peribadi insan yang memberi tafsiran baru terhadap makna ruang, masa dan graviti.

Einstein ialah seorang ahli fizik yang berasal dari Jerman. Aku tertarik dengan ilmuan ini setelah membaca tulisan-tulisan Prof. Shaharir. Walaupun Prof. Shaharir mengkritik Teori Kenisbian/Relativiti Einstein khususnya mengenai tabii masa dan ruang serta mendakwa beliau menciplak (plagiarize) karya orang lain, aku masih menyimpan rasa kagum terhadap imaginasinya dalam membina teori tersebut. Biografi berkulit keras dengan saiz besar ini tidak sekadar menceritakan kesarjanaannya, malah merangkumi segenap kisah peribadi beliau. Setiap halaman penuh berwarna. Tambah menarik, diselitkan pelbagai replika dokumen dan memorabilia seperti sijil graduasi, poskad, surat-surat dan nota-nota milik Einstein. Penulisnya, Walter Isaacson merupakan orang yang sama menulis buku Einstein: His Life and Universe.
   

8 comments:

  1. terbaik jugak.
    Yang tv series apa tu? castle on the mountain.
    kalau jerman menang, kot aku rasa kita semua hidup cammana la bawah gomen Jepun?
    hahah..
    Aku rasa Jepun tak kacau kita beragama Islam, dan maybe kita hidup lebih tatatusila sopan santun hormat menghormati cam orang Jepun.

    ReplyDelete
  2. menarik ni..tak penah pulak jumpa buku ni kat book xcess..pasal BBW tu pun buku2nya mmg dari book xcess

    ReplyDelete
  3. sabar menanti dorang turun JB...khabarnya penghujung mei....

    ReplyDelete
  4. terima kasih ulasannya bro. macam mana bro boleh tulis review terbaik cam ni? bagi tips sikit...

    ReplyDelete
  5. Banyak hasil tangkapan yang MENARIK hg dapat kali nie.. Tak perasan la plak buku nie ada kat sana.. mungkin dah habis.. bagi aku, BBW kat Penang Times Square kali ni agak kurang menarik macam tahun lepas, tak banyak kepelbagaian bahagian buku, kawasan pun tak besar sangat..

    mungkin lepas nie dapat menantikan ulasan hg tentang buku nie... :)

    ReplyDelete
  6. Yusrina,

    Terima kasih berkunjung ke blog Kaboi Tanduk..

    --

    Deaf Angel,

    Ada sorang makcik kat Penang kata, “Aku heran hangpa boleh pi beli barang Jepun. Aku takkan lupa apa yang depa buat kat kita dulu.”

    ---

    Rafi,

    Buku Einstein tengok macam banyak stok, baru sampai kot..

    ---

    Berteromber,

    Selamat membeli-belah bila tiba masanya!

    ---

    PC Kokak,

    Keep calm and describe your moment.

    ---

    Fex Darwish,

    Apa kata hang buat entri pasai habuan hang pulak?

    ReplyDelete